Showing posts with label Edisi Mudah. Show all posts
Showing posts with label Edisi Mudah. Show all posts

Sunday, April 19, 2020

Edisi Mudah: Popia Goreng- Sayur [Resepi]

Assalamualaikum.

Harini nak share resepi lagi. Kali ni popia sayur pulak. Benda mudah ja cuma take time tang nak gulung popia saja. Tapi practice makes perfect sis, buat selalu sapsapsoi rasa macam tak lama mana pun gulung popia ni. Hodoh ka popia tak standardized size ka takpa, yang penting time goreng tu tak terburai sayuranya keluar. Sat, aku teringat group FB Masak Apa Tak Jadi Harini hahahaha goreng popia sosej, time goreng ehhh sosej lari keluar dari kulit popia..siap ada video lagi haha lawak betoi group tu. Musim PKP ni ada hiburan jugak la..kehkehkeh XD


RESEPI POPIA GORENG- SAYUR
Bahan-bahan:
½ biji sengkuang
1 biji lobak merah
Segenggam taugeh
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Garam
Kulit popia
1 sudu besar tepung gandum
Air

Saturday, April 18, 2020

Edisi Mudah: Agar-Agar Santan Pandan [Resepi]

Assalamualaikum.

Masuk minggu keempat/kelima PKP ni kita dah tenang sikit. Tenang daripada mengikut rentak netizen yang selalu hype resepi macam-macam. Malas dah nak follow trend sebab tak bebas nak pi beli barang pun, rasa tak puas. Sejujurnya aku sangat teringin nak buat cinnamon roll tetapi tahukah anda yis begitu laku di zaman PKP ini. Yis tu tak apa lagi, kita boleh cari resepi yang guna bahan ganti lain. Yang problem untuk aku adalah nak mintak ayah belikan serbuk cinnamon tu, itu kalau takdak tak jadi cinnamon roll dah namanya, nanti dia jadi roll roll roll your boat..lol.

Agar-agar santan pandan ni aku kali pertama buat. Mak aku puasa sunat haritu sambil lalu depan bilik aku dia request suruh buat agar-agar santan. Hmm see her level, walk thru ja request order haha. Tahukah anda ini kali pertama aku nak buat bendalah ni. Semua sebab mak aku kata banyak santan kat dalam freezer. Yang aku tak faham tu beli santan tapi taknak pakai yang letak dalam freezer untuk masak hmm jadi awat kita simpan kat situ? I kennot understeng (=..=)'

Ok, here we go! Aku tunjuk step by step ok.

Sunday, May 12, 2019

Edisi Mudah: Terung Sambal Berlada [Resepi]

Assalamualaikum.

Lama sangat dah tak share resepi sebab err malas? Haha. Masak, snap picture lepastu transfer ke laptop atau biar ja dalam phone. Nak tulis tu malas la tapi sebenarnya perlu, perlu untuk rujukan sendiri. Kadang-kadang aku lupa resepi, memang kena search kat belog balik la. Itulah tujuan sebenar tulis kat sini. 

Ok,  harini nak share resepi terung sambal berlada/terung sambal balado/terung goreng berlada hah, banyak betul nama untuk resepi ni. Tapi point pentingnya ialah, terung dan ada cili. Aku masa grow up memang tak berminat dengan masakan terung. Mungkin sebab dia sejenis tasteless on its own. Entah tapi bila makin dewasa, citarasa makanan kita pun berubah eh ka aku ja? So, setelah menemui cinta kepada terung, memang aku keja beli terung sambal berlada ni.

Idea untuk google resepi ni sebab mak aku dapat terung daripada tok kepada student dia. Untung duk kampung, selalu dapat tanaman terus dari tanah eh. Rejeki. Terima kasih.

Resepi: Terung Sambal Berlada


Sunday, January 18, 2015

Edisi Mudah: Puding Karamel Tanpa Telur [Resepi]

Assalamualaikum.

Aku perasan ramai yang mencari-cari resepi dessert mudah, ini bila aku refer keyword yang membawa pembaca ke blog ini. Jadi aku akan cuba lah untuk merajinkan diri upload dessert yang aku pernah buat yakni mudah. Kalau level masterchef aherher kem salam lah nak rajin..haha. Aku pernah upload pasal Puding Karamel dulu kan tapi kali ni tanpa telur dan teknik masak yang lagi senang, takyah kukus, takyah bake. Jadi boleh scroll bawah untuk resepi ye. 

