Wednesday, November 17, 2021

Sabah 2018 ~ Penginapan di Kota Kinabalu: Promenade Service Apartment

Assalamualaikum

-A long overdue post, this trip is in 2018 😉-

Ini penginapan yang paling last aku book sebab masih terfikir best option waktu tu. Bagi pengalaman aku sendiri memang berpuas hati la stay di Promenade Service Apartment ni. FYI, Promenade Service Apartment ni tak sama ya dengan Promenade Hotel. Lokasi berdekatan ja, hanya berbeza lorong dan Promenade Hotel masih baru dengan design moden. Ini berbeza dengan Promenade Service Apartment sebab sini style lama. Kalau based on google review kita boleh nampak la mixed review. 

Aku request bilik non-smoking dan alhamdulliah dapat. Untuk 4 pax memang super luas la apartment ni. Dia punya luas tu kiranya kami boleh solat berjemaah 4 sekaligus lah kalau nak. Water pressure pun okay cuma seperti kebanyakan review yang aku baca kita jadi kurang selesa sikit sebab apartment yang kita sewa ni bercampur dengan penduduk local di situ. Kiranya bukan semua pelancong macam kita.

Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu

Family Room
Ruang untuk bilik ni memang sangat la luas. Sangat sesuai untuk keluarga. Kami 4 orang dewasa pun still banyak ruang dan sangat la selesa stay kat sini. Takdak la kalau jalan tu dok berlaga bontot, kadang-kadang tu kalau sempit nak solat kena fikir ke orang lain dulu supaya kita tak halang laluan kan. Sini? No worries.

Harga: RM 370/3 malam (include tax)

Kemudahan dalam bilik: [Family room]
  • 2 katil queen
  • Almari
  • TV, phone, Wi-Fi
  • Iron (upon request)
  • Complimentary mineral water & drinks (tea & coffee)
  • Meja kopi & kerusi
Kemudahan lain:
  • Free parking (perlu dapatkan cop di kaunter)

Contact:
Book through Agoda

*All pictures are courtesy from Google, I do not own any of them*
Pintu masuk.
Untuk urusan check in sangat senang, aku print ja bawak bukti booking dari Agoda dan settle. Kiri dan kanan adalah segala jenis kedai, senang sebenarnya. Ada laundry, kedai serbaneka, restoran dan macam-macam lagi aku pun tak ingat semua tapi berderet la kedai di sini.
Kita akan keluar dari pintu ni untuk ke lif.
Sini adalah macam lobi bangunan, connected dengan kedai. Easy access ke kedai serbaneka, restoran dan sebagainya. Masuk ke area lif pun ada guard jagakan. Kiranya yang stay sini ja boleh masuk. 
Bilik air.
Water pressure ok, bersih dan toiletries pun cukup semuanya. 
Oh, berkenaan parking free tu mujur kami tanya receptionist awal sebabnya keesokan tu kami nak keluar sesudah subuh so takkan la nak mai cop time tu, macam kalut pulak. Tak sure kaunter receptionist 24 jam atau tak. Jadinya lepas park di basement kami pi ke kaunter balik untuk cop siap-siap supaya esoknya takdak masalah nak keluar dari parking tu. Jadi esok paginya kami dari bilik turun dengan lif terus ke basement parking dan hulurkan ja parking ticket yang sudah dicop, so free ja lah. Settle. 

Okay, itu sahaja review untuk penginapan di Sabah. Yehaa, akhirnya habis dah tulis review penginapan Sabah..hehe. Apak lama aku take time. 3 tahun baru habis ahahahaahaha. Ni insaf sikit sebab ada banyak lagi nak tulis. Kalau tak tulis macam sayang pulak ya.


M.


No comments:

Post a Comment