Thursday, March 14, 2019

Day 2: Sabah 2018 ~ Kundasang War Memorial & Sabah Tea Plantation

Assalamualaikum.

Sabah ada banyak memorial, tugu peringatan mahupun muzium yang banyak simpan sejarah dan peristiwa yang berlaku di negeri ni. Bagus ada bangunan macam ni, kita boleh tahu sejarah tempat dan sedikit sebanyak benda penting yang pernah berlaku dalam negara kita. Buat kita lebih hargai hidup. Kalau hang sejenis tak minat sejarah mesti takleh relate kan tapi pandangan peribadi aku, tak rugi kalau kita tau sejarah.

Kundasang War Memorial
(Tugu Peringatan Perang Kundasang)

Harga Tiket: RM 3/orang
Waktu Operasi: 8:30 pagi - 5:30 petang (Setiap Hari)

Selalu kalau ke Kundasang mesti orang akan singgah ke Kundasang War Memorial kan. Ini kunjungan kedua aku, diakui kali pertama dulu lagi banyak jenis bunga dan blooming. Tak sure la mungkin ada musim juga. Masa aku datang ni musim hujan, mungkin juga mempengaruhi pertumbuhan bunga. Tapi Kundasang ni kat mana-mana pun banyak bunga cantik, rare dan unik. Aku rasa seronok ja, dah la sejuk lepastu banyak bunga hidup gemok elok ja.


Memorial ini dibina untuk memperingati peristiwa di mana tentera Australia dan Inggeris dipaksa untuk berkawad dari Kem Tawanan Perang di Sandakan sampai ke Ranau ni. Tahu tak berapa jauh? 265 km gaiss...sekarang ni kalau naik kereta drive pun rasa jauh yakmatt 265km bayang dulu kena jalan kaki sejauh tu huhu. Mereka meredah hutan tau, bukan ada jalan tar elok berturap macam sekarang ni..tak boleh bayang seksa tu. Dengan takdak proper medical attention, sakit, dehydration, jauh, panas.. ;'(

Waktu tu adalah fasa Perang Dunia Kedua (WW2), yang mana Jepun yang menguasai kawasan. Nama peristiwa tu ialah Perbarisan Maut Sandakan (Sandakan Death March). Ada 3 perbarisan yang mana di akhirnya hanya 6 orang sahaja yang hidup. Sebab 6 orang ni lah kita tahu peristiwa di sebalik perbarisan maut ni. Yang terkorban lebih 2,000 orang tentera ya. List nama tentera-tentera ni ada diletakkan di memorial ni. Ada adik-beradik, kembar, anak-bapak yang terkorban dalam peristiwa ni. Ada juga yang ditembak, jatuh dalam sungai dan lain-lain. Banyak dan panjang cerita pasal peristiwa ni. Memang menyentuh hati.

Ok, kalau nak baca lebih lanjut, boleh klik link blog kat bawah ni. Seronok baca sebab ada banyak maklumat berkaitan peristiwa ni.
Klik sini: Blog Amie's Little Kitchen



Sebahagian list nama di dinding tu :'(
Memorial ni dibina khas untuk memperingati peristiwa Perbarisan Maut Sandakan yang mengorbankan banyak tentera. Juga untuk mengingati keberanian penduduk-penduduk tempatan yang telah banyak menolong tentera-tentera ni walaupun sangat berisiko mereka tetap tolong.

Never think that war, no matter how necessary, nor how justified, is not a crime -Ernest Hemingway

-Lest We Forget-


Sabah Tea Plantation
(Ladang Teh Sabah)
Harga Tiket: Percuma
Waktu Operasi: 8:00 pagi - 4:30 petang
Website: Sabah Tea

Seterusnya kami ke ladang teh Sabah. Selalu pi ladang teh Cameron Highland ja kali ni kita up pi ladang teh di Ranau pulak. Sebagai peminat Sabah Tea memang inilah yang aku tunggu selain daripada nak beli teh hehe. Kalau anda berminat nak pi fish spa di Kg. Luanti Sg. Moroli memang dekat area tu jugak. Kami tak pi sebab satu dah lewat dan satu sebab kakak aku sejenis penggeli ikan gigit kaki lols. Daripada kena dengar dia jerit ja baiklah tak payah pergi haha.

Masuk free tak kena bayar tetapi ya jalan nak masuk ke ladang membuatkan semua orang meragui diri sendiri dan orang lain ya haha. Satu, ladang teh memang berbukit-bukau, laluan naik/turun dia ada satu sahaja. Dan yang terkejut dan keraguan tu sebab tak jumpa sign yang pasti..jalan mendaki tu pulak berbatu-batu. Dah tentulah kami takut jugak sebab bergegar kereta kami. Mungkin kalau naik 4x4 tak bergegar? Idk. Dan agak lewat jugak kami sampai, kami stop jumpa kawan Am dan minum petang yang akhirnya itulah yang jadi dinner haha. Waktu operasi tu aku rasa untuk aktiviti tour sebab kami sampai lebih kurang 4:30 macam tu tapi buka ja. Terus ke kedai, beli teh lepastu keluaq pi ambik gambaq berlatar belakangkan ladang teh.

Dalam kedai, banyak sangat variasi teh yang ada.


Sebab dah lewat dan hujan, basah ja laluan tu takut nak turun bawah dengan ada lopak pulak nanti kesian kat kereta tu. Dengan cabaran daki bukit berbatu-batu, bergegar kereta semata-mata nak sampai sini lepastu bagi pakej tanah pulak..kesian kereta tu haha.

Love lock
Mangga cinta pun ada kat sini, boleh beli mangga yang aku agak pasti overprice (normal untuk tempat tarikan pelancong) untuk mengunci cintamu di dalam hatiku. Mestilah aku tak beli, tak nampak tu, muka dengki hahahaha. Skema pulak aku guna mangga cinta patut kata pedal ayam cinta ja luls. Oh, aku beli satu jenis teh, nama dia Teh Geranium kerana dicadangkan oleh kakak aku. Am kata elok untuk buang stress (ada tulis di pek bungkusan tu) dan calm down diri aku yang sebenarnya tak calm langsung haha. Oh, geranium tu sejenis bunga..tak pasti dia ada nama melayu dak..hmm.



Okay, itu sahaja untuk entri kali ini. Oh, by the way, boleh check out Sabah Tea punya website, ada macam-macam aktiviti kat situ. Ada tour kilang kalau tak silap, ada cafe & restaurant boleh lepak minum teh tengok ladang teh yang luas menghijau, dan boleh juga bermalam di resort mereka. Ada banyak pakej bermalam di sana, boleh juga kalau nak camping.

Seperti dalam gambaq, ya dah gloomy dan gelap kan..lampu pun dah buka. Lebih kurang pukul 5 petang time ni. Kalau nak scenery lawa datang pagi la, insyaAllah view lagi clear. Sabah Tea ni attraction terakhir kami di Ranau dan terus drive ke Kudat.


M.


No comments:

Post a Comment