Friday, January 24, 2020

Sabah 2018 ~ Kota Belud: Berkhemah di Polumpong Melangkap View Camp Site

Assalamualaikum.

Untuk hari ketiga kami pilih untuk berkhemah. Like why not kan? Gitu jiwa adventurous walaupun terdetik malas aaa nak pasang khemah. Penginapan di Kota Belud kali ni kira rare sikit la daripada kebiasaan. Sebab kami semua dah tinggal zaman camping ni agak lama jugak, jadi bila back to basic seronok juga. Refreshing gitu. Mak Ngah kata dia dalam fikiran dok pikiaq apa benda oiii nak berkhemah pulak bukan nak bercuti ja ka pastu lepas dah melalui phase ni dia suka ja. Lol. Tak cuba tak tahu okay.
 Polumpong Melangkap View Camp Site

Harga: RM 99/malam (kami dapat special discount 😊)

Kemudahan camping: (kita pilih based on apa kita nak)
  • Khemah untuk 6 pax
  • Tilam kekabu-2
  • Sleeping bag- 4
  • Meja & kerusi (6)
  • Tapak simen
Kemudahan lain:
  • Tandas
  • Bilik mandi
  • Open shower
  • Café
  • Surau
Contact details:
📞 016-824 6529
📞 014-650 4122


Keadaan khemah kami. Oh, by the way khemah dah siap dipasang tinggal kita sampai tu pilih tempat mana nak cacak khemah. Senang kan. Bukan mula dari scratch..kalau gitu lambat la khemah nak siap.


Ok, jom tengok keadaan di sekeliling camp site ni.

Is it worth every penny? Yes!! Sila datang sini kalau ada plan nak bermalam di Kota Belud.
Rindunya nak camping ehh walaupun orang lain yang pasangkan khemah untuk kita ehh kisahhh pulak kann 😜


M.

No comments:

Post a Comment