Assalamualaikum dan hai!
Ok, rentetan daripada entri lepas kita sambung pula kepada interview guru ganti. Kebiasaannya ofis akan call tanya serba sikit kot lah kita dah ada kerja yang stabil kan sebab yeap, lama kot 4 bulan (ini kes aku la hihi). Dari call tu kita set date bila nak interview, pukul berapa, kat mana tu semua nanti akak ofis tu akan bagitau. Biasanya lokasi temuduga di pejabat JPN sendiri.
Jadi, apakah yang kau kena prepare? Sebenarnya standard interview lah, bawak dokumen/sijil asli dalam fail yang transparent tu bukan fail kertas yang lima puluh sen tu k. Fail kertas yang terrbeli tu bolehlah nak letak kerja sekolah anak murid nanti, time tu baru hang guna (kot).
Part ni bagi aku mencabar lah sebab kali pertama aku ditemuduga dan seorang sahaja, sebelum ni pernah pi temuduga kerja secara berjemaah (takdapat pun). So, scary mery lah. Aku rasa aku blur sebab interview aku jumaat pukul 3.00 petang camtu. Time apa tu? Time aku tido petang yeahh..haha. Masa aku pi temuduga memang aku sorang je takdak sapa pun kecuali orang yang nak berurusan dengan kaunter.
Baik, mari kita teruskan dengan soalan interview :)
Mudah:
Cerita pasal diri sendiri. Hang bagitau nama penuh hang, background pendidikan, pasal keluarga sikit, pasal kucing hang bernama lee minho atau boyfriend hang sweet tahap potong kaki takyah cerita.

Encik tu juga tanya, tahu tak berapa gaji guru ganti? Aku cakap dari cerita orang, untuk degree RM 100/hari. Terus-terang dia kata, gaji sekarang kena cut jadi, hanya akan dibayar RM 54/hari, awak ok ke? Haruslah aku kata ok, duit adalah benda kedua penting sebab aku duduk dengan parents haha. Lagipun aku nak pengalaman of course.
Sederhana:
1.Apakah itu pedagogi?
-Lucky me, aku pernah jumpa dan baca pasal pedagogi masa sekolah dulu ni tetapi tak secara menyeluruh lah sebab wei aku baca 8 tahun lepas haha.
2. Siapakah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia?
-Sebab aku pegi google tengok nama/pangkat/gambar dan hafal sebelum pi interview.
-Interviewer kagum sebab aku tau.
-Jawapan: Y.Bhg. Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Profail jabatan KPM
-Interviewer kagum sebab aku tau.
-Jawapan: Y.Bhg. Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Profail jabatan KPM
3.Siapakah Pengarah JPN Perlis?
-Sama macam di atas, aku dah google nama/pangkat/gambar
Jawapan: Tuan Haji Izmi bin Haji Ismail
Jawapan: Tuan Haji Izmi bin Haji Ismail
Pengurusan tertinggi JPN Perlis
Oleh sebab aku tau nama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia interviewer tanya pulak soalan nama Pengarah JPN Perlis. Dia kagum walaupun aku rasa dia tau aku sekadar google ja sebelum mai interview. Dia kata penting untuk tau nama dan muka mereka sebab kadang-kadang depa buat lawatan mengejut ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Sukar:
1. Ceritakan apa rancangan mengajar awak..contohnya awak ajar BM. Silakan.
Aku kan takdak pengalaman mengajar makanya aku hentam ja apa yang aku pernah tengok dan ingat zaman belajar dulu. Yang ni ikut kreativiti hang sendiri. Yang penting, hang kena bagitau sebelum mula sesi PdP (pengajaran dan pembelajaran) apa objektif hang nak mengajar hari ni. Dan di akhir tu kena ada rumusan sikit, lagi bagus kalau ada Q&A untuk pastikan objektif hang tercapai pada hari itu.
Contoh jawapan: Hari ni saya nak mengajar pasal watak dan perwatakan yang ada dalam novel tingkatan 1 yang bertajuk Hikmah. Ok, watak dan perwatakan tu apa?...... (cukup kot mukadimah sikit, sambung sendiri k)

