Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Friday, September 22, 2023

Batam 00: Itinerari Ringkas ke Batam, Indonesia

Assalamualaikum. 

Jun 2023 kami ke Indonesia. Kali ni aku hanya akan tulis highlight tempat-tempat yang kami pergi. Cerita panjang akan ditulis dalam post seterusnya. Banyak lagi tempat menarik tapi tak sempat nak explore sebab kami nak relaks ja dalam trip kali ni. Ada banyak pilihan pulau yang best sekitar Batam ni; Bintan, Kepri. Pantai pun kami takdan singgah. Kalau pergi berdua dengan pasangan, single atau trip kawan-kawan sesuai juga singgah tengok live band tepi pantai/malam-malam. Kami ada bawak MIL so macam tak sesuai lepak senja/malam just untuk live band. That's so anak muda vibes. Gitu tetiba explain padahal sendiri pun jenis pukul 10 nak lena dah.

Monday, September 11, 2023

Pra-Batam 00: Road Trip dari Kedah ke Johor

Assalamualaikum. 

Jun 2023

Kami dari SP ke Johor dengan tujuan nak ambil SIL aku yang dah habis belajar di sana. Sambil-sambil tu kita pun nak berjalan lah jugak kan. Initially nak ke Singapura tapi bila ringgit jatuh ni rasa berat sikitlah nak ke sana. Dan aku sejujurnya bukanlah orang yang suka ke negara yang jenis sangat moden ni. Aku lagi suka yang mix of modern and traditional and plus point untuk yang ada nature best-best. Plus, poket aku belum cukup tebal. Paham ja lah kalau negara moden ni selangkah kaki berjalan tu duit keluar seperti air mengalir dari paip aa begitu hiperbola ya perumpamaan aku. Aku buat anggaran bajet, day trip di Singapura sama dengan bercuti 3 hari 2 malam di Indonesia. Oh, no! (sesak nafas in RM). Day trip ja tu belum bermalam lagi. It's okay someday kalau ada rezeki lebih kita boleh pegi. Negara moden ni satu benda aku suka ialah kemudahan public transport depa, dan aku suka train, so someday ok Singapore. Not so soon. Insyaallah ;)


14 Jun 2023- Rabu

Road Trip dari Kedah ke Johor Bharu

Kami bertolak seawal 3.00 pagi. Ya, mulanya nak bertolak malam dalam 11, 12 tengah malam tapi aku cadangkan elok tukar ke awal pagi ni sebab lagi bagus kalau sempat tidoq malam. Alasannya kerana Zaid keja siang tu. Kalau dapat tidoq few hours pun dah ok. Kesian dia, kalau tak, hanya dapat tidoq sat ja pastu nak kena drive straight ke Johor. So, eloklah tidoq dulu pastu start 2.30 camtu aku bangun mandi siap-siap dulu dengan MIL. Kami dah settle baru kejutkan Zaid untuk siap. Barang semua dah siap. MIL aku rajin, dia masakkan bihun goreng dan goreng karipap. Sheols tak tidoq malam tu ya, tidoq dalam kereta lepas kami bertolak. Rasanya takdan sampai Tol SP Selatan lena dah mak haha.

Thursday, August 3, 2023

Kali Pertama ke Indonesia

 Assalamualaikum.

Aku nak mulakan balik menulis di sini. Rasanya bagus blog sebagai tempat brain dump sambil mengasah otak supaya tak malas berfikir. Fikir punya fikir aku rasa ada eloknya aku tulis travelog aku. Tahun ni saja dah dua kali travel oversea walaupun kalau diikutkan Betong tu tak macam oversea sebab dekat bebenor lah sempadannya pun. Dan tahun ni juga kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Indonesia. Dah jejak kaki ke Kepulauan Riau iaitu di Batam. Kepulauan Riau dan segala pulau di Indonesia ni besar tau, sempat explore Batam saja tu pun tak habis lagi ha. 

