Assalamualaikum.
Last entri aku ada bagitau nak tulis pasal all about pasar yang kami pi kat KK tapi rasanya nanti aku lumpsum satu entri pasal tempat shopping ni. Aku nak habiskan entri percutian day by day dulu. Habis ja entri day by day, aku akan tulis summary tempat shopping, tempat makan dan tempat penginapan masa kat Sabah ni. Okay, let's go!
Impian nak naik keretapi ke Tenom ni bermula bila duk baca blog yang berkongsi pasal keretapi klasik yang masih ada ni. Lepastu dapat tau Tenom ni ada produk keluaran kopi jenama tempatan. Hah, terus rasa nak kena masuk dalam list. Satu, aku memang suka naik keretapi..kalau boleh nak try naik sebanyak mana keretapi yang wujud dalam dunia ni. Dua, kopi! Ha, yang ni macam dah start jadi habit beli kopi tempatan sejak kami pi Johor 2017, kalau boleh nak try rasa semua kopi tempatan. Secara peribadi, aku lagi suka minum kopi jenama tempatan berbanding yang famous dan keluaran oversea.
Masa plan untuk hari naik keretapi ni banyak buat plan A, B, C sebab taktahu mana satu lagi sesuai dengan keadaan. Last sekali aku tulis option lepastu bincang dengan Am. Lagi satu waktu perjalanan adalah terhad, ada 2-3 option perjalanan sahaja dalam satu hari. Weekend dengan weekdays punya schedule perjalanan ada perbezaan ya. Antara contoh:-
Plan A: Naik train di stesen Tanjung Aru- 7:45 pagi > Sampai stesen Beaufort- 9:40 pagi > Next train Beaufort ke Tenom-1:30 petang > Sampai stesen Tenom- 3:55 petang [Kena bermalam di Tenom]
Plan B: Naik bas ke Beaufort (Anggaran 1 jam 45 min) > Naik train di Beaufort ke Tenom [Bergantung pada jadual bas dan keadaan trafik, kena kejar schedule train yang available iaitu weekdays: 5 pagi, 7:50 pagi, 1:30 petang, 4:30 petang]
Plan C: Drive ke Beaufort (kena keluar seawal 5 pagi) > Naik train 7:50 pagi di stesen Beaufort > Sampai di Tenom 10:30 pagi
Kami pilih Plan C!
Roadtrip dari KK ke Beaufort > Naik train 7:50am di stesen Beaufort > Sampai di Tenom 10:30am
Beaufort>>>Halogilat>>>Tenom
Harga Tiket: RM 2.75/sehala/orang
Beaufort>>>Halogilat
Beaufort>>>Halogilat>>>Tenom
Harga Tiket: RM 2.75/sehala/orang
Halogilat ialah stesen pertukaran keretapi untuk ke Tenom. Kalau taknak teruskan ke Tenom tunggu keretapi yang kita naik mula-mula tadi tu bergerak semula ke Beaufort. Boleh beli tiket,
Beaufort >>>Halogilat dan Halogilat>>>Beaufort
Stesen Keretapi Beaufort |
Jadual perjalanan keretapi |
Harga tiket sehala |
Kami bungkus sarapan di gerai depan stesen Beaufort. Pass! Rasa sedap dan murah. Menyesal beli sikit, kami beli 2 pack sahaja share berempat. Oh, keadaan dalam keretapi adalah pretty basic, ada seat, kipas dan tandas.
Hentian kecil di sepanjang Beaufort-Tenom. Keretapi ni dibuat untuk menghubungkan kampung-kampung dengan pekan sebab tu harganya murah dan keretapi yang disediakan pun basic saja. Walaupun basic tapi pengalaman naik keretapi ni memang menarik..I'm glad that i choose this route, this train :)Dari tingkap keretapi terus nampak Sg. Padas |
Hanya dua gerabak |
Halogilat >>> Tenom
Keretapi seterusnya sampai dan kali ini rupanya begini. Setiap gerabak, setiap keretapi yang kami naik di sini berbeza ya. Menarik la, pengalaman baru. Mana nak dapat pengalaman ni dalam Malaysia kalau bukan di sini. Ada bahagian berkerusi...Dan ada bahagian duduk di lantai saja..haha. Bahagian ni rasanya lebih kepada keretapi angkut barang. Kebanyakan yang naik keretapi ni sama ada penduduk tempatan ataupun mereka yang nak buat water rafting di Sungai Padas. Gerabak barang kebanyakan dipenuhi dengan barang untuk rafting, jaket keselamatan dan juga barang belian penduduk tempatan.
Berhenti dalam lama jugak di stesen Rayoh. Di sini orang yang akan buat water rafting Sg. Padas akan turun. Maka tetiba gerabak luas pulak terasa hehe. Sempat la bergambar dan bagi makan biskut kat anjing, laju ja dia makan. Anjing ada banyak ingatkan terbiar rupanya ada rumah owner yang bela anjing kat sebelah stesen tu. Anjing situ baik ja buat muka kesian, kita bagi makan dia makan, takdak melalak melolong sampai kita takut.
