Saturday, August 24, 2019

Day 6: Sabah 2018 ~ Snorkeling Ke Pulau Sapi & Pulau Manukan

Assalamualaikum.

Di hari ke-6 ni kami nak pi snorkeling ke pulau area KK ni. Sebelum tu dah tau dah kalau pulau makanan limited takpun mahal kan. Jadi kami plan nak beli makanan siap-siap supaya tenang hidup ni. Hampir seharian kat pulau kena bawak makanan dan minuman secukupnya. Satgi dah start main pantai, snorkeling tak hingat dunia lepastu lapaq makanan takdak mau mengamuk pulak. Aku lah terutamanya tu..haha.

Ok, pagi tu kami jalan kaki dari tempat penginapan, Promenade Service Apartment ke Jesselton Point. Bukan jauh pun dalam 2 km lebih. Kalau ampa bujang, sihat badan dan mental pun sihat sesuai ja jalan kaki. Kalau bawak parents atau anak-anak aku rasa tak sesuai sebab 8-9 pagi tu hangat dah, matahari tengah duk naik. Oh ya, pakai lah sunblock, sunscreen apa semua tu. Every 2-3 hours sila reapply ya. Setara kami semua pakai sunblock pun burn muka, memang panas terik memancar. Kalau hang sejenis mementingkan alam dan nak jaga coral, cari la sunblock yang bersesuaian.

Dalam perjalanan tu kami pi singgah Burger King, staff baru duk susun kerusi..pi KFC baru duk mop lantai huhu kedai pun tak buka lagi. Singgah Suria Sabah sebab nak cari makanan dengan harapan McD dah buka krikk krikk tetiba depa ni rasa nak makanan kenyang a.k.a nasi. Cancel makan fast food. Ok, teruskan berjalan sampai ke Jesselton Point dengan harapan ada orang jual nasi dan lauk-lauk yang kena dengan tekak kami. Masa kat McD ni ada orang ni approach nak offer pakej ke pulau. Dia explain berapa harga, berapa pulau nak pi, harga snorkel+life jacket, pukul berapa, fee taman negara apa semua yang berkaitan la. Setelah Kak aku kira-kira, dia pun setuju ok. Aku pun taktau sangat pasal pakej ni. Yang aku tau harga dia offer within range yang aku pernah baca di blog-blog. Nak kata murah sangat pun dak, mahal sangat pun dak. Jadi terpulang pada ampa, boleh ja kalau beli kat kaunter jeti. Nak selamat dan takmau kena tipu elok beli di kaunter la.
Jesselton Point
Belah kanan ada kedai makan, depan sana kaunter jual pakej ke pulau

Dah sampai kat kawasan jeti dan tunggu nak bayar pakej pastu tunggu turn nak naik bot. Snorkel dengan life jacket boleh sewa sekali. Kalau hilang kena denda RM 100-200 macam tu, sorry aku lupa exact amount. One of us (p/s: makngah, aku tak move on hang hilangkan bendalah tu haha) terhilangkan snorkel so yeah kena bayar denda huhu.
Kami ambik pakej dua pulau sebab takmau rush kalau ambik tiga pulau. Ada 4 pilihan pulau: Sapi, Gaya, Manukan dan Mamutik. Pilih la mana ampa berkenan. Kami pilih based on suggestion Kak aku. Awat Kak aku macam terer? Dia dulu study UMS 4 tahun, kami follow ja cakap KakLong ekeke. Pilihan kami ialah Pulau Sapi dan Pulau Manukan.

Off we go! Jom!
Boat ride
Basically, kami guna servis daripada mereka ni. Nak pi next pulau ka nak balik ka call ja depa.
Pulau #1 : Pulau Sapi
Sampai di Pulau Sapi. Tengok la air laut tu :D



