Saturday, September 7, 2019

Day 6: Sabah 2018 ~ Makan Borenos Chicken

Assalamualaikum.

Entri ni bersambungan dengan hari snorkeling. Dah balik dari seharian snorkeling pastinya tak larat. Kita semua dah lah tak berapa muda so terus check website Borenos Chicken nak tengok ada delivery ke bilik ke tak. Mula-mula semua berangan nak balik tukar baju mandi pastu keluar pi beli atau makan di restauran dia saja tapi you know yourself better bak kata omputih. In split second semua sedar bahawasanya kita kalau nampak katil walaupun belum duduk dah tahu takkan tinggalkan bilik dah haritu. 

Borenos Chicken ni ada dua kedai, di Asia City dan Centre Point Sabah. Hang tau dak tak sampai 5 minit pun kalau jalan kaki dari bilik kami ke Centre Point Sabah tu. Tapi kalau hang dah berpanasan kat luar seharian hmm 5 minit pun terasa 50 minit ya. Maka pakat google la masing-masing. Nak tengok menu, charge delivery apa. Kami take time sebab semua pemalas nak isi form, faham tak semua macam otak dah takdak..lols.

Am duk sebut Borenos ni sepanjang di Sabah ni hmm aku rasa sampai berbuih jugak la. Itu yang ok kita try plus kita semua memang taknak berfikir dah. Boleh check link kat bawah ni, nak tengok menu ka location ka semua info ada di situ. 

Website Borenos: https://www.borenos.com/



Dihantar terus ke bilik. Fuh, lega takyah turun kat bawah ka apa.

 Packaging cute eh jap rasa macam teringin pulak haha
 Criss Cut Fries
Menu dinner kami.

Harga
Standard fast food lah dan ada delivery charge sikit. Nak sebut pasal menu lupa dah sebab hello berkurun baru nak update memang takdak dalam ingatan la. Oh, tapi nanti-nanti kalau aku jumpa jurnal travel aku, aku update berapa harganya.

Ulasan
Sedap! Berbaloi dan menarik untuk dicuba kalau datang Sabah. Ayam, cheese sauce dan criss cut fries okay, sedap ikut standard. Borenos sauce ok-ok ja rasa dia. Nasi ja masalah sikit, agak lembik la pada kami nasi dia ni. Tak sure memang tekstur macam tu or nasib kami dapat nasi lembik sebab first time makan kan. Delivery tu ok tak lama sangat cuma adik tu lupa something, bila call balik dia tak angkat maybe sibuk delivery. Memandangkan kita semua dan zombie kurelakan saja.



Delivery makanan adalah satu bentuk benda yang patut kita syukuri ya di era ini. Mudah keja bila dah penat dan jem otak tapi jauh disudut hati kelaparan. Akhir kata, pi Sabah sila try Borenos Chicken tak rugi cuba. :D

p/s: Next time nak try Jollibee & Sugar Bun pulak. Kami bukan peminat fast food so sekali trip tak mampu kalau asyik hadap fast food. We want nasikk!! #NasikForLife 

M.


No comments:

Post a Comment