Hanya untuk tujuan gambar sahaja |
Masih banyak troli haram ni digunakan tapi sungguhlah bahaya. Dah naik warning sign pun ada ja orang buat. Yalah, kalau nak angkut barang banyak-banyak seret pakai troli lagi senang kan. Kesian pun ya tapi bahaya la kalau keretapi tak sempat stop? Dah tak pasal arwah kat situ.
Perjalanan ni lebih 3 jam sebab kita berhenti di beberapa stesen agak lama dan masa menungu keretapi sampai di Halogilat tu. Tapi tak mengapa sebab tujuan kami cuma nak ke kilang kopi dan makan tengahari sahaja di Tenom lepastu kejar next keretapi pukul 1 petang.
*****
Untuk perjalanan balik, kaunter bukak 5 minit sebelum keretapi bergerak. Sempoi! Harga tiket yang sama, route yang sama...mengapa bayar lebih? Tak, bukan iklan trivago kat sini..hehe. Kalau dah sampai masa kaunter tak buka lagi, jangan risau. Asalkan ada orang kat ruang menunggu ni maknanya keretapi belum jalan lagi. Tunggu ja dengan sabar.
Laid back and relax okay!
Stesen Keretapi Tenom |
Bila balik kami dapat naik train macam yang kami mula-mula naik pagi tadi. Taktau la ada berapa jenis depa ada. Yang depa dua ni nampak steady mula-mula dan keretapi jalan luppp terus lena tak hingat dunia..haha.
Aku nak tertidur dah walaupun panas lit-lit tetapi pintu ni nak tutup tak boleh duk gedegang-gedegung sepanjang jalan maka aku decide untuk jaga pintu ni ja lah. So, kalau takmau buat keja ni cari seat tengah sikit.
Empangan jika tak salah |
Lalu sebelah SK Pangi |
Lalu sebelah sungai |
So close... |
Halogilat again! |
Gerabak kali ni ada aircond sepoi-sepoi bahasa dan satu gerabak sahaja. Agak padat juga, aku berdiri dari Halogilat sampai Beaufort..okay ja tak terkorban pun.
Walaupun berdiri dalam sejam macam tu tak penat sangat sebab nampak pemandangan indah depan mata walaupun bergerak backward hehe :]
Kalau nak naik keretapi ni pastikan check website JKNS dulu atau boleh juga hubungi depa dan tanya date ampa nak pi tu. Kot la dia tutup ka tak beroperasi ka buat maintenance ka..
Maklumat asas pasal jadual perjalanan dan harga tambang boleh klik link bawah ni:-
Untuk perkhidmatan bas, Sipitang Ekspress yang beroperasi untuk route ni.
Boleh klik link ni > Bas KK-Beaufort
Sehala cuma RM 12. Bas pertama 7:30 pagi, bas terakhir 5 petang. Kalau nak naik bas, sila check kekerapan bas tu.
Apa-apa pun plan lah mengikuti situasi anda. Kalau nak relaks boleh naik bas atau naik ja train dari stesen Tanjung Aru lepastu boleh bermalam di Tenom. Beberapa jam di Beaufort sementara nak tunggu train ke Tenom tu boleh la explore pekan Beaufort. Kalau nak balik hari sila check betul-betul time. Bas dari Tenom ke Kota Kinabalu pun ada cuma masa terhad. Kena alert bab jadual perjalanan dan anggaran masa perjalanan.
M.
Day 4: Mandi Sungai di Polumpong Melangkap, Jambatan Tamparuli, Muzium Marin UMS, Masjid UMS & 1Borneo
Day 5: Sabah 2018 ~ Roadtrip & Naik Keretapi Beaufort ke Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Kilang Kopi Yit Foh, Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Pantai Tanjung Aru & Kepak Ayam
Day 6: Sabah 2018 ~ Snorkeling ke Pulau Sapi & Pulau Manukan
Day 6: Sabah 2018 ~ Makan Borenos Chicken
Day 7: Sabah 2018 ~ Hari Terakhir di Bumi Sabah
Day 5: Sabah 2018 ~ Roadtrip & Naik Keretapi Beaufort ke Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Kilang Kopi Yit Foh, Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Pantai Tanjung Aru & Kepak Ayam
Day 6: Sabah 2018 ~ Snorkeling ke Pulau Sapi & Pulau Manukan
Day 6: Sabah 2018 ~ Makan Borenos Chicken
Day 7: Sabah 2018 ~ Hari Terakhir di Bumi Sabah
PENGINAPAN
Review Ringkas Penginapan Sepanjang di Sabah
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Bensin Homestay, Kundasang
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Simpang Mengayau Chalet, Kudat
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Polumpong Melangkap View Camp Site (PMVCS), Kota Belud
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Bensin Homestay, Kundasang
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Simpang Mengayau Chalet, Kudat
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Polumpong Melangkap View Camp Site (PMVCS), Kota Belud
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu
No comments:
Post a Comment