Thursday, April 11, 2013

Edisi Mudah: Puding Karamel Kukus [Resepi]

Assalamualaikum.

Ya, hari ni aku meng-update dari rumah..hehe.
Cuti midsem gitu tapi ahad ni dah nak start kelas balik dah.
Dan akan masuk week 8 yang bermaksud deadline assignment.
Fuhh...banyak benar assignment menanti untuk dihantar sebaik start kelas nanti.
Midsem exam ada dua lagi minggu depan..hmphh.

So, untuk release stress meh la main masak-masak.
 Sebenarnya main masak-masak ni memang tiap-tiap hari.
Almost setiap hari masak lunch kalau malas pass kat akak..hehe.
Tapi kalau dessert jarang lah nak buat sebab nak kena sukat lah apa semua tu.
Nampak kan kepemalasan yang tercetus dalam diri ini.. -..-

Jadi sebab asyik diperli oleh ayah kerana dah beli bahan tapi tak masak-masak lagi,
maka aku pun tetiba berjalan ke dapur.
Set up semua benda dan buat puding karamel.
Haa, motif sangat kan nak cerita segala masalah peribadi kat entri masak-masak kan.


Back to topic..aku dah try buat puding karamel semalam. Alhamdulilah..jadi. :)
Aku refer resepi kat blog hanamemories
Boleh lah refer kat sana cuma aku ubah jadi versi sendiri iaitu kurang manis.
Orang kat rumah ni memang tak makan manis.
Kalau manis kira rezeki semut lah kot sebab semua takkan makan punya..sobss
Picky eater jugak family aku ni sebenarnya.

dari blog hanamemories

Ini resepi yang selepas di ubah suai sikit oleh aku.
Kalau korang suka yang kurang manis boleh lah try..

Bahan untuk karamel:
5sb  gula
2sb air

Bahan untuk puding:
5biji        telur
1/2 tin     susu pekat
150ml     air
2sb         gula
1 1/2sk   esen vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan tempat pengukus.
 Letak air secukupnya..agak-agak separuh ok lah tu.

2. Buat karamel.
Gula+air  lepastu masukkan dalam kuali (periuk kecik pun boleh).
Kacau sampai jadi perang.
Jangan sampai hangus pulak even karamel tu maksudnya gula hangus.
Kaler perang manja-manja sudah.
Dah siap tu terus masuk dalam loyang.
Biar je dia sejuk sendiri.

3. Buat puding.
Satukan semua bahan-bahan yang tertera dia atas.
Kacau slow je guna garfu pun boleh. Tapi jangan sampai berbuih.
Biar sampai kuning telur pecah dan sebati dengan semua bahan.
Lepastu tapislah sebelum masukkan dalam loyang yang ada karamel tadi tu.

4. Kukuskan selama 45 minit takpun sampai masak lah.
Kalau nak kukus dalam oven pun boleh guna teknik water bath.
Tapi aku tak reti nak explain teknik ni sebab tak pernah try.
Maybe bila aku dah try guna teknik ni aku share eh.

5. Sejukkan pada suhu bilik dulu.
Lepas tu boleh masuk peti ais.
Then, bila nak makan terbalikkan loyang atas pinggan.
Dapat la bentuk yang sepatutnya tu.
Potong dan ngapp!
Makan sejuk-sejuk baru sedap.


Aku tukar susu cair kepada susu pekat sebab tak jumpa susu cair dalam kabinet dapur..hehe.
Tapi pakai 1/2 tin je sebab tkamu terlampau manis.
Gula untuk buat puding pun tambah 2sb je sebab gerun tambah benda manis banyak-banyak ni..hehe.
Dan esen vanilla sebenarnya letak je secukup rasa, nak bagi hilang bau telur je pun motifnya.

Kira tambah tolak lebih kurang 15minit je nak sediakan semua ni.
Yang lama tu bila nak tunggu puding siap dikukus.

Sekian saja entri masak-masak hari ni.
Selamat mencuba. Tak rugi pun try buat ni. ( ^_  _^)


p/s: Gambar puding karamel aku buat tu tak sempat nak snap. Maka culik dari blog tuan punya resepi..hehe. By the way, ada resepi yang tak guna telur. Pi usha blog Cik Epal or Fatin Liyana nescaya ada lah resepi puding karamel tanpa telur.

Love, Mira

11 comments:

  1. ala..jelesnya..sy da penah try buat pakai resipi yg ade telur & xde telur, semuanya xmenjadi..sob3,

    ReplyDelete
  2. haa, try resepi ni. insyaAllah jadi. haritu first time buat takjadi jugak. tapi smlm buat jadi. practice makes perfect org kata.. :)

    ReplyDelete
  3. nak sikit...teringin nk mkn nih...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang kan rajin masak. duk rumah sewa kan..try la buat..hehe.

      Delete
  4. ala...klu bab2 yg b'kaitan selain dr lauk pauk mmg ak fail...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala dayah, try dulu. belum cuba belum tau..go dayah go! :D

      Delete
  5. sy bt resepi ni jd..tp bl nk tlangkupkn puding ni die hncur la..mlekat kt loyang tuh.. :(
    nape ey...blh tlg x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori, lmbt reply. sy rasa camni kot,

      first,awak check tgk either puding tu dah fully masak atau pun tak kt bahagian tgh tu.

      2nd: guna pisau utk kikis keliling puding tu bg dia loose sikit dr loyang.

      3rd:letak pinggan atas loyang. terbalikkan cepat2. lepastu try ketuk slow2 kat bahagian tgh. then dia akan jatuh dgn cantiknya.

      practice makes perfect..go! :)

      Delete
  6. guna kuning telur sahaja ke atau putihnya sekali

    ReplyDelete
  7. guna kuning telur sahaja ke atau putihnya sekali

    ReplyDelete