Showing posts with label Resepi Periuk Nasi. Show all posts
Showing posts with label Resepi Periuk Nasi. Show all posts

Sunday, September 10, 2017

Edisi Mudah: Sup Jagung & Crabstick [Resepi]

Assalamualaikum.

Lama sangat dah aku tak share resepi mudah kat belog ni, faktor utama malas dan lupa ambik hasil masakan lepas dah siap masak tu. Resepi ni mudah ja sebab hanya perlu didihkan ja. Aku pakai rice cooker pun elok ja menjadi dan sedap!

Resepi asal dapat dari google, banyak belog share resepi ni. Tapi aku macam biasa, olah ikut sedap tekak, kalau tak sedap diam ja lah. lel.


Resepi Sup Jagung & Crabstick 

Thursday, May 3, 2012

Edisi Jimat: Pilihan Selain Megi! [Resepi]

Assalamualaikum.

Ya, hari ni aku nak bagitau pilihan selain daripada megi yang student patut sedar. Sedar? Ya, kadang-kadang kita bosan nak kena makan megi je dikala kesempitan wang mahupun kerana malas turun ke kafe. Tapi kala ni aku nak bagi option lain yang lebih menarik iaitu spagetti..*wink wink*

Firstly, pegi pasaraya yang korang suka dan cari lah dua benda iaitu spagetti, sos prego dan epal. Dah nama pun nak buat spageti takkan nak cari kuetiau pulak kan. Aku sebenarnya taktau apa beza pasta, spagetti, macaroni ke apa ntah lagi. Yang aku tau makan! Haha. Ok, tak point aku sekarang kau nak beli jenis apa pun suka hati, yang panjang tu ke spiral ke  mahupun bentuk macam cengkerang ke suka hati sesedap mata anda lah sebab rasa lebih kurang je. Yang penting tahan lama. Aku tau yang keluaran san remo je. Lepastu sos spagetti pulak aku pilih prego dengan perasa tradisi. Nak perasa lain pun boleh sesuka hati anda lah, itukan perut anda.


rasanya tak sampai rm10 pun benda berdua ni.