Assalamualaikum.
Setelah melalui perjalanan roadtrip KK-Beaufort dan diikuti dengan menaiki keretapi Beaufort-Tenom, kami sampai di Pekan Tenom. Di sini tiada perkhidmatan grab pada ketika itu, November 2018. Tapi jangan risau, banyak pilihan lain yang reliable untuk kita guna: teksi, kereta sapu, bas. Kami terus ke hentian teksi dan pakcik teksi direct kami ke kereta sapu. Kami ok ja asalkan harga munasabah. OMG boleh guna perkataan munasabah ketika di Sabah! Haha.
Disebabkan waktu yang singkat di Tenom kami putuskan untuk ke satu tempat sahaja iaitu Kilang Kopi Yit Foh. Selain daripada Yit Foh ada lagi satu kilang kopi yang sama terkenal iaitu Kilang Kopi Fatt Choi.
Kilang Kopi Yit Foh
Harga: FREE
Ni kira tempat wajib kena ambik gambar la. Banyak spot yang instagrammable kat Yit Foh ni.
Standard kilang kopi mesti ada tester! |
Dah puas hati minum kopi, try mana yang rasa berkenan boleh terus beli di kedai dia tu, settle! Kedai kecik ja display tapi semua produk dia ada. Kalau tak cukup rasanya kilang dia belakang ni ja, boleh terus mai topup stok kot.
Tempat minum yang selesa, ada aircond. Oh, Tenom sangat panas dan dapat rasa aircond pheww lega! Di dalam ni selain daripada kedai yang menjual barangan keluara Yit Foh, tandas pun ada. Boleh chill minum kopi, shopping kopi dengan selesa gitu.
Pintu masuk kedai |
Kerusi pun bermotifkan kopi |
Kat sini pun ada cafe, kami tak perasan dan sebabkan dah cakap nak lunch kat pekan Tenom tak jadi la berlama-lama di sini. Jenguk-jenguk gitu ja.
Oh, di sini ada tempat penginapan juga. Menarik, semua bilik dinamakan dengan nama kopi macam cappucino, americano, long black, white coffee dan lain-lain. Kreatif kan? Bilik nampak baru dan cantik. Cute ja. Kalau ada masa yang panjang nak jelajah Tenom, boleh try tinggal di sini.
Banyak buah markisa kat sini, merimbun ja. In case hang confuse, buah markisa tu passion fruit. Rimbunan pokok ni meredupkan sikit suasana panas.
Tenom is so hot! Aku dapat blusher free kat pipi. Pakailah sunblock sebelum ke mari ya. Tapi gambar lawa la langit biru dan cerah, ada hutan menghijau..memang pemandangan A! Beli kopi kat sini murah beberapa ringgit berbanding di tempat lain.
Day 4: Mandi Sungai di Polumpong Melangkap, Jambatan Tamparuli, Muzium Marin UMS, Masjid UMS & 1Borneo
Day 5: Sabah 2018 ~ Roadtrip & Naik Keretapi Beaufort ke Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Kilang Kopi Yit Foh, Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Pantai Tanjung Aru & Kepak Ayam
Day 6: Sabah 2018 ~ Snorkeling ke Pulau Sapi & Pulau Manukan
Day 6: Sabah 2018 ~ Makan Borenos Chicken
Day 7: Sabah 2018 ~ Hari Terakhir di Bumi Sabah

PENGINAPAN
Review Ringkas Penginapan Sepanjang di Sabah
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Bensin Homestay, Kundasang
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Simpang Mengayau Chalet, Kudat
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Polumpong Melangkap View Camp Site (PMVCS), Kota Belud
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu

No comments:
Post a Comment