Boleh sewa locker untuk letak barang berharga kat sini
Gambaq masa snorkeling takdak walaupun Imah ambik pakai gopro. Aku taktau tahun bila boleh tengok gambaq/video tu. Anggap ja lah takdak noh haha. Sesungguhnya ya, terlalu cantik ya pulau-pulau ni memang tak rasa nak bergambar sangat pun sebab ralit tengok depan mata. Pertama kali aku snorkeling dalam hidup. Best, memang seronok dan tak sabaq nak pi snorkeling lagi walaupun taktau bila. Imah boleh kira selalu snorkeling la, dia kata ikan tak sebanyak di Koh Lipe. Taktau ikan tak banyak ka sebab orang ramai sangat.
Banyak benda lawak yang jadi. Makngah terhilangkan snorkel dia, don't ask how memang misteri wei. Kami siap buat eksperimen lagi..menurut dapatan eksperimen ada orang ambik snorkel yang terjatuh di dalam laut tu sebab berat jugak menatang tu. Agak mustahil hilang dalam masa singkat sebab boleh nampak dasar laut dan tak dalam mana pun. Yang lawak lagi, Makngah dengan insecurity dia untuk terapung/snorkeling/berenang. Riuh jugak la berkelai..haha. FYI, kami berempat haram sorang pun tak reti berenang proper. Reti setakat apungkan badan, acah macam berenang haha jadi lah..boleh ja snorkeling. Yang penting, yakin!!

Lepastu boleh pulak time elok mandi laut dan snorkeling tetiba lifeguard suruh naik. Belah side kami duk tu depa suruh naik, ingatkan ada jellyfish ka apa hmm rupanya saluran paip toilet entah macam mana salur pi laut. Eii macam mana nak explain tah. Senang cerita blah ja lah dari situ. Kami pun beralih ke side satu lagi, orang lagi ramai pastu direct sunlight. Allahu panas terik sungguh. Waktu tu sunblock rasa tak function, pedih muka. Bayangkan kalau tak pakai sunblock langsung? Jadi arang teruih la. Belah kami stay mula-mula tu ada pokok, boleh berteduh sikit la.
Bye Sapi Island! ;)

Pulau #2 : Pulau Manukan



Landak laut

Bye Manukan Island! ;)
Dalam pukul 1 tengahari macam tu kami tunggu next bot nak ke pulau kedua, Pulau Manukan. Cantik! Tapi style setiap pulau lain-lain kan. Jika tak salah sini ada accomodation kalau nak bermalam di sini. Ikut logik rasanya mahal lah kot eh. Kat sini snorkeling sikit-sikit. Aku lena lepas dapat tempat teduh. Konsep percutian ni memang takdak imej. Aku tutup muka, selimut dengan kain batik terus lena. Sebelum balik kami tukar baju dan mandi kerbau kat shower room yang disediakan. Tak best, air paip tu rasa air laut..terasa kegaramannya. Aku macam lupa pulak duk kat pulau. Kalau takmau mandi pun takpa, hang tunggu bot nak balik satgi kering la semua pakaian hang. 

Dalam 4.30 petang macam tu kami tunggu bot untuk kembali ke jeti di Jesselton Point. Kejap ja aku rasa perjalanan balik naik bot ni tak sampai 30 minit. Kami book grab untuk balik ke bilik penginapan. Ingat nak jalan kaki balik ka? Memang kirim salam la. Rasa macam nak skip dinner, punya penat kan. Malam tu kami order delivery daripada Borenos Chicken.
Hingga bertemu lagi!
Dalam 5 lebih kami dah sampai bilik dah. Memang kena mandi balik dengan air normal, bukan air laut. Muka semua pun pakat terbakar la dek seharian berjemur bawah panas mentari. Nak datang lagi idok? Mestilah nak! Mungkin akan datang boleh try Pulau Gaya dan Pulau Mamutik, barulah lengkap kunjungan ke Taman Tunku Abdul Rahman ni. 

Harga
Terminal fee: RM 7.70/orang
Taman Tunku Abdul Rahman (conservation fee): RM 5/orang
Pakej trip dua pulau:  RM 35/orang*
Snorkel set & life jacket: RM 15/orang

Nota:
>Tiket Taman Tunku Abdul Rahman tu bayar sekali sahaja.
>Dulu conservation fee RM 3, last year aku pegi dah jadi RM 5.
>Kalau ambil snorkel set sahaja atau life jacket sahaja harga jatuh RM 10 satu. Sewa siap-siap dengan agent/kaunter yang hang book trip tu.
*Yang ni aku bagi anggaran sebab lupa harga sebenar.


M.



No comments:

Post a Comment