﷽
Assalamualaikum
Haritu kami bosan di hujung minggu lalu kami decide nak cari minum petang lepastu nak pi beli our weekly grocery. Aku nampak tweet pasal spot kopi ni lalu few days before tu. Originally, aku teringin nak kek lalu laki aku bawak pi Kedai Kek Sejati Indah dan juga nak try cakoi sedap yang kakak ipar aku bagitau masa dia balik cuti dulu. Based on suggestion dia kami pun la beli cakoi dan dah alang-alang satu laluan kita proceed nak pi try kopi @the1997.rcc (Check out their Instagram for updates)
📍Lokasi: Depan tasik, Jalan Taman Keladi, Sg. Petani
⏰Waktu Operasi: 1 petang-7 petang (Tutup hari Rabu)
Iced Caramel Latte & '97 Coffee |
Their menu. |
Hujan pun hujan la, minum ja lah ais pun hehe. La ni pulak kedai/gerai/warung kopi memang di mana-mana macam cendawan tumbuh selepas hujan kan. Mula-mula tu skeptikal sikit la nak try kopi ni. Sebabnya Zaid sedikit trauma sebab dia pernah beli satu iced coffee dari satu kedai hipster ni tapi rasa tak sedap mana dan harga mahal juga. Tak sedap tu bila level dia lebih kurang dengan kita bancuh kat rumah. Kalau sama level ja baik bancuh sendiri ja..ye dak? Sembang pakai mesin kopi la seduh la apa tapi sama dengan bancuh manual kat rumah. Apo? Gitu la dialog kami.
Mujur aku berjaya menyakinkan dia untuk cuba. Jadi untuk try different drinks kami order 2 menu, iced caramel coffee dengan signature depa iaitu '97 coffee. Sedap! Caramel latte sedap dan signature depa pun memang wajar ya jadi signature. Memang wajib cuba! Signature dia rasa coffee yang creamy tapi tak over manis. Strongly recommend kedai ni. Memang kalau dekat silap-silap setiap minggu pi beli. Mujur juga jauh, risau diabetes ja kerap minum manis ni..hehe.
Mine. '97 Coffee. Must try! |
Yang penting check la instagram depa untuk update. Lokasi depa boleh pakai waze/maps ja. Aku pakai based on maps saja. Dan depa ada kereta putih yang oldskool tu jadi backgrond signature. Takdan nak ambik gambar banyak-banyak sebab hujan sis. Senang nak jumpa sebab tepi jalan seperti nama kedai ni. Dan kalau nak makan, tepi tu ada jual takoyaki dan macam-macam lagi. Masa pi ni kami dah bungkus cakoi dan karipap so kami makan apa yang dah beli ja.
Karipap inti penuh. My guess it's sfera tapi zaid cakap ni karipap. OK 😆 |
Cakoi cicah dengan sos cili. Fluffy. |
Karipap dan cakoi kami taktau nama kedai. Tapi sini kalau hari bekerja sebelum 6 petang dah habis weh. Pernah frust dah sekali..haha. Aku suka cicah sos cili sebab sos cili tu yang jenis buat sendiri bukan direct dari botol, aku rasa la. Tak sure ada pencicah lain macam kuah kacang, pandan, kaya tu semua available ka tak kat kedai ni sebab aku tak turun pi beli. Yang pasti aku yang bukan peminat cakoi pun suka la makan yang ni, tak muak.
Pusing kedai 2-3x kali yang ini nampak sedap, based on Zaid's suggestion. Kita try. |
Harga boleh tahan ya. Sesekali boleh lah. Juga available in smaller size. |
Gini rupa keknya. Sorry hujung dah kena sudu dah ha 😂 |
Okay, sedap ya kek coklat hantu ni. Biaq kek ja hantu jangan kita dihantui sampai kena diabetes guys. Makan manis begini sesekali boleh la, dalam 1-2 months sekali ok lah. Ini sebekas kami makan berdua sebanyak dua kali ya. Tak berani la makan direct habis sebekas. Sayangi diri anda! Suggestion kek yang function dari Zaid. Oh, aku rasa kek coklat hantu dengan pandan layer kek maybe bestseller kedai ni sebabnya banyak stok dua kek ni. Tengok kek buah dengan kek butter KKSI ni pun nampak sedap, ada full size dengan half size. Boleh lah try nanti.
Till next month or two three months!
p/s: bukan sweet tooth
M.
No comments:
Post a Comment