Thursday, February 14, 2019

Day 2: Sabah 2018 ~ Kinabalu Park & Poring Hotspring


Assalamualaikum.
Pagi tu kami check out dalam pukul 7:30 pagi. Kat Sabah ni 7:30 pagi tu feeling macam dah 8:30-9 pagi di Semenanjung gitu dah. Cerah dan terang-benderang dah waktu gitu. Petang pun cepat, aku rasa kami tidur lepas Isya’, rasanya dalam pukul 8:00 malam semua senyap sunyi krikk krikk dah. Pagi tu kami berlambat-lambat sikit sebabnya kaunter bukak pukul 8 pagi. Apakeheii pi melangut awal pagi kalau kaunter tiket belum bukak ye dak, bukan nak beli tiket akhir piala aff suzuki pun.
Harga tiket: RM 3/orang
Simpan tiket ni sebab boleh guna untuk masuk Poring Hotspring pulak, Poring ni termasuk dalam Kawasan Kinabalu Park jugak. Available untuk lawatan pada hari yang sama ja aku rasa.
Lepas beli tiket kami ambik arah kiri dan jumpa Kiau Gap View. Ini adalah Monumen peringatan untuk kejadian gempa bumi yang pernah berlaku di Kinabalu tahun 2015 yang lalu. 
Kat monumen ni disenaraikan nama-nama mangsa kejadian gempa bumi yang meragut 14 nyawa: 4 orang malim gunung, 14 orang pendaki.
Sebab dah jalan mati kami turn balik ke tempat wajib singgah untuk perfect picture with The Amazing Mount Kinabalu. Kalau nak mudah, dari kaunter masuk yang kita beli tiket tu terus ambik kanan. Ada platform untuk ambik gambar berlatar belakang Gunung Kinabalu. Kalau lambat sangat, kabus turun ada hang dengan platform dan kabus ja lah. Seeloknya sebelum 9 pagi. Back in 2011, aku datang sini memang kabus ja lah dapat, semua sebab tunggu orang lambat yihh usah dikenang mengapa ia terjadi.
Nah, sunkissed gituh ;)

Aku & Gunung Kinabalu


Poring Hotspring
Sampai di sini terus tunjuk tiket Kinabalu Park yang kita dah beli awal tadi. Kat sini ada tempat penginapan disediakan, kot lah rasa nak tidur kat sini. Rate aku taktau la. Untuk ke kolam air panas kita akan lalui titi gantung untuk menyeberangi sungai kecik yang warna ala-ala hijau. Kalau bukan warna hijau di mata ampa, sorry lah. Aku kalau biru-hijau laut/sungai/tasik ni selalu aku cakap ja lah..tak pasti warna sebenar.


Pilihlah mana-mana pondok yang kosong dan hang rasa best. Budak-budak ramai la yang mandi. Kami aci main celup kaki ja. Rasa lega sebab seharian berjalan kan.
Rock pool ni macam pool normal tapi air panas. Ada water slide semua tu. Nampak tak yang belakang tu macam bilik kecik, itu aku rasa private room. Sesuai untuk orang dewasa yang malu nak berendam in public. Yang ini harga asing la daripada tiket tu. Masa kami sampai sini ramai budak sekolah, ada buat camping kat sini kot. Pool tu memang penuh dengan budak sekolah tu ja. 


Menurut papan tanda ini kawasan yang air dia sangat panas. Aku tak perasan dia menggelegak ka dak air kat sini tapi berasap tu, yes! Aku cakap patut bawak telur boleh rebus kat sini, Am tunjuk papan tanda dilarang rebus. Aku cakap nak test tangan dalam air tu, Am tunjuk papan tanda dilarang sentuh air. Luls.

Kat Poring ni bukan sahaja ada kolam air panas, ada canopy walk dengan taman botani juga kalau tak salah aku. Semua tu charge harga berasingan. Check lah ya. Memandangkan kami sampai dah petang memang idok lah nak ber-canopy walk...boleh walk tu kira syukur dah. Damn, we’re getting old…haha.
Ok, in between Gunung Kinabalu dan Poring Hotspring ni kami pi Desa Cattle Dairy Farm, Pekan Nabalu. Aku kumpul both ni dalam satu entri supaya senang nak refer, dua-dua terletak dalam Kinabalu Park. Dari segi jarak, agak jauh juga la Gunung Kinabalu dengan Poring ni.

No comments:

Post a Comment