Assalamualaikum.
*Ini bebelan panjang*
Day 0 pun nak kena masuk dalam blog kan, over ja tapi sayang kalau tak tulis untuk kenangan. Dah terbayang bila aku tua nanti aku godek-godek baca blog ni dan gelak bila teringat moment yang dah terjadi. Trip jalan-jalan Sabah ni asalnya berlima, aku-Am-Makngah-Imah-Ati tapi Ati last minit tak dapat cuti lalu burn tiket burrrrrrrnnn! Ni macam trip penting kami sebab trip pertama sama-sama dan rasanya lepasni ada yang tak single dah so taktau la boleh teruskan trip jalan-jalan ni lagi atau tak huhu. Ala-ala bachelorette party gitu haha. Oh, lupa nak cakap ni trip sedara-mara la kiranya, ada kakak aku, sepupu dengan mak sedara. Ni juga la geng terjun parit, main kat kebun getah, panjat pokok, mengail ikan dan bergolek main hujan dan tak lupa juga digigit pacat. Good ol' days eh mengenang childhood memories pulak tetiba hehe.
Aku dengan Imah stay di kawasan KL & Damansara so basically kami perlu naik MRT terus ke KL Sentral. Plan asal nak lepak di rumah Imah lalu pagi-pagi buta tu ambik grab atau bas kat One Utama dan terus ke KLIA2 tapi disebabkan tiket ETS laku macam pisang goreng panas makanya Am dan Makngah hanya berjaya grab tiket malam, kalau tak salah pukul 8 dari Bukit Mertajam dan akan sampai di KL Sentral dalam pukul 12.15 pagi macam tu. Memandangkan bus nak ke KLIA2 tu jauh di belah bawah risau la kena tinggal. Standby beli tiket standby tunjuk arah, sebab Am dengan Makngah tak familiar dengan KL Sentral dan juga sebab nak kejar bas 12.30 pagi tu, gigih lah kami.
Earlier that day aku ke rumah Najwa, kena tadah muka kat Wa sebab dia nak praktik skill mekap dia lepas attend class. Aku invite Alny sekali boleh la acah-acah model di mekap MUA gitu hehe. Boleh check out instagram Wa kat sini - Wawa Shah Kot la nak book mekap untuk majlis tunang, nikah, resepi mahupun event. Boleh check out hasil kerja Wa dan tanya la apa nak tanya. So, aku bangun awal dan tak tidoq sepanjang hari itu. Ngantuk tu ada tapi restless.
Aku sampai KL Sentral lewat jugak around 9.30 malam macam tu, orang masih ramai. Pusing Nu Sentral seround tapi give up sebab bawak bagpack, berat ooi. Nak solat kat Nu Sentral tapi acik guard nak tutup dah walaupun sebenarnya tulis kat situ official tutup ada lagi 30 minit. So, takpa la aku mengalah la keluaq. Mana dituju? Cash out duit dan ke surau KL Sentral. Kalau tak salah surau tu tutup 10.30 ka 11 malam macam tu la. Aku solat lepastu lepak sejam juga kat situ sampai akak polis bantuan tu mai solat dan habaq nak kunci surau dah, nak tutup. Bukan apa situ relaks sikit, aku sakit kepala sebab panas dan sambil tu aku susun balik barang aku sebab rasa semak eh. So, lepas surau tutup lepak kat tepi McD tu. Situ ramai ja orang.
Ok, aku ada satu PSA, kalau kat tempat awam dan hang bawak beg please la jangan tinggal beg macam tu ja kat tempat duduk sebab pi McD beli McFlurry. Mungkin hang tak kisah beg hang kena curi tapi aku memang takut kalau orang tinggal beg merata ni sebab faktor ancaman bom. Aku bukan la paranoid tapi di kawasan yang ramai orang awam kemungkinan ancaman bom tu tinggi. Dan berkali-kali sejak sejam dua aku lepak kat KL Sentral tu aku dengar pengumuman jangan tinggal beg merata-rata kalau depa jumpa depa ambik tindakan buang or something like that la. Memandangkan perempuan yang pi beli McFlurry tu duk sebelah aku, aku nervous gila. Duk pikiaq kalau mati pun harapnya taklah mayat aku dalam bentuk cebisan kerana duduk sebelah bom. Aku pun bangun lari dan berdiri jauh sikit. Nak blah jauh terus kesian juga kalau budak tu jenis naif percaya ja aku so dia tinggal barang dia indirectly untuk aku jaga. Nampak dia beli McFlurry tu aku approach dia bagitau bahaya la dia biaq beg dia tanpa pengawasan lagu tu. Kalau polis bantuan round time tu memang beg tu di-remove dengan jayanya la. Kalau dia pesan aku jagakan aku boleh terima lagi tapi kalau orang pesan jagakan pun bahaya juga sebenarnya, another PSA.