Oh ya, be extra careful bila buat karamel sebab hoihoihh sangatlah panas. Kesahnya, aku buat puding karamel sebab ada buat kenduri kecik kat rumah. Biasa bila kenduri iols incharge bab dessert ni..sebab orang lain suka makan ja buatnya taknak..cehh. Jadi ketika membuat karamel kakak aku distract aku dengan soalan apa ntah, aku punya reaksi hanyalah haaa? lepastu aku rasa panas hmm dah jatuh setitik karamel kat tangan. Lagi panas dari kena air panas T_T dan sebab blur aku lembab nau nak gi basuh dengan air sejuk..gelembung lah dapatnya. Dan terpecahkan gelembung itu dan pedih seminggu dan pening dan berparut. Banyaknya dan..haha. Jadi sila berhati-hati..jangan ralit.

First.


Resepi: Puding Karamel Tanpa Telur

Tuesday, February 4, 2014

Edisi Mudah: Resepi Cheesekut [Resepi]

Assalamualaikum.

Seperti biasa, aku kalau resepi mudah, senang dan tak rumit memang aku share. Aku share apa yang aku pernah buat je. Kalau payah memang aku tak buat. Dah tak buat apa ke halnya aku nak share kan. Jadi, aku buat keputusan nak share resepi ni sebab rasa macam aloloo senangnya. Banyak dah orang share resepi ni tapi saja nak jugak up entri satu..hehe.

Aku mula-mula tengok Cheesekut ni dekat belog Kak Yana. Rasa macam senang je, bahan pun tak banyak. Oh, kalau kau rasa nak cari resepi dessert yang mudah dan sedap, pegi usha belog Kak Yana tu. Aku dah berapa kali terpengaruh entah..haha.

Google
Resepi Cheesekut

Monday, July 1, 2013

Edisi Mudah: Ayam Goreng Ala Kfcdefghijklmn... [Resepi]

Assalamualaikum.

Itu hari aku buat ayam goreng ala kfcdefghijklmn.. Aku kalau letak nama, kalau tak panjang kira belum cukup annoying la, itu yang gatal letak nama camtuh..hehe.

Ok, berbalik kepada resepi, aku tertarik dengan resepi kak Liana kat belog dia yang senang gila lah. Kalau ini tak dikira sebagai senang boleh lah cop diri sendiri pemalas. So, dengan sedikit perasaan rajin aku buat lah ayam goreng tersebut tapi dengan penambahan ikut suka hati nurani.

Walaupun tak perfect lagi ayam goreng kfcdefghijklmn aku ni tapi aku puas hati sebab rupa ayam tu memang jadi macam gambar kat bawah ni. Tapi itu sumber google ja lah. Ingat aku rajin nak ambik gambar ni? Memang tak ah..hehe.

*google*

Ini resepinya:
Ayam goreng ala kfcdefghijklmn

Thursday, April 11, 2013

Edisi Mudah: Puding Karamel Kukus [Resepi]

Assalamualaikum.

Ya, hari ni aku meng-update dari rumah..hehe.
Cuti midsem gitu tapi ahad ni dah nak start kelas balik dah.
Dan akan masuk week 8 yang bermaksud deadline assignment.
Fuhh...banyak benar assignment menanti untuk dihantar sebaik start kelas nanti.
Midsem exam ada dua lagi minggu depan..hmphh.

So, untuk release stress meh la main masak-masak.
 Sebenarnya main masak-masak ni memang tiap-tiap hari.
Almost setiap hari masak lunch kalau malas pass kat akak..hehe.
Tapi kalau dessert jarang lah nak buat sebab nak kena sukat lah apa semua tu.
Nampak kan kepemalasan yang tercetus dalam diri ini.. -..-

Jadi sebab asyik diperli oleh ayah kerana dah beli bahan tapi tak masak-masak lagi,
maka aku pun tetiba berjalan ke dapur.
Set up semua benda dan buat puding karamel.
Haa, motif sangat kan nak cerita segala masalah peribadi kat entri masak-masak kan.

Monday, August 13, 2012

Edisi Mudah: Kerabu Tembikai :D [Resepi]

Assalamualaikum.


Hari ni tetiba aku rasa macam nak update pasal makanan favourite aku iaitu kerabu tembikai. Bak kata mak aku kerabu tembikai ni popular kat belah utara ni. Kalau kat kedai susah jugak lah nak jumpa. Kalau rumah kenduri insyaallah ada. Tu pun kalau rumah kenduri tu ala-ala kampung macam kampung aku lah..hee. So, kalau nak rasa tak payah susah-susah berusaha gigih untuk datang ke utara, korang buat je weh. Cara nak buat senang gila! Haa, senang sampai boleh jadi gila..haha.

Sebelum tu, tengok bentuk kerabu tembikai ni dulu..

Resepi: Kerabu Tembikai