Wednesday, March 13, 2019

Day 2: Sabah 2018 ~ Pekan Nabalu & Desa Cattle Dairy Farm

Assalamualaikum.

Ha, kembali lagi dengan kegigihan nak menulis pasal trip Sabah. Rasa macam malas tapi bila fikir balik rasa sayang pulak. Entri Sabah 2018 memang akan panjang, aku bahagi by part sebab banyak cerita nak kongsi. Aku cuba nak sum up by day sahaja tapi rasa macam ehhh panjang pulak. Bukan setakat orang yang baca bosan, aku yang tulis ni pun bosan. Rasa demotivate dan tak berakhir ja penulisan aku maka aku buat keputusan untuk buat by part ikut tempat. Kat bawah entri aku listkan link semua entri supaya kalau orang baca, depa boleh pilih nak baca part mana.

Maaflah kalau rasa eh, over gila dia ni pi Sabah ja pun entri berpuluh-puluh. Pertama, ini trip pertama dalam hidup yang aku kena buat research banyak. Kedua, ini kali pertama bercuti tanpa seluruh ahli keluarga, selalu tu kami berenam. Kali ni pi dengan adik-beradik juga, dengan kakak, sepupu dan mak sedara (nama ja mak sedara tapi sebaya kakak aku). Lagi sorang sepupu tak dapat join last minute. Selalu tu terjah ja takdak booking ka apa. Ketiga, sebab ni macam trip last semua bujang. Kita pun tak tahu next trip kita boleh sama-sama lagi bila kan. 

Ok, kembali kepada topik asal..hee. Perjalanan pagi kami di hari kedua dimulakan dengan berkunjung ke Kinabalu Park sebab nak kejar Gunung Kinabalu lepastu ke Pekan Nabalu dan barulah sampai ke Desa Cattle tapi kabus dah menutupi persekitaran. Kalau ikut plan asal, Pekan Nabalu kita singgah masa first day. Kira beli-belah siap-siap kat situ day one dan hari kedua kita fokus area Kundasang. Walaubagaimanapun, masa hari first semua menjadi sayoq, mungkin kerana penat bermalam di airport, mandi tumpang masjid at 12pm, (kepala panas wei, aku takkan pernah faham orang yang tak mandi pagi.) tak cukup tidoq dan perjalanan ke Kundasang yang agak jauh diiringi hujan renyai-renyai. Mungkin juga hujan lebat mana aku tau, aku tertido agak lama. Kami singgah Pekan Nabalu sebab ada ahli nak pi toilet lepastu semua macam ok kita gerak ja lah, semua sepakat takdak mood.

Pekan Nabalu

Esoknya lepas ke Kinabalu Park aku tanya pasal Pekan Nabalu. Menurut pembacaan aku di blog memang Pekan Nabalu ni menawarkan harga souvenir lebih murah. Ada barang tu murah 4-5 ringgit juga daripada di KK. Awal tu pegi Gaya Street Sunday Market dah tanya-tanya harga sikit..boleh bandingkan harga. T-shirt saiz dewasa boleh dapat range RM 15-18 sehelai. Sama kualiti dengan di KK, kalau di sana paling murah RM 20 dan ke atas. Bab tawar-menawar ni ikut kepakaran masing-masing dan juga kuantiti kita belilah kan. Janganlah tawar nak kurang sampai akak/abang jual tu pening. Berpada-padalah ya..mereka pun nak cari rezeki.



Pekan Nabalu ada dua bahagian, satu penuh dengan barang souvenier macam fridge magnet, keychain, baju, seluar, beg, barang kraftangan dan lain-lain manakala lagi satu bahagian ialah untuk makanan macam amplang, beras yang pelbagai jenis, kuih cincin dan pelbagai makanan Sabah yang unik ada di situ. Bangunan dia sebelah-sebelah ja. Kat sini ada tempat untuk ambil gambar dengan Gunung Kinabalu juga tapi sebab kita semua dah tengok puas-puas dari bangun Subuh sampai ke Kinabalu Park, kita tak ambik gambaq sangat. Kita jadi gegirl yang sibuk shopping..haha.