List nak menulis tu banyak tapi kemalasan nak update tu menjadi batu penghalang. Tapi bila fikir balik setiap kali nak travel aku jenuh jugak cari blog-blog yang rajin share info pasal sesuatu tempat. Semakin lama semakin ramai dah tak update blog. Of course lah aku boleh ja cari info di social media lain macam instagram/twitter/facebook/tiktok tapi tak sama macam baca di blog. We need more info!! Gitu aku demand. Memandangkan ada quote mengatakan bahawa kalau nak ubah dunia kena ubah diri sendiri dulu maka aku kenalah mula menulis kembali di sini. Semoga ada manfaatnya lah kan. Aku selalu share di instastory tapi yalah private account kenalan aku saja yang boleh baca. Di twitter dan tiktok tu sesekali aku share jugak. Untuk memudahkan dan boleh karang cerita panjang, senang nak share aku tulis kat blog sini lah ya.

Semoga aku istiqamah dan semoga catatan travelog atau resepi atau apa-apa saja yang aku share akan bawa manfaat pada yang membacanya. 


M.

Wednesday, November 17, 2021

Sabah 2018 ~ Penginapan di Kota Kinabalu: Promenade Service Apartment

Assalamualaikum

-A long overdue post, this trip is in 2018 πŸ˜‰-

Ini penginapan yang paling last aku book sebab masih terfikir best option waktu tu. Bagi pengalaman aku sendiri memang berpuas hati la stay di Promenade Service Apartment ni. FYI, Promenade Service Apartment ni tak sama ya dengan Promenade Hotel. Lokasi berdekatan ja, hanya berbeza lorong dan Promenade Hotel masih baru dengan design moden. Ini berbeza dengan Promenade Service Apartment sebab sini style lama. Kalau based on google review kita boleh nampak la mixed review. 

Aku request bilik non-smoking dan alhamdulliah dapat. Untuk 4 pax memang super luas la apartment ni. Dia punya luas tu kiranya kami boleh solat berjemaah 4 sekaligus lah kalau nak. Water pressure pun okay cuma seperti kebanyakan review yang aku baca kita jadi kurang selesa sikit sebab apartment yang kita sewa ni bercampur dengan penduduk local di situ. Kiranya bukan semua pelancong macam kita.

Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu

Family Room
Ruang untuk bilik ni memang sangat la luas. Sangat sesuai untuk keluarga. Kami 4 orang dewasa pun still banyak ruang dan sangat la selesa stay kat sini. Takdak la kalau jalan tu dok berlaga bontot, kadang-kadang tu kalau sempit nak solat kena fikir ke orang lain dulu supaya kita tak halang laluan kan. Sini? No worries.

Friday, January 24, 2020

Sabah 2018 ~ Kota Belud: Berkhemah di Polumpong Melangkap View Camp Site

Assalamualaikum.

Untuk hari ketiga kami pilih untuk berkhemah. Like why not kan? Gitu jiwa adventurous walaupun terdetik malas aaa nak pasang khemah. Penginapan di Kota Belud kali ni kira rare sikit la daripada kebiasaan. Sebab kami semua dah tinggal zaman camping ni agak lama jugak, jadi bila back to basic seronok juga. Refreshing gitu. Mak Ngah kata dia dalam fikiran dok pikiaq apa benda oiii nak berkhemah pulak bukan nak bercuti ja ka pastu lepas dah melalui phase ni dia suka ja. Lol. Tak cuba tak tahu okay.
 Polumpong Melangkap View Camp Site

Harga: RM 99/malam (kami dapat special discount πŸ˜Š)

Kemudahan camping: (kita pilih based on apa kita nak)
  • Khemah untuk 6 pax
  • Tilam kekabu-2
  • Sleeping bag- 4
  • Meja & kerusi (6)
  • Tapak simen
Kemudahan lain:
  • Tandas
  • Bilik mandi
  • Open shower
  • CafΓ©
  • Surau
Contact details:
πŸ“ž 016-824 6529
πŸ“ž 014-650 4122


Thursday, January 23, 2020

Sabah 2018 ~ Penginapan di Kudat: Simpang Mengayau Chalet

Assalamualaikum.

