Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Friday, November 29, 2013

Pantang Betul!

Assalamualaikum.

Aku ada dua jenis pantang bila cakap pasal makan.
1) Orang potong Q aku bila nak ambik/bayar harga makanan.

Okay, pantang pertama yang buat aku macam nak ajak tarik rambut orang ialah sebab orang potong Q. Aku kan dihantar ke asrama sejak umur 13tahun. Baru masuk form 1 dan berstatus super junior, haruslah dibuli insan bajet senior lah sangat kan. Seperti biasa kat asrama makan ikut time diorang, kau lambat berlapar lah kau sensorang..ahha. Dan satu hari aku turun makan lambat sikit sebab busy kawad dalam area 6.30 camtu.

Aku pun pegi lah ke dewan makan(DS) dengan hepi-nya. Ambik tray dan beratur. 6.30 tu time peak hour kononnya tapi tak kisah la sebab memang ada barisan dan surau sebelah DS je pun. Pasir Tumboh tu bukan besar mana pun, Pendang lain la..luas. So, tengah aku beratur tetiba ada sekumpulan akak senior taktahu malu ni terus potong Q pegi dekat kawan dia yang dah nak sampai turn dah. Exactly depan aku..

Apa aku buat? Aku sound direct je..takdak tapis dah. Berapi akak-akak senior sekalian..haha. Ada aku kesah? Memang tak lah, aku ni hati kering time tu. Senior ke junior ke memang se-level je aku layan. Apa dia rasa dia sorang yang lapar kebulur? Apa dia ingat dia sorang je yang rushing? Dia sorang je ke yang penat? Haa..segala mak nenek tu lah yang aku cakap depan diorang.

Gila tak gila? Kawan aku cuak takut kena ragging dengan senior. Aku? Buat muka whatever. Apa jadi lepastu? Adakah aku dibuli? Acecee..macam drama kann. Takda budaya buli membuli ye kat Pasir Tumboh tu. Akak tu hasut kawan dia untuk pandang serong kat aku kira macam badmouthing pasal aku lah. Yang kelakarnya aku tak perasan pun. Mungkin aku takda perasaan. Aku kalau sound orang kat situ, habis kat situ je. Takda dendam or even muka akak tu pun aku tak ingat..haha

Nak tahu kesudahan cerita aku dan akak senior? Hahaa..dia and the geng datang mintak maaf. Biasalah dah nak PMR masa tu. Haruslah mintak ampun maaf kepada saudara dan saudari kan. Yang tengah couple pun boleh putus sebab nak fokus kat exam katakan..puihh. Itu semua kepoyoan zaman sekolah. So, kiranya aku dengan akak tu 0-0 dah lah.

Pengajarannya, jangan potong Q sesuka hati sebab kau taktahu orang yang kau potong Q tu singa tahap apa. Tapi aku ada la exception, takda la aku kejam sangat. Kalau orang tu sakit, mengandung, orang tua yang tak kerek, kanak-kanak dan special case aku boleh je bagi diorang go on dulu. Kalau saja-saja memang tak ah.

Thursday, February 28, 2013

Aku Rindu Parit ;)

Assalamualaikum.

*parit bukanlah nama manja sesiapa*

Oh, hari ni hati rasa rindu zaman kanak-kanak sebab time tu keja nak menjantan ja dengan kakak dan sepupu-sepupuku..hehe. Menjantan dari kamus bahasa saya bermaksud, melakukan aktiviti lasak seperti panjat pokok asam, mengai (baca: mengail) ikan, mandi parit, main hide and seek dalam ladang getah dan terjun ke sawah entah sesiapa tanpa dimarahi sebab pandai buat muka kesian macam puss in boot tu..kehkehkeh.

Sapa mau marah kalau begini rupanya. Segala tok, tokwan, makcik dan pakcik tengok pun macam..alololo...XD

Jadi dulu kami selalu ke parit mencari siput, mengai ikan puyu dan sepat. Ikan dua tu ja yang aku ingat yang lain tak ingat apa ke nama ntah. Dari umur aku seawal empat ke lima tahun aku dah start ikut akak aku and the sepupu pegi ke parit mencari rezeki. Drama much! Haha. Parit kecik je woi..tapi takda gambar. Tapi kalau korang tengok mesti rasa aku memperbesarkan kisah aku pi mengai. Well, masa kecik aku rasa parit tu besar la, sekarang kalau tengok pun rasa ek eleh..hehe.