Oh, kalau ampa sejenis takut anjing mungkin ampa tak suka la sini sebab banyak anjing berkeliaran.  Macam hang jalan-jalan tetiba eh kat sebelah hang, dia duk elok ja..aduhh comel. Walaupun anjing jalanan tapi depa sopan dan tahu kita takut. Anjing pun reti hormat orang tau. Aku bagi amplang kat seekor anjing ni..sebab dia macam tertunggu-tunggu pastu tengok kita makan. Am kata letak ja satu tempat satgi dia mai makan..dia duk tunggu jauh sikit lepas aku dah naik kereta dan gerak baru dia mai terkam makanan huhu. Sorry, kita ada amplang ja..kita pun tak breakfast lagi, kongsi makan amplang ja. Aduh, sis lemah tengok haiwan lapaq ni..dengan mata berkaca adoii takleh tahan. Kalau tak sebab kena samak aku pi geletek dah anjing tu..selalu geletek kucing ja hehe.


Desa Cattle Dairy Farm

Masa datang Sabah pertama kali tahun 2011, aku taktahu kewujudan ladang ni. Maka bila dah semua orang cerita pasal tempat ni, kita pun masukkan dalam itinerari ya. Memang excited tapi hatiku gundah gulana sebab produk yang orang selalu canangkan ialah susu segar dan susu coklat. Oh, wait! I didn't drink those two..pastu macam ah takpa ada aiskrim gelato tu..kira aci lah. Ya, saya macam makan semua benda tapi sebenarnya picky eater eh!

Oh, masa kami mai sini memang ramai orang bersemut sis. Kaunter nak beli susu tu ada 4-5 lane beratur tau dak. Gelato tu ok lagi, kena beratur sat ja. So, sambil makan aiskrim sambil tunggu queue. Parking kereta pun jauh sebab banyak ooi orang..nak dapat gambaq takdak photobomb tu agak sukar la..
Paling decent dah gambaq ni XD
Berkabus all the way..feeling oversea.
With lembu Desa bulu mata kelipok kelipok
Rasa macam yogurt ka ni memang aiskrim yogurt?
Unforgettable duo.
I found a love for me ~~~
Courtesy from: https://www.facebook.com/desadairyfarm/
Ya, mereka juga ada yogurt pelbagai perisa. Haritu punya ramai umat manusia ada blueberry dengan strawberry ja yang available. Aku rasa kami beli yogurt strawberry just untuk rasa. Memang sedap!! 

Courtesy from: https://www.facebook.com/desadairyfarm/

Ok, ini rangkaian produk yang ada di Desa Cattle Dairy Farm ni. Ada saiz berbeza-beza. Semua sedap! Ini Am belanja semua, thank you!! Aku minum kopi, beli dua pek sebab takdak peti ais. No worries, sis boleh habiskan. Kopi dan susu dia perfectly mix, Ya Allah taktahu nak explain macam mana tapi sedap. Farm fresh caffe latte tu pun takleh lawan yang ni. Oh, setelah minum dua kotak pun aku tido lena gais..sebab lepas settle Kundasang kami terus gerak ke Kudat. Seperti yang diterangkan di atas aku tak minum susu putih mahupun susu coklat ya. Cannot go tapi for the sake of nak cuba..aku rasa sikit, dua-dua pun bearable susu putih dan susu coklat tu. Jadi aku kira semua susu tu memang sedap! Oh, mannn teringat dah ni..haha.

Aku rasa kalau parents bawak anak-anak memang sesuai. Sejuk dan boleh tengok lembu dan kambing. Ada orang kata bila mai sini bau taik lembu, weh mai ladang lembu takkan bau taik kuda pulak? Err kami rasa ok ja mungkin kami biasa dah dengan taik lembu idk. Ada sesi bagi makan lembu/perah susu tu belah petang kalau tak silap aku. Menarik lah. Oh, harga susu tu aku tak ingat satu persatu sebab dah beli lumpsum, pastu Am belanja maka kita tak masuk buku la..haha. Dengarnya dulu ada susu strawberry tapi tak nampak rupa di dalam peti ais mahupun papan harga. So, diharap next time kalau ada rezeki lagi pi sana, dah ada susu strawberry hehe.


Tiket Masuk: Dewasa- RM 5 /orang
Aiskrim Gelato- RM 5.30
Total Susu & Yogurt - RM 21.50

Ok, till next entry. Harap entry ni semua habis tulis sebelum habis 2019 ahaha.

M.


No comments:

Post a Comment