Hari kedua kami decide untuk stay di Kudat. Sebabnya esok pagi tu kami nak jalan kaki ke Tip of Borneo. Perjalanan dari Ranau ke Kudat adalah lama dan di sini cepat gelap. Plan your itinerary wisely okay. Kami check in dalam pukul 9 malam tapi sungguh la, gelap sangat dah time tu macam 12 tengah malam dah gelap dan sunyinya waktu tu. Mula-mula plan konon dapat la tengok sunset haha dalam mimpi ja lah sunset tu. Kalau nak baca pengalaman kami boleh klik link ni πŸ‘‰ Pengalaman Roadtrip Ranau-Kudat

Simpang Mengayau Chalet

Harga: RM 250/malam (include breakfast)

Kemudahan dalam bilik:
  • 2 katil queen
  • Air condition
  • Water heater
  • TV
  • Tong sampah
Kemudahan lain:
  • Free parking
  • CafΓ©
Contact details:
πŸ“ž 019-585-8116 ~Ms. Jessy
πŸ“ž 010-811-6069 ~Mr. Jerry



Wednesday, January 22, 2020

Sabah 2018 ~ Penginapan di Kundasang: Bensin Homestay

Assalamualaikum.

Dalam banyak benda bila nak travel benda yang agak semak dan consume banyak duit adalah, penginapan. Kat sini la duit akan banyak habis. Agak mencabar untuk aku sebab aku in charge cari penginapan sepanjang di Sabah. Nak cari harga within budget dan review elok memang pening juga la. Macam-macam keyword aku cuba.

Hari ni aku nak review penginapan yang kami dah stay di Kundasang. Hanya satu malam di Kundasang dan kalau anda ada banyak masa stay la kat area sini dua malam. Kundasang dan Ranau ada banyak sangat attraction. Memang tak sempat nak cover betul-betul kalau sekadar dalam dua hari satu malam. 

Bensin Homestay

Harga: RM 70 + RM 10 (add on 2 selimut) = RM 80/malam

Kemudahan dalam bilik:
  • 1 tilam queen + 1 tilam single (Disediakan 2 Selimut)
  • Water heater (Paling penting!)
  • Cermin
  • Penyangkut baju
  • 2 power plugs
  • Tong sampah
Kemudahan lain:
  • Open kitchen
  • Free parking
Contact:
πŸ“ž 013-871 7346 ~Pn. Maria
πŸ“ž 019-585 8900 ~En. Bensin


Ok, jom aku share keadaan di homestay ni dan juga suasana sekeliling. Best gila! Tenang, sunyi dan mendamaikan. Dan sejukkk haha sebab tu water heater yang berfungsi amat penting ya di sini.

Pagi menghadap Gunung Kinabalu

Tuesday, October 1, 2019

Review Penginapan Sepanjang di Sabah


Assalamualaikum.

Setelah selesai post travelog Sabah day by day kali ni aku nak review tempat penginapan pulak. Marilah berlaku jujur, bab cari penginapan ni memang buat sakit kepala sangat-sangat. Sebab nak cari tempat yang ada view cantik, selesa, selamat, cukup kelengkapan dan pada masa yang sama harga murah. Am bagi panduan, setiap penginapan harga per day tak boleh lebih RM 250. Sangat mencabar sebab kita 4 pax adult nak dapat under RM 250 tu agak sukar tapi tak mustahil gais. We made it! Dalam 4 tempat penginapan hanya satu sahaja yang berharga RM 250/night selain daripada tu alhamdulillah.
Walaupun rasa jelak baca review selama sebulan, siap ada time aku memang elak dari baca apa-apa selama seminggu pasal percutian ni sebab mual nak muntah. Tapi bila dah jumpa deals yang kita nak, hah memang rasa lega dan berjaya sangat. Achievement unlocked gitu. Dalam post ni aku hanya akan bagi tips dan simple review setiap tempat penginapan ni. Yang details apa semua tu nanti boleh klik pada setiap link untuk full review ya.

Bensin Homestay, Kundasang
Harga: RM 70 + RM 10 (add on 2 selimut) = RM 80/malam

Monday, September 30, 2019

Day 7: Sabah 2018 ~ Hari Terakhir Di Bumi Sabah

Assalamualaikum.

