Assalamualaikum.
Morning Flight |
Aku pilih flight 6.15 pagi sebab dalam ingatan ni nak sampai Sabah awal dan boleh explore banyak tempat. Lepas dah book dan bayar tetiba tinggg teringat wehh sempat ka idok nak Subuh ni. Aku punya bimbo datang kadang-kadang macam ni la, takleh jangka. Ok, sebab kami jarang naik flight maka tak tahu susun atur KLIA2 ni macam mana. Sumpah noob moment darab 4 ya. Yang aku tak faham cousin aku beberapa bulan sebelum tu ada fly dari KLIA2 pun ingatan cap ayam, takdak dia ingat apa aih. Kalau waktu lain takpa ni Subuh takleh jamak. Gelabah la plan cemana nak solat Subuh. Subuh masuk 5.40 pagi macam tu, gate buka 5.45 pagi memang menunggu Subuh masuk terus solat. Habis solat terus lari nak check keselamatan. Oh, kalau pakai kasut tapak tebal hang bukak siap-siap kasut hang masuk scanner tu. Kalau tak nanti lambat la, kasut tapak tebal memang tak lepas security ya. Dan kalau bawak bagpack selalu lepas ja takdak depa tahan kat pintu masuk atau timbang beg kat situ.
Memandangkan sis semua gelabah apa lagi lari macam amazing race lah kami berempat takut terlepas flight. Dah la gate J20, gate paling hujung dalam departure hall. Mau tak cemas weh. Subuh gitu aku berlari macam masuk marathon. Walaupun gemuk sis boleh berlari ya. Jangan main-main haha. Yes, sebab kita sumpah freak out takut tak sempat padahal lebih dari sempat lah. Kalau ada sesiapa yang tunggu boarding 4 November 2018 nampak perempuan lari macam takdak hari esok di subuh hari tu, sorry lah ya. Sis tak boleh bertenang. Pengajaran dia, bila dah boleh boarding masuk dulu dalam departure hall KLIA2 tu, berlambak tempat boleh solat. Mana lah sis nak tau..bukan selalu naik flight pun. Lepasni sampai mati aku ingat dah la, boleh solat dalam kawasan departure hall ja. Tak payah risau solat kat luar lalu cemas tunggu turn kat security tu. Ini penting untuk solat subuh sebab takleh jamak dan juga untuk perjalanan jauh, mana boleh jamak kasi settle dulu, tenang sikit hidup. There's always first time for everything kan XD
Mine |
My sister's |
Makanan, biasa lah nak kata sedap pun tidak nak kata tak sedap langsung pun tidak. Nasi lemak dengan Chicken Bukhara ni kategori boleh rekomen la. Boleh la asal kenyang dan kita taknak kelaparan cari sarapan bila dah sampai KK itu yang add on meals terus. Sepanjang flight tu aku tak boleh nak minum kopi sebab asyik turbulence ja, panas pulak tu yang takut tumpah. Bila nak minum dah sejuk dah LOL. Cuaca tak berapa elok walaupun cerah ja kat luar tingkap. Risau juga sebab insiden Lion Air tu beberapa minggu sebelum kami berlepas. Tapi kita pakai konsep Tawakal ya adik-adik. Lalu berbekalkan konsep tawakal itu aku pun tido..haha. Habis pramugari ajar safety instruction, aku baca sikit pasal safety tu pooff tido. Kakak aku suruh betulkan kerusi pun dah tak dengar, jadi kakak aku tolong turunkan seat, tu pun aku taktau bila. Aku sedar time dia aku gerak suruh makan, tang ni laju ja hehe. Lepas makan nak minum kopi tapi panas+ turbulence lalu sambung tido. Itu la sebab kopi itu sejuk hee. Aku tak tido semalaman memang cannot go la sebab tu tawakal aku tetiba tinggi.
9:00 pagi |
Touchdown BKI!
Nak keluar dari arrival hall kita kena dapat cop imigresen dulu. Kalau bawa passport lebih mudah, dia terus cop dalam tu. Kalau takdak passport jangan lupa bawa I/C anda, nanti pegawai imigresen bertugas akan issue satu kertas dan kena simpan kertas tu sebab nanti nak balik kena bagi kat imigresen balik. Bukti masuk Sabah secara legal ya. Kalau ikut kat cop tu, ini pas lawatan sosial boleh stay di Sabah selama 90 hari. Kalau bekerja di sini lain pulak bentuk pas tu. Senang cerita kalau masuk Sabah atau Sarawak bawak ja passport kalau dah memang ada kat rumah.
Kiri: I/C, Kanan: Passport |
Gaya Street Sunday Market
Kalau datang Sabah make sure plan tu termasuk hari Ahad ya. Sunday market ni dari pagi sampai ke tengahari. Kami sampai sini around 10am, memang panas lerr tapi ada kami kisah? Haha. Gaya Street Sunday Market ni ada macam-macam benda. Makanan, pakaian, jual barang antik, pets, pokok, sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan dan juga cenderamata. Tapi kalau cenderamata terutamanya baju aku suka Pekan Nabalu, murah banyak juga kalau nak beli t-shirt. Kalau hari ahad di daerah lain ada Pasar Tamu, aku tak sempat pegi sebab satu ahad ja di sini.
Gaya Street Sunday Market, 10:45 pagi |
Oh, by the way itulah kasut yang sangkut kat security tu haha. Dan jangan tanya tudung senget kenapa, otak aku senget hang taktau. This is me bila tak mandi pagi. Kan dah cakap overnight kat airport mana ada proper nak mandi. Setakat asal boleh cuci muka time subuh tu ja lah.
