Assalamualaikum.
Bersambungan dari entri lepas, kami sampai di Polumpong lebih kurang 6 petang lebih kurang macam tu lah. Lambat sikit sebab singgah Kota Belud untuk beli stok makanan; megi, air dan sosej. Di Polumpong Melangkap View Camp Site (PMVCS) kami tidur satu malam. Full review untuk PMVCS nanti aku tulis di entri yang lain. Malam tu lepas makan kami tidur terus memang sejenis tidur lena walau di mana pun. Masuk hutan ka, tepi sungai ka, atas awan ka, tepi laut ka tak kisah memang boleh tidur di mana-mana. Hello pi airport pun boleh lena macam takdak imej depa ni, senang kira..haha.

Polumpong Melangkap View Camp Site
HARGA: Warganegara - Dewasa: RM 3/pax (yuran masuk)
Warganegara - Dewasa: RM 6/pax (yuran bermalam)
WEBSITE: https://www.facebook.com/pmvcs/
HARGA: Warganegara - Dewasa: RM 3/pax (yuran masuk)
Warganegara - Dewasa: RM 6/pax (yuran bermalam)
WEBSITE: https://www.facebook.com/pmvcs/
Ada fee. Untuk tahu harga, pakej apa yang ditawarkan boleh tengok facebook mereka, aku dah letak link tu. Kalau menginap kira lain, kalau tak menginap nak datang mandi saja di sungai ni pun boleh, tiada masalah. Aktiviti kami pagi tu memang nak peruntukkan untuk berendam di sungai. Sehari sebelum tu kan tak dapat menduyung di Kudat, balas balik dengan berendam lama-lama di sungai hari ini. Pagi tak ramai orang mandi gaisss orang genetik duyung macam kami ja tak boleh tahan bila tengok air rasa nak terjun terus hahaha. Sembang kencang ya padahal baru celup kaki nak check temperature terus menjerit seeejukkkk haha. Kami turun ke sungai dalam 7.30pagi mula-mula macam konon nak tunggu matahari naik sikit tapi hari agak mendung, matahari pun malu-malu.
Air dia sejuk amaaaaat ya. Aku, Am dengan Imah terjerit la sementara badan nak adjust dengan kesejukan air kat situ. Sementara itu, Mak Ngah relaks ja dia macam alalalala mungkin definisi duyung sebenar? Lepastu Mak Ngah habaq dia boleh tahan sejuk sebab sepanjang zaman sekolah dia dia mandi perigi sebelum pi sekolah ya. Air sejuk tu takdak challenge mana pun untuk dia. Dia siap happy lagi sebab katanya sekarang mandi air paip, tak sama. Oh man, kami bertiga nak masuk badan pun sikit-sikit...seksa nak hilang sejuk tu, tapi nak mandi jugak. Faham tak perangai gini? Kami mandi, bergolek, berendam, bergambaq sampai 9 pagi jugak kalau tak silap. Dan habis berendam barulah bersiap-siap nak mandi lah, berkemas barang lepastu barulah check out. Sebenarnya aku tak sure ada check out time ke tidak. Kami keluar lebih kurang 10.30 pagi sebab nak pi laundry dan bertolak ke KK.
Kota Belud
Singgah Kota Belud untuk self-service laundry dan beli jajan. Sementara tunggu laundry duk bersembang lah dari tempat tu takdak orang buat macam kedai sendiri sampailah kedai makan ramai orang. Feeling kat Kota Belud ni macam kat pekan-pekan kecil kat Malaysia. Banyak kereta tapi rileks. Aku punya bekalan pakaian memang kritikal tu kami buat keputusan pi ja lah basuh dulu.
Tu tuan kedai mai pun kami still buat macam kedai sendiri. Tu aku level paling kritikal lah, shawl pinjam Imah..seluar tu seluar tidur pinjam Am. Mujur color senada nampak tak buruk sangat (pada mata aku la haha).
Macam biasa, confident buat macam kedai sendiri..haha. |
Jambatan Gantung Tamparuli
FREE