Di hari terakhir di Sabah kami plan nak chillex ja. Memandangkan dekat area penginapan ni ada self service laundry, maka memang dah plan nak basuh baju siap-siap supaya senang nak kemas beg. Saya dengan ini amat menyeru semua orang untuk buat laundry sebelum balik dari sesebuah trip percutian. Sebab? Nanti balik bercuti hang boleh chill ja tak payah kalut nak unpack beg untuk basuh itu ini. Aku balik dari trip Sabah ni rasanya adalah dalam seminggu biar ja beg tu tak berusik, tak di-unpack..haha. Sebab semua dah basuh, dah wangi, kering dan bersih.

Saturday, September 7, 2019

Day 6: Sabah 2018 ~ Makan Borenos Chicken

Assalamualaikum.

Entri ni bersambungan dengan hari snorkeling. Dah balik dari seharian snorkeling pastinya tak larat. Kita semua dah lah tak berapa muda so terus check website Borenos Chicken nak tengok ada delivery ke bilik ke tak. Mula-mula semua berangan nak balik tukar baju mandi pastu keluar pi beli atau makan di restauran dia saja tapi you know yourself better bak kata omputih. In split second semua sedar bahawasanya kita kalau nampak katil walaupun belum duduk dah tahu takkan tinggalkan bilik dah haritu. 

Borenos Chicken ni ada dua kedai, di Asia City dan Centre Point Sabah. Hang tau dak tak sampai 5 minit pun kalau jalan kaki dari bilik kami ke Centre Point Sabah tu. Tapi kalau hang dah berpanasan kat luar seharian hmm 5 minit pun terasa 50 minit ya. Maka pakat google la masing-masing. Nak tengok menu, charge delivery apa. Kami take time sebab semua pemalas nak isi form, faham tak semua macam otak dah takdak..lols.

Am duk sebut Borenos ni sepanjang di Sabah ni hmm aku rasa sampai berbuih jugak la. Itu yang ok kita try plus kita semua memang taknak berfikir dah. Boleh check link kat bawah ni, nak tengok menu ka location ka semua info ada di situ. 

Website Borenos: https://www.borenos.com/



Saturday, August 24, 2019

Day 6: Sabah 2018 ~ Snorkeling Ke Pulau Sapi & Pulau Manukan

Assalamualaikum.

Di hari ke-6 ni kami nak pi snorkeling ke pulau area KK ni. Sebelum tu dah tau dah kalau pulau makanan limited takpun mahal kan. Jadi kami plan nak beli makanan siap-siap supaya tenang hidup ni. Hampir seharian kat pulau kena bawak makanan dan minuman secukupnya. Satgi dah start main pantai, snorkeling tak hingat dunia lepastu lapaq makanan takdak mau mengamuk pulak. Aku lah terutamanya tu..haha.

Ok, pagi tu kami jalan kaki dari tempat penginapan, Promenade Service Apartment ke Jesselton Point. Bukan jauh pun dalam 2 km lebih. Kalau ampa bujang, sihat badan dan mental pun sihat sesuai ja jalan kaki. Kalau bawak parents atau anak-anak aku rasa tak sesuai sebab 8-9 pagi tu hangat dah, matahari tengah duk naik. Oh ya, pakai lah sunblock, sunscreen apa semua tu. Every 2-3 hours sila reapply ya. Setara kami semua pakai sunblock pun burn muka, memang panas terik memancar. Kalau hang sejenis mementingkan alam dan nak jaga coral, cari la sunblock yang bersesuaian.

Dalam perjalanan tu kami pi singgah Burger King, staff baru duk susun kerusi..pi KFC baru duk mop lantai huhu kedai pun tak buka lagi. Singgah Suria Sabah sebab nak cari makanan dengan harapan McD dah buka krikk krikk tetiba depa ni rasa nak makanan kenyang a.k.a nasi. Cancel makan fast food. Ok, teruskan berjalan sampai ke Jesselton Point dengan harapan ada orang jual nasi dan lauk-lauk yang kena dengan tekak kami. Masa kat McD ni ada orang ni approach nak offer pakej ke pulau. Dia explain berapa harga, berapa pulau nak pi, harga snorkel+life jacket, pukul berapa, fee taman negara apa semua yang berkaitan la. Setelah Kak aku kira-kira, dia pun setuju ok. Aku pun taktau sangat pasal pakej ni. Yang aku tau harga dia offer within range yang aku pernah baca di blog-blog. Nak kata murah sangat pun dak, mahal sangat pun dak. Jadi terpulang pada ampa, boleh ja kalau beli kat kaunter jeti. Nak selamat dan takmau kena tipu elok beli di kaunter la.
Jesselton Point

Sunday, August 4, 2019

Day 5: Sabah 2018 ~ Pantai Tanjung Aru & Kepak Ayam Sedap

Assalamualaikum.