Poskad. Ada orang kirim. |
Urut tapak kaki. |
Urut tapak kaki ni menggoda weh aku nak try. Sambil lega kaki ni sambil support persatuan orang buta kat sini. Harga dia pun ok sebab tu aku terfikir nak urut kaki, kalau mahal kau ingat aku nak tengok. Oh, aku tak jadi sebab selain daripada kena queue aku kan tak mandi, kaki kang kalau tetiba berbau kesian depa. Lalu kerana sedar diri aku sapu counterpain ja lah untuk urut kaki.
Must try! |
Tadaaa! Rojak :D |
Dua benda aku rasa berbaloi beli di sini (setakat yang kami beli ya)
1. Rojak (Aku taktau nama dia apa, aku assume ja rojak kalau orang utagha panggil garam belacan)
2. Cili sabah (Sorry takdak gambar tapi rasa lain dari cili padi biasa)
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas
Dari Gaya street kami terus beli makanan bungkus dan singgah ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas ni. Nak mandi, makan dan solat jamak siap-siap sebab nak terus ke Kundasang. Ok, selain daripada toilet kat dalam masjid, ada toilet asing yang berdekatan dengan pintu masuk masjid. Kat situ boleh mandi, bayar RM 1 tapi sebab air tak berapa nak ada aku terus pi mandi kat toilet masjid. Panas gila dah kepala aku, tak mandi seharian kan. Aku taktau macam mana orang boleh survive tak mandi pagi.
Lepas solat tu tengok luar dah gloomy, nak hujan. Ni sebab cari kereta tak jumpa aku snap pic dulu.
Gloomy. 1:20 tengahari |
Ruang legar masjid |
Lepas semua orang mandi rasa civilized sikit la walaupun mandi ala-ala ja. At least kepala tak sakit. Oh, kami tapau makanan kat KK kan, Taufik kot nama kedai tu. Am cadangkan Nasi Lalap. Sebab nak hujan kami gerak ja lah ke UMS, cadangnya nak lepak kat dekat kafe library ka apa. Sekali kafe tutup, cuti midterm student balik lah kot, sunyi ja. End up makan dalam kereta sebab hujan mencurah-curah seperti koko yang tumpah ke ladang gandum wah coco crunch.
Nasi Lalap yang akan buat kita lelap xD |
Nasi Lalap ni macam ayam penyet gitu. Mungkin adik-beradik. Nasi, ayam goreng, kubis dan sambal. Boleh diterima tekak. Ingat nak repeat makan kat Taufik ni tapi takdak rezeki.
Kundasang, 4:25 petang |
Ini masa kami sampai Kundasang, bawah tu Bulatan Kobis. Walaupun gambar ni aku nampak mata ja tapi orang lain nampak segak, so upload ja lah. Kalau nampak muka aku full pun rasa nak terajang juga, zombified. Kabus penuh, sejuk dan belum nampak Kinabalu kat sini.
Lalu ternampak chicken wing, lalu beli tapi dalam dilema tamak-tak tamak kami beli sekadarnya ja. Bungkus nasi goreng dua bungkus, bihun goreng dan chicken wing untuk dinner. Air takyah. Jumpa kedai runcit kat area sama terus beli sabun mandi, bekalan jajan dan sebagainya. Masa tunggu chicken wing siap tu tadaaa kabus hilang sikit demi sikit dapat la tengok Gunung Kinabalu di hari pertama sampai Sabah. Yeay!
Thank you, tak main sembunyi hehe |
Lepas settle sini terus ke homestay nak check in. Mentally dan physically penat walaupun bukan aku yang memandu. KK-Kundasang lebih kurang tiga jam. Masa kami pi ni hujan dan kabus so slow sikit la drive.
Our Dinner! Itu cili sabah. Padu! |
Hingga ke bahagian seterusnya ;)
M.
Day 4: Mandi Sungai di Polumpong Melangkap, Jambatan Tamparuli, Muzium Marin UMS, Masjid UMS & 1Borneo
Day 5: Sabah 2018 ~ Roadtrip & Naik Keretapi Beaufort ke Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Kilang Kopi Yit Foh, Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Pantai Tanjung Aru & Kepak Ayam
Day 6: Sabah 2018 ~ Snorkeling ke Pulau Sapi & Pulau Manukan
Day 6: Sabah 2018 ~ Makan Borenos Chicken
Day 7: Sabah 2018 ~ Hari Terakhir di Bumi Sabah
Day 5: Sabah 2018 ~ Roadtrip & Naik Keretapi Beaufort ke Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Kilang Kopi Yit Foh, Tenom
Day 5: Sabah 2018 ~ Pantai Tanjung Aru & Kepak Ayam
Day 6: Sabah 2018 ~ Snorkeling ke Pulau Sapi & Pulau Manukan
Day 6: Sabah 2018 ~ Makan Borenos Chicken
Day 7: Sabah 2018 ~ Hari Terakhir di Bumi Sabah
PENGINAPAN
Review Ringkas Penginapan Sepanjang di Sabah
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Bensin Homestay, Kundasang
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Simpang Mengayau Chalet, Kudat
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Polumpong Melangkap View Camp Site (PMVCS), Kota Belud
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Bensin Homestay, Kundasang
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Simpang Mengayau Chalet, Kudat
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Polumpong Melangkap View Camp Site (PMVCS), Kota Belud
Jalan-Jalan Sabah 2018 ~ Penginapan: Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu
Kaki aku kebaih x habih lg oi lari 1 km tu... hahaha
ReplyDeleteHahaha tapi hang lari sat ja makngah lepastu alalala lenggang kangkung oh ka masa hg lari tu masuk 1km dah hehe xD
Delete