Jambatan ni tepi jalan ja. Ada dua jambatan sebelah-menyebelah kat sini. Yang sebelah bawah untuk kenderaan macam motor, kereta, lori semua tu lah..jambatan gantung hanya guna untuk laluan pejalan kaki. Tempat ni iconic la, kalau sesuatu tempat tu ada lagu khas memang iconic lah ceritanya. Di sini ada papan tanda yang menceritakan sejarah pembinaan jambatan ini. Jambatan ni dari zaman British lagi. Menurut kisahnya jambatan ni dulu asyik rosak sebab banjir ja sampailah British taktau nak buat apa depa consult orang tempatan. Dengan bantuan Bobolian (dukun dalam masyarakat yang tahu perkara spiritual) depa dapat tau yg roh sungai (Tambuakar) marah sebab bina jambatan ni. Untuk settle masalah, depa korbankan seorang gadis cantik..gadis tu depa letak dalam tajau (macam tempayan) dan ditanam hidup-hidup di bawah tiang jambatan pertama. Lepas upacara tu selesai jambatan dan tak rosak dah. Mana satu tiang pertama tu kita pun taktau.
Ada dua jambatan sebelah-menyebelah |
Masjid UMS
FREE
Singgah nak solat jamak di sini. Kebetulan ada gerai jual makanan, kami beli la..itu kira late lunch kami. Kami makan nasi kuning dengan bakso. Sini ramai tourist kalau tak salah masa tu kami nampak tourist dari Korea dan China. Sebelah masjid ada Pusat Islam, aku tak pasti situ ada apa tapi both bangunan cantik. Yang lagi menarik depan pintu masjid ada kiosk jual makanan dan minuman macam jus, smoothie, milkshake. Nak try beli tapi kedai tutup kejap sebab waktu tu nak masuk waktu Asar dah.
Muzium Marine UMS
HARGA:Wargangegara- Dewasa: RM 10/pax, Kanak-kanak & Warga Emas: RM 5/pax
Pas kamera: RM 5 (Warganegara)
WAKTU BEROPERASI: Isnin-Sabtu [Tutup: Ahad & Cuti Umum]
9:00 pagi - 4:00 petang
WEBSITE: Akuarium Muzium Marin
Kalau anda ada di KK boleh singgah Muzium Marin di UMS ni. Menarik juga tapi rasanya kunjungan aku kali pertama masa 2011 macam lagi best je. Kami dah agak lambat, sampai sini dalam pukul 4 petang, tutup 4.30-4.45 camtu la. Ingatkan tak sempat masuk tapi rezeki lah boleh masuk Oh, kalau anda ada kad student yang valid sila bawak, dapat discount. Total kami kena bayar untuk 4 pax = RM 32.90 sahaja. Rezeki kami masa kami sampai ni pekerja duk bagi makan kat tangki udang, syok dan ralit tengok perangai udang-udang tu.
1Borneo
Kami singgah sini sebab cousin aku nak beli contact lens untuk dipakai masa snorkeling nanti. Katanya tak puas nak tengok ikan kalau rabun. Aku, redha ja setakat mana nampak sebab penakut nak pakai contact lens. Memang tidak! Sambil tu tea time la beli waffle sedap, round la beli apa yang perlu. Habis urusan kat sini kami pi check in di penginapan kami yang seterusnya, Promenade Service Apartment. Aku ambik sini 3 hari..senang kita tak payah berangkut barang dua-tiga kali. Datang bawak bagpack ja, baru separuh journey beg beranak dah..hihi.
Okay, next entri akan cerita pasal segala jenis pasar kraftangan, pasar malam dan sama waktu dengannya. Till then. Bye.
M.
Day 4: Mandi Sungai di Polumpong Melangkap, Jambatan Tamparuli, Muzium Marin UMS, Masjid UMS & 1Borneo
Day 5: Sabah 2018 ~ Roadtrip & Naik Keretapi Beaufort ke Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Kilang Kopi Yit Foh, Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Pantai Tanjung Aru & Kepak Ayam
Day 6: Sabah 2018 ~ Snorkeling ke Pulau Sapi & Pulau Manukan
Day 6: Sabah 2018 ~ Makan Borenos Chicken
Day 7: Sabah 2018 ~ Hari Terakhir di Bumi Sabah

PENGINAPAN
Review Ringkas Penginapan Sepanjang di Sabah
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Bensin Homestay, Kundasang
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Simpang Mengayau Chalet, Kudat
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Polumpong Melangkap View Camp Site (PMVCS), Kota Belud
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu

No comments:
Post a Comment