Dari stesen keretapi Beaufort, kami teruskan roadtrip balik ke KK semula. Train sampai ke Beaufort dalam 3.45 petang so kami teruskan perjalanan ke Tanjung Aru, nak tengok pantai pulak sebab  di sebelah malam dah nak hantar kereta balik. For the next two days kita jalan kaki dan ambik grabcar ja. Memandangkan kita chill takdak nak kejar apa sangat, dalam perjalanan tu kita cuma singgah pi masjid untuk solat dan guna toilet lepastu off we go to Tanjung Aru. Dalam 6 petang lebih macam tu kami sampai. 
Pantai Tanjung Aru
FREE
Sunset ;]

Thursday, August 1, 2019

Day 5: Kilang Kopi Yit Foh, Tenom

Assalamualaikum.

Setelah melalui perjalanan roadtrip KK-Beaufort dan diikuti dengan menaiki keretapi Beaufort-Tenom, kami sampai di Pekan Tenom. Di sini tiada perkhidmatan grab pada ketika itu, November 2018. Tapi jangan risau, banyak pilihan lain yang reliable untuk kita guna: teksi, kereta sapu, bas. Kami terus ke hentian teksi dan pakcik teksi direct kami ke kereta sapu. Kami ok ja asalkan harga munasabah. OMG boleh guna perkataan munasabah ketika di Sabah! Haha. 

Disebabkan waktu yang singkat di Tenom kami putuskan untuk ke satu tempat sahaja iaitu Kilang Kopi Yit Foh. Selain daripada Yit Foh ada lagi satu kilang kopi yang sama terkenal iaitu Kilang Kopi Fatt Choi.

Kilang Kopi Yit Foh
Harga: FREE
Ni kira tempat wajib kena ambik gambar la. Banyak spot yang instagrammable kat Yit Foh ni.

Tuesday, July 30, 2019

Day 5: Sabah 2018 ~ Roadtrip & Naik Keretapi Dari Beaufort Ke Tenom

Assalamualaikum. 

Last entri aku ada bagitau nak tulis pasal all about pasar yang kami pi kat KK tapi rasanya nanti aku lumpsum satu entri pasal tempat shopping ni. Aku nak habiskan entri percutian day by day dulu. Habis ja entri day by day, aku akan tulis summary tempat shopping, tempat makan dan tempat penginapan masa kat Sabah ni. Okay, let's go!

Impian nak naik keretapi ke Tenom ni bermula bila duk baca blog yang berkongsi pasal keretapi klasik yang masih ada ni. Lepastu dapat tau Tenom ni ada produk keluaran kopi jenama tempatan. Hah, terus rasa nak kena masuk dalam list. Satu, aku memang suka naik keretapi..kalau boleh nak try naik sebanyak mana keretapi yang wujud dalam dunia ni. Dua, kopi! Ha, yang ni macam dah start jadi habit beli kopi tempatan sejak kami pi Johor 2017, kalau boleh nak try rasa semua kopi tempatan. Secara peribadi, aku lagi suka minum kopi jenama tempatan berbanding yang famous dan keluaran oversea.


Masa plan untuk hari naik keretapi ni banyak buat plan A, B, C sebab taktahu mana satu lagi sesuai dengan keadaan. Last sekali aku tulis option lepastu bincang dengan Am. Lagi satu waktu perjalanan adalah terhad, ada 2-3 option perjalanan sahaja dalam satu hari. Weekend dengan weekdays punya schedule perjalanan ada perbezaan ya. Antara contoh:-
Plan A: Naik train di stesen Tanjung Aru- 7:45 pagi > Sampai stesen Beaufort- 9:40 pagi > Next train Beaufort ke Tenom-1:30 petang > Sampai stesen Tenom- 3:55 petang  [Kena bermalam di Tenom]
Plan B: Naik bas ke Beaufort (Anggaran 1 jam 45 min) > Naik train di Beaufort ke Tenom [Bergantung pada jadual bas dan keadaan trafik, kena kejar schedule train yang available iaitu weekdays: 5 pagi, 7:50 pagi, 1:30 petang, 4:30 petang]
Plan C: Drive ke Beaufort (kena keluar seawal 5 pagi) > Naik train 7:50 pagi di stesen Beaufort > Sampai di Tenom 10:30 pagi 

