Wednesday, July 3, 2019

Day 3: Sabah 2018 ~ Pantai Kalampunian, Pantai Kelambu & Jalan Manggaris

Assalamualaikum.

Mari teruskan coretan perjalanan ke Sabah tahun lepas. Sumpah banyak lagi tetapi apakan daya pemalas betul. Harapan aku adalah coretan ni semua siap sebelum November nanti. Tolonglah Amirah, gigih sikit please! 

Okay berbalik kepada entri lepas...kami nak free and easy ja untuk Kudat ni. Jadi memang dah rancang hanya akan check out dekat-dekat waktu check out lebih kurang 11 pagi ka 12 tengahari macam tu. So, chill rileks dulu lah. Lepas dah lepak santai di Tip of Borneo kami balik ke chalet dengan niat nak makan sebab breakfast included dengan harga bilik. Tapi apakan daya breakfast start 9 pagi huhu waktu tu belum pukul 8 pun. Lapaq dan takdak kedai buka ya kat situ. Kalau dak mungkin pi bantai makan apa-apa dulu dah. Lalu kami pun balik bilik dan menikmati aircond ja lah sampai 9 pagi tu tiba. Ada makanan mana kami beli sebelum tu kami makan la sikit. Kami kelaparan sebab tak dinner malam tu. Last kami makan adalah lebih kurang 3.30 petang hari sebelumnya di Ranau. 

Lepas dah breakfast, kami nak turun pantai. Oh, part breakfast ni pun ada cerita menarik. Nanti aku cerita part ni dalam entri lain kalau ada masa hehe. Mulanya ingat nak turun ke laut area dekat dengan chalet ni tapi macam licin dan berbahaya sebab basah. Jalan nak turun tu pulak tak dijaga dengan baik. Memandangkan agak curam dan takmau risiko kami pun batal la plan nak turun situ. Kami ni dahlah tak fit pastu bukan muda sangat pun. Kita nak travel ni nak seronok, kalau boleh taknak sakit yang sampai ganggu pergerakan tu.

Pantai Kalampunian, Kudat
FREE

Memang cantik Pantai ni. Jarak pun dekat dengan chalet. Kalau ampa ambik penginapan area simpang mengayau memang dekat ja nak ke pantai. Dari chalet kami lebih kurang 1.5 km, drive lebih kurang 3-4 minit macam tu ja. Kalau anda seorang yang fit boleh lah morning walk dari chalet ampa dan berjalan di sepanjang pantai ni. Seperti yang dah dinyatakan kami balok liat, drive ja! Haha. Aku dengan Am tukar baju sebab mulanya berniat nak mandi pantai. Mana boleh tahan tengok pantai. Keturunan duyung kot..malas nak bodyshame diri sendiri jadi dugong.. :P
Our first stop

Keinginan nak mandi tu membuak-buak. Tengok muka sorang-sorang. Masa sampai dan park kereta ni kak aku si Am terus tanya macam mana kalau basah ni. Kami lupa part ni, bukan apa kereta sewa kena beringatlah bukan kereta sendiri. Memandangkan ada plastik, kami pakat koyak bagi muat nak duduk. Dah settle baru terus menuju ke pantai. Tapi tak mandi pun last sekali sebab kononnya nak mandi area yang dekat sikit dengan chalet. Tu pun separa basah jugak la..jadi la merasalah juga mandi pantai sini kan.
Mula-mula ingat nak mandi area sini tapi ada halangan pulak. Takdak rezeki nak menduyung kat sini. Oh, pantai ni betul-betul depan Tommy's Place Resort.
Itu ha Tommy's Place. Mula-mula ingat nak stay sini tapi check agoda full pulak date tu. Ya udah.
Inilah halangan tu tadi. Nampak tak? Kami nak duduk kat hut tu tapi bila sampai dekat ada beberapa ekor anjing duk tido. Dah tu kalau mandi satgi basah pastu anjing ligan hang macam mana? Kita takdak buat preparation in case kena sertu ka apa. Tu Imah dan makngah tengah pikiaq macam mana nak duduk bawah hut tu.
Anjing menang, manusia kalah haha. Anjing ni baik ja takdak dia menyalak ka ligan hang sampai lari tak cukup tanah ka, dak depa ok ja tapi...depa jaga kawasan tak bagi kita duduk. Entahlah nak. Makanya dalam pukul 10 lebih tu kami pun balik chalet ja lah..berehat, mandi dan siap-siap untuk check out.