2. Boleh bagitau apakah itu PPPM?
-Serious bodoh aku rasa time ni sebab aku taktahu apa benda akronim ni. Sekarang banyak gila singkatan yang JPN/Kementerian guna sampai hang rasa macam erk padiaaaa ni?? Dan aku terus terang ja, 'Maaf encik saya taktahu'.
Sebolehnya hang siap sedia lah, kaji sikit sistem pendidikan di Malaysia sekarang sebab serius wei beza gila dengan zaman aku sekolah menengah tahun 2004-2008 dulu.
Sebolehnya hang siap sedia lah, kaji sikit sistem pendidikan di Malaysia sekarang sebab serius wei beza gila dengan zaman aku sekolah menengah tahun 2004-2008 dulu.
3. Berikan contoh denda yang positif.
-Ini long pause... Memang masa ni aku rasa knock out dah. I came clean dan cakap;
'Maaf encik, saya taktahu sebab masa zaman sekolah dulu saya tak pernah kena denda yang positif semua yang negatif ja, rotan, berdiri atas kerusi/meja, lompat katak keliling kawasan perhimpunan pastu ketuk ketampi.' Aku cakap dengan muka sekupang sebab rasa bodohnyaa hang mira oii taktau pa benda denda positif haha XD
Dan encik tu pulak long pause; 'hmm betul juga, zaman kita lebih kurang lah ye.'
*mungkin mengenang dia kena rotan zaman sekolah dulu..lel*

Tips:
1. Jangan demand nak gaji sama dengan kelayakan or sama dengan cikgu lain. Sebab? Kalau hang fresh grad takdak pengalaman macam aku, please lah. Kita terima ja apa ada. Sebab tu dicadangkan untuk mintak dalam daerah hang tinggal so boleh save kos.
2. Senyum. Hang senyum ja, kalau kena komen apa yang tak berapa sedap nak dengar pun, senyum ja. Kalau diminta beri pandangan, bagi pandangan dengan yakin dan profesional dengan diakhiri dengan senyuman. :)
3. Do your homework! Ambik tau serba sedikit pasal perkembangan pendidikan di Malaysia. Dan kenalilah at least nama pegawai besar seperti Ketua Pengarah Pelajaran, Ketua Pengarah Pendidikan Negeri/Daerah, Menteri dan Kementerian yang berkaitan.
4. Be yourself! Jangan tipu kalau hang taktau. Orang utara kata, jangan buat pala tau! Maksudnya hang cakap jujur ja kalau taktau cuma janganlah sampai semua benda hang taktau. Parah lah gini, nak jadi cikgu cemana?
Okay, ini sedikit sebanyak yang aku ingatlah sebab aku pegi interview ni pertengahan April lepas, ingatan pun makin pudar haha dasar lupa diri. Yang penting, ketahuilah bahawa ramai gila apply woi tak kisahlah graduan dalam atau luar negara. Encik tu siap tunjuk kat aku betapa tingginya longgokan application yang depa dapat. Aku happy sebab aku takdak guna cable ke apa, memang rezeki nak dapat.. ;)
1. Jangan demand nak gaji sama dengan kelayakan or sama dengan cikgu lain. Sebab? Kalau hang fresh grad takdak pengalaman macam aku, please lah. Kita terima ja apa ada. Sebab tu dicadangkan untuk mintak dalam daerah hang tinggal so boleh save kos.
2. Senyum. Hang senyum ja, kalau kena komen apa yang tak berapa sedap nak dengar pun, senyum ja. Kalau diminta beri pandangan, bagi pandangan dengan yakin dan profesional dengan diakhiri dengan senyuman. :)
3. Do your homework! Ambik tau serba sedikit pasal perkembangan pendidikan di Malaysia. Dan kenalilah at least nama pegawai besar seperti Ketua Pengarah Pelajaran, Ketua Pengarah Pendidikan Negeri/Daerah, Menteri dan Kementerian yang berkaitan.
4. Be yourself! Jangan tipu kalau hang taktau. Orang utara kata, jangan buat pala tau! Maksudnya hang cakap jujur ja kalau taktau cuma janganlah sampai semua benda hang taktau. Parah lah gini, nak jadi cikgu cemana?
Next: Tawaran Guru Ganti! Apa perlu saya buat?
M.
terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat
ReplyDeleteSama-sama :)
DeleteLepas inyerview apa step seterusnya Eh?
ReplyDeleteLepas interview tunggu call daripada JPN kalau berjaya.
DeleteThanks for sharing. Berapa orang panel iv masa tu ye?
ReplyDeleteSeorang saja panel interview tu.
DeleteHello. Lepas hantar borang permohonan tu kena tunggu dalam berapa hari ya untuk panggilan interview?
ReplyDeleteBergantung kepada kekosongan. Back in 2016, saya apply bulan Januari, bulan April baru dipanggil untuk datang interview.
Delete