Kami pilih Plan C!
Roadtrip dari KK ke Beaufort > Naik train 7:50am di stesen Beaufort > Sampai di Tenom 10:30am

Beaufort>>>Halogilat>>>Tenom
Harga Tiket: RM 2.75/sehala/orang
Halogilat ialah stesen pertukaran keretapi untuk ke Tenom. Kalau taknak teruskan ke Tenom tunggu keretapi yang kita naik mula-mula tadi tu bergerak semula ke Beaufort. Boleh beli tiket, 
Beaufort >>>Halogilat dan Halogilat>>>Beaufort

Beaufort>>>Halogilat 
Stesen Keretapi Beaufort

Sunday, July 28, 2019

Day 4: Mandi Sungai di Polumpong Melangkap, Jambatan Tamparuli, Muzium Marine UMS, Masjid UMS & 1Borneo

Assalamualaikum.

Bersambungan dari entri lepas, kami sampai di Polumpong lebih kurang 6 petang lebih kurang macam tu lah. Lambat sikit sebab singgah Kota Belud untuk beli stok makanan; megi, air dan sosej. Di Polumpong Melangkap View Camp Site (PMVCS) kami tidur satu malam. Full review untuk PMVCS nanti aku tulis di entri yang lain. Malam tu lepas makan kami tidur terus memang sejenis tidur lena walau di mana pun. Masuk hutan ka, tepi sungai ka, atas awan ka, tepi laut ka tak kisah memang boleh tidur di mana-mana. Hello pi airport pun boleh lena macam takdak imej depa ni, senang kira..haha.

Polumpong Melangkap View Camp Site
HARGA: Warganegara - Dewasa: RM 3/pax (yuran masuk)
Warganegara - Dewasa: RM 6/pax (yuran bermalam)
WEBSITE: https://www.facebook.com/pmvcs/

Wednesday, July 3, 2019

Day 3: Sabah 2018 ~ Pantai Kalampunian, Pantai Kelambu & Jalan Manggaris

Assalamualaikum.

Mari teruskan coretan perjalanan ke Sabah tahun lepas. Sumpah banyak lagi tetapi apakan daya pemalas betul. Harapan aku adalah coretan ni semua siap sebelum November nanti. Tolonglah Amirah, gigih sikit please! 

Okay berbalik kepada entri lepas...kami nak free and easy ja untuk Kudat ni. Jadi memang dah rancang hanya akan check out dekat-dekat waktu check out lebih kurang 11 pagi ka 12 tengahari macam tu. So, chill rileks dulu lah. Lepas dah lepak santai di Tip of Borneo kami balik ke chalet dengan niat nak makan sebab breakfast included dengan harga bilik. Tapi apakan daya breakfast start 9 pagi huhu waktu tu belum pukul 8 pun. Lapaq dan takdak kedai buka ya kat situ. Kalau dak mungkin pi bantai makan apa-apa dulu dah. Lalu kami pun balik bilik dan menikmati aircond ja lah sampai 9 pagi tu tiba. Ada makanan mana kami beli sebelum tu kami makan la sikit. Kami kelaparan sebab tak dinner malam tu. Last kami makan adalah lebih kurang 3.30 petang hari sebelumnya di Ranau. 

Lepas dah breakfast, kami nak turun pantai. Oh, part breakfast ni pun ada cerita menarik. Nanti aku cerita part ni dalam entri lain kalau ada masa hehe. Mulanya ingat nak turun ke laut area dekat dengan chalet ni tapi macam licin dan berbahaya sebab basah. Jalan nak turun tu pulak tak dijaga dengan baik. Memandangkan agak curam dan takmau risiko kami pun batal la plan nak turun situ. Kami ni dahlah tak fit pastu bukan muda sangat pun. Kita nak travel ni nak seronok, kalau boleh taknak sakit yang sampai ganggu pergerakan tu.