Aku pun move duk sebelah depan McD sambil tunggu Imah, lambat laa pulak padahal Damansara ja pun. Sebabkan mulut aku gatal nak sembang dan la sembang dengan sorang adik ni yang terlepas train. Panjang kisah dia tapi harapnya adik tu selamat sampai ke destinasi dia, dah la sorang tertinggal train terakhir dan nak kejar bas. Dramatik habis. Si Imah pun sampai dengan herannya sebab dia ingat adik tu kawan aku haha. Lama gila nak tunggu 12.15 tu. Kiranya dan la tengok pekerja cuci signboard yang ada kat KL Sentral tu. Panjat tangga lap huruf McD apa semua..ralit sat tengok orang tapi orang pun dah tak ramai, kedai pun dan banyak yang tutup, yang 24jam ada la beberapa kedai.
Cukup 12.15 tunggu dekat escalator Nu Sentral dan sedia nak lari, Imah lari pi beli tiket, aku tunjuk arah kat Am dengan Makngah. Bas tu bukan on time tapi lagi awal dari time dia, cakap 12.30 pagi kan tapi 3-4 minit before tu dah bergerak dah. So, yeah berbaloi la gigih jalan laju-laju. Kalau terlepas bas tu memang nak kena ambik grab pulak. Masa nak pi ni ada banyak energy, naik bas takdak hal, balik kang penat baru naik grab. Ya, ni tips save cost..haha. Sampai KLIA2 lebih kurang 2 pagi lebih sikit kot. Kami round cari tempat nak boarding nanti dan singgah KFC nak charge phone dan supper. Supper sebab rasa berdosa tumpang kerusi KFC haha. Sambil briefing itinerari si Imah tu chill ja susun baju dia kat KFC. Yes, like that. xD
Urusan check in aku dah settle sebelum keluar bilik pagi tu, both check in pergi dan balik dah settle. Mujur la ada web check in kan. Eh self check in yang kiosk tu pun ok, datang awal check in situ pun ok ja. Imah cari tempat nak duduk dan lepak. Ramai betul orang kat KLIA2 weh, dalam erti kata lain overnight kat KLIA2 tu ok tak seram dan krikk krikk. Kami duduk betul-betul depan tempat balut beg. Andai ampa ada nampak empat perempuan takdak imej baring, tidoq, lepak situ macam takdak imej, sorry haha. Memandangkan aku restless, aku berjaga la dan suruh depa tiga tidoq. Aku terlelap kejap ja few minutes. Masa selebihnya aku scrolling baca apa yang patut, menulis dalam jurnal travel aku dan perhati orang. Sampai aku bosan baru aku suruh Am bangun dan jaga pulak, sempat la round KLIA2. Nak tunggu boarding tu rasa lama sangat, nak makan dah supper KFC tu memang taktau nak buat apa sebab takdak bawak buku. Tips, mungkin patut bawak buku crossword puzzle or sudoku untuk isi masa lapang kalau ada niat nak overnight kat airport lagi.
Ada few pictures malam tu tapi tangan gegaq dan poor lighting so malas nak upload. Next time, invest on good camera please. Till next update, bye ;)
PSA = Public Service Announcement
M.

The waiting game |
PSA = Public Service Announcement
M.
Day 4: Mandi Sungai di Polumpong Melangkap, Jambatan Tamparuli, Muzium Marin UMS, Masjid UMS & 1Borneo
Day 5: Sabah 2018 ~ Roadtrip & Naik Keretapi Beaufort ke Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Kilang Kopi Yit Foh, Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Pantai Tanjung Aru & Kepak Ayam
Day 6: Sabah 2018 ~ Snorkeling ke Pulau Sapi & Pulau Manukan
Day 6: Sabah 2018 ~ Makan Borenos Chicken
Day 7: Sabah 2018 ~ Hari Terakhir di Bumi Sabah

PENGINAPAN
Review Ringkas Penginapan Sepanjang di Sabah
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Bensin Homestay, Kundasang
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Simpang Mengayau Chalet, Kudat
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Polumpong Melangkap View Camp Site (PMVCS), Kota Belud
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu

No comments:
Post a Comment