Pantai Kelambu, Kudat
FREE

Lepas dah settle check out kami terus ke Pantai Kelambu. Kalau dari chalet kami hanya makan masa lebih kurang 15 minit, tak sampai 8 km. Pantai ni unik sebab ada laluan ke pulau kecik yang kiri kanan adalah pantai.
Ni spot wajib ambik gambar kat pantai ni. Time ni energy banyak boleh la melompat begini lepastu pura-pura lompat ja lah..haha. Dalam kereta lena teruih sebab penat melompat. Weh, aku dah tua! XD
Depa ni aku taktau gaya apa. Kapal terbang? Bila suruh free style lepastu taktau nak buat gaya apa, ampa boleh try gaya ni. 

Yang tak best pasal pantai ni ialah banyak sampah. Kalau setakat daun ka batang pokok ka ranting kayu ka takpa aku tak kisah. Ini botol, plastik, polisterin, tin agak banyak dibuang merata-rata. Tak syok la sebab tempat dah cantik tapi bab kebersihan tu tak dijaga dengan baik. Sini banyak pelancong luar. Nampak dari macam-macam negara jugak pelancong yang mai, depa duk morning walk dari chalet ke pantai. Dari pantai tu nampak Kudat Riviera Resort, cantik design resort tu tapi harga pun cantik. Kalau ada bajet lebih ampa boleh stay sini, cantik dan tenang. 

Oh, jika ingatan aku betul...jalan nak masuk ke Pantai Kelambu ni sempit dan ada sawah padi? Aku harap ingatan aku betul. Dan kalau ampa lalu lepastu ragu-ragu sila jangan ragu-ragu kalau di simpang masuk tu dah ada signboard. Kalau tak salah aku jalan masuk sama nak ke Kudat Riviera. Perenggan ni penuh dengan ingatan aku. Aku harap maklumat aku betul. Boleh google map untuk tengok image jalan ke pantai ni.

Kami singgah bandar Kudat dan singgah makan di Esplanade Sidek tapi tak turun bergambar ka apa sebabnya hujan lebat time tu. Kedai makan pun tak banyak buka dan yang buka pun makanan sikit dah sebab dah lambat, lebih kurang 3 petang. Kan dah kata free and easy, drive rileks ja. 

Jalan Manggaris
FREE

Lalu jalan ni free tapi berhenti beli barang tak free lah hehe. Lebih kurang 4 petang kami lalu area sini. Boleh nampak banyak barang jualan. Hampir semua kedai ada jualan yang sama: jagung bakar, madu, buah-buahan tempatan, barang homemade dari rotan dll. Ampa pilih ja mana kedai ampa berkenan nak singgah.

Jagung bakar sini unik sebab bakar sekali dengan kulit. Ada dua jenis jagung kami beli, kalau ingatan aku betul ada jagung biasa dengan jagung susu. Jagung susu tu sedap. Akak penjual tu offer nak panaskan jagung, on ja lah lagi semangat nak makan kalau panas-panas kan. Harga tak mahal sangat. Nanti aku cari balik nota aku. Serius aku lupa sebab aku tido sepanjang perjalanan hanya bangun kalau stop ja. Mangkuk bukan? Haha :P



Muka bangkit tido lepastu kak aku bagi arahan, Amirohh hang pi turun tengok nak beli apa! Lepastu rasa sayang kalau takdak gambaq, lalu dia pun ambik gambaq walaupun muka aku macam tempek nyok basi. Oh, by the way gelang aku pakai tu aku beli masa kali pertama datang ke Sabah, 2011. Bila datang Sabah lagi sekali, aku pakai gelang ni hmm rasa macam sentimental pulak kehkehkeh.

Kemudian kami teruskan perjalan ke Kota Belud. Total perjalanan ke Kota Belud dari chalet kami ialah 148 km. Lebih kurang 2 jam 30 min macam tu tapi kami kan singgah merata lepastu hujan lebat memang memandu dengan berhemah. On the way tu, orang dari Polumpong dah call sebab tak sampai lagi..mesti depa risau kalau sampai lewat kelam lah jalan. 

Till next entry. Assalamualaikum. :)


M.


No comments:

Post a Comment