Pantai Kalampunian, Kudat
FREE

Memang cantik Pantai ni. Jarak pun dekat dengan chalet. Kalau ampa ambik penginapan area simpang mengayau memang dekat ja nak ke pantai. Dari chalet kami lebih kurang 1.5 km, drive lebih kurang 3-4 minit macam tu ja. Kalau anda seorang yang fit boleh lah morning walk dari chalet ampa dan berjalan di sepanjang pantai ni. Seperti yang dah dinyatakan kami balok liat, drive ja! Haha. Aku dengan Am tukar baju sebab mulanya berniat nak mandi pantai. Mana boleh tahan tengok pantai. Keturunan duyung kot..malas nak bodyshame diri sendiri jadi dugong.. :P
Our first stop

Monday, March 25, 2019

Day 3: Sabah 2018 ~ Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau

Assalamualaikum.

Kami check in di Simpang Mengayau Chalet sebab nak jalan kaki ja pagi-pagi esok ke penghujung Borneo tu. Kalau boleh drive memang kita drive terus sampai ke tugu tu tapi memandangkan ada had untuk kenderaan dan yang selebihnya kena jalan kaki...kita pun redah ja lah. Disarankan pi awal pagi. Orang tak ramai dan boleh bergambar sebanyak yang diinginkan. Tengok jam baru 6:30 pagi tapi dah cerah sangat, kami pun keluar ja lah. 6:30 pagi pun apa da hal kan.

The Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau
6:40 pagi

Sunday, March 24, 2019

Day 2: Sabah 2018 ~ Pengalaman Roadtrip Dari Ranau Ke Kudat

Assalamualaikum.

Ok, kita sambung lagi catatan trip Sabah last year. Lepas kami dah habis lepak di Sabah Tea Plantation tu kami terus gerak ke Kudat petang tu jugak. Dah gerak keluar dari ladang teh tu kami ikut map tapi map bagi arah yang patah balik ke Kundasang lalu jalan lain bukan terus ke Kudat dari Ranau. Nasib baik sempat sedar kalau tak memang lama lah nak sampai. Dan pekan Ranau jammed, mungkin sebab esoknya public holiday, Deepavali. Kami isi minyak siap-siap di Pekan Ranau dan teruskan perjalanan. Jumpa petrol pump ja elok kita isi..kita siap sedia mana tahu kat tengah jalan jammed lagi kan. Perjalanan ni lebih kurang 182 km.

Sampai di simpang roundabout jalan ke Poring hot spring map tunjuk kanan tapi suara kat map tu cakap kiri. Here come our nightmare haha. Imah turn kiri tapi kami bincang dan rasa macam ish kanan ni so aku insist suruh ikut kanan. Nak tanya Am, dia tidoq sebab dia ada problem tak lawas which is masalah besaq dalam dunia ni ya. Waktu tu aku rasa dalam pukul 6 lebih, dah senja...langit dah oren so faham tak vibe seram sejuk tu. Masa lalu roundabout tu lagi sekali ada dua orang berjalan kaki. Depa pakai baju macam nak jalan-jalan petang, jogging lah kot. Yang aku ingat sorang tu pakai baju dengan seluar putih nampak normal ja. Aku tengok sipi macam japanese tapi aku tak tengok betul-betul masa kereta kami melepasi depa, hang ingat aku berani? Haha. 

Thursday, March 14, 2019

Day 2: Sabah 2018 ~ Kundasang War Memorial & Sabah Tea Plantation

Assalamualaikum.

Sabah ada banyak memorial, tugu peringatan mahupun muzium yang banyak simpan sejarah dan peristiwa yang berlaku di negeri ni. Bagus ada bangunan macam ni, kita boleh tahu sejarah tempat dan sedikit sebanyak benda penting yang pernah berlaku dalam negara kita. Buat kita lebih hargai hidup. Kalau hang sejenis tak minat sejarah mesti takleh relate kan tapi pandangan peribadi aku, tak rugi kalau kita tau sejarah.