So, memandangkan masa kecik kami selalu mencari rezeki sampingan ni, aku terjatuh cinta dengan sejenis siput. Siput ni rare payah nak jumpa dan ada musim dia jugak. Haa, sebab tu aku jatuh cinta dengan dia kalau common tak nak ah..hehe. Walaupun dah jatuh cinta dengan siput ni tapi still taktau nama..boleh tak. Yang sure konfem konfiden bukan siput babi lah nama dia..hee.

Friday, December 7, 2012

Kisah Am Dan Mira.

Assalamualaikum.

Hari ni tetiba rasa nak cerita perangai zaman kanak-kanak yang mana bila fikir balik pheww...naif gila ah. Tapi yalah, pengalaman akan mendewasakan manusia kan. Layan je lah. Kalau adik, cousins atau anak sedara kita tanya soalan pelik-pelik nanti, kita layankan je. Budak-budak memang begitu. :)

Dah ada anak sendiri nanti pandai-pandai lah handle ya.. Kids always curious about everything. But they're cute..hehe. Kita yang dewasa ni lah yang kena cool bila guide diorang.




Am dalam cerita ni adalah kakak aku satu-satunya. Dia lah yang selalu layan soalan aku yang bila fikir balik memang menguji kesabaran sebab tak logik. Nanti aku update lagi siri soalan yang aku pernah tanya dia..hehe.

*True story*



p/s: masa ni aku 7 tahun, Am 10 tahun..kira dia dah cerdik dah, tapi aku still naif lagi..haha. by the way, maafkan kehodohan kartun ni, aku memang takdak bakat nak melukis..redha je lah. ^^


Love, Mira

Thursday, August 25, 2011

Zaman Kanak-Kanak Sunkist..

Hari ni nak imbau zaman kanak-kanak sunkist aku. Aku tak minum ribena masa kecik, tak layak jadi kanak-kanak ribena. Layak jadi kanak-kanak sunkist je..hehe. Aku rasa aku takdak ramai kawan pun masa kecik dulu. Masa kat perlis aku cuma ada sepupu aku sekalian dengan beberapa jiran je. Rasanya takdak yang sebaya dengan aku.

Masa kecik-kecik aku budak baik. Tak nakal. Tak garang. Tak emo. Bajet macam anak patung lah kan. Adorable tau tak? Hyperbola kan..hehe. Tapi orang memang rajin layan aku masa dulu. Budak kecik kan comel. Tapi kenapakah aku tak comel macam dulu? Tak baik macam dulu-dulu. Oh, sifat ke-mira-an semakin hilang! Mana hilang ni..

Oh ya, aku jumpa gambar zaman dulu-dulu. Rasanya macam tengok gambar orang lain.


Saturday, August 6, 2011

Kenangan Tak Berapa Manis.

Hari ni aku bersemangat nak tulis entri lagi. Kali ni pasal zaman sekolah aku. Sebelum tu harus diketahui aku ada banyak sekolah. Bila aku kata banyak maknanya lebih dari tiga. Kalau tak salah ada la dalam tujuh buah sekolah aku pernah belajar dari sekolah rendah sampai la habis spm.

Tapi hari ni aku nak cerita pengalaman masa kat mrsm pendang sebab hidup aku start jadi hebat kucar-kacir bila masuk sini. Ya, orang lain mampu berbangga kalau masuk boarding school tak kesah la mrsm mahupun sbp tapi tidak pada aku. Aku salah percaturan lalu masa depan sudah terjejas.*tetiba emo..haha.

Okay aku bukan nak cerita ke-loser-an aku sebab yang tu perlu masa untuk ditulis. Panjang yang amat kot kalau nak postkan. Aku nak cerita pasal rakan-rakan yang aku kenal disitu. Kebanyakan nama tak akan disebut sebab malas.