Kundasang War Memorial
(Tugu Peringatan Perang Kundasang)

Harga Tiket: RM 3/orang
Waktu Operasi: 8:30 pagi - 5:30 petang (Setiap Hari)

Selalu kalau ke Kundasang mesti orang akan singgah ke Kundasang War Memorial kan. Ini kunjungan kedua aku, diakui kali pertama dulu lagi banyak jenis bunga dan blooming. Tak sure la mungkin ada musim juga. Masa aku datang ni musim hujan, mungkin juga mempengaruhi pertumbuhan bunga. Tapi Kundasang ni kat mana-mana pun banyak bunga cantik, rare dan unik. Aku rasa seronok ja, dah la sejuk lepastu banyak bunga hidup gemok elok ja.

Wednesday, March 13, 2019

Day 2: Sabah 2018 ~ Pekan Nabalu & Desa Cattle Dairy Farm

Assalamualaikum.

Ha, kembali lagi dengan kegigihan nak menulis pasal trip Sabah. Rasa macam malas tapi bila fikir balik rasa sayang pulak. Entri Sabah 2018 memang akan panjang, aku bahagi by part sebab banyak cerita nak kongsi. Aku cuba nak sum up by day sahaja tapi rasa macam ehhh panjang pulak. Bukan setakat orang yang baca bosan, aku yang tulis ni pun bosan. Rasa demotivate dan tak berakhir ja penulisan aku maka aku buat keputusan untuk buat by part ikut tempat. Kat bawah entri aku listkan link semua entri supaya kalau orang baca, depa boleh pilih nak baca part mana.

Maaflah kalau rasa eh, over gila dia ni pi Sabah ja pun entri berpuluh-puluh. Pertama, ini trip pertama dalam hidup yang aku kena buat research banyak. Kedua, ini kali pertama bercuti tanpa seluruh ahli keluarga, selalu tu kami berenam. Kali ni pi dengan adik-beradik juga, dengan kakak, sepupu dan mak sedara (nama ja mak sedara tapi sebaya kakak aku). Lagi sorang sepupu tak dapat join last minute. Selalu tu terjah ja takdak booking ka apa. Ketiga, sebab ni macam trip last semua bujang. Kita pun tak tahu next trip kita boleh sama-sama lagi bila kan. 

Ok, kembali kepada topik asal..hee. Perjalanan pagi kami di hari kedua dimulakan dengan berkunjung ke Kinabalu Park sebab nak kejar Gunung Kinabalu lepastu ke Pekan Nabalu dan barulah sampai ke Desa Cattle tapi kabus dah menutupi persekitaran. Kalau ikut plan asal, Pekan Nabalu kita singgah masa first day. Kira beli-belah siap-siap kat situ day one dan hari kedua kita fokus area Kundasang. Walaubagaimanapun, masa hari first semua menjadi sayoq, mungkin kerana penat bermalam di airport, mandi tumpang masjid at 12pm, (kepala panas wei, aku takkan pernah faham orang yang tak mandi pagi.) tak cukup tidoq dan perjalanan ke Kundasang yang agak jauh diiringi hujan renyai-renyai. Mungkin juga hujan lebat mana aku tau, aku tertido agak lama. Kami singgah Pekan Nabalu sebab ada ahli nak pi toilet lepastu semua macam ok kita gerak ja lah, semua sepakat takdak mood.

Pekan Nabalu

Esoknya lepas ke Kinabalu Park aku tanya pasal Pekan Nabalu. Menurut pembacaan aku di blog memang Pekan Nabalu ni menawarkan harga souvenir lebih murah. Ada barang tu murah 4-5 ringgit juga daripada di KK. Awal tu pegi Gaya Street Sunday Market dah tanya-tanya harga sikit..boleh bandingkan harga. T-shirt saiz dewasa boleh dapat range RM 15-18 sehelai. Sama kualiti dengan di KK, kalau di sana paling murah RM 20 dan ke atas. Bab tawar-menawar ni ikut kepakaran masing-masing dan juga kuantiti kita belilah kan. Janganlah tawar nak kurang sampai akak/abang jual tu pening. Berpada-padalah ya..mereka pun nak cari rezeki.