Tuesday, October 1, 2019

Review Penginapan Sepanjang di Sabah


Assalamualaikum.

Setelah selesai post travelog Sabah day by day kali ni aku nak review tempat penginapan pulak. Marilah berlaku jujur, bab cari penginapan ni memang buat sakit kepala sangat-sangat. Sebab nak cari tempat yang ada view cantik, selesa, selamat, cukup kelengkapan dan pada masa yang sama harga murah. Am bagi panduan, setiap penginapan harga per day tak boleh lebih RM 250. Sangat mencabar sebab kita 4 pax adult nak dapat under RM 250 tu agak sukar tapi tak mustahil gais. We made it! Dalam 4 tempat penginapan hanya satu sahaja yang berharga RM 250/night selain daripada tu alhamdulillah.
Walaupun rasa jelak baca review selama sebulan, siap ada time aku memang elak dari baca apa-apa selama seminggu pasal percutian ni sebab mual nak muntah. Tapi bila dah jumpa deals yang kita nak, hah memang rasa lega dan berjaya sangat. Achievement unlocked gitu. Dalam post ni aku hanya akan bagi tips dan simple review setiap tempat penginapan ni. Yang details apa semua tu nanti boleh klik pada setiap link untuk full review ya.

Bensin Homestay, Kundasang
Harga: RM 70 + RM 10 (add on 2 selimut) = RM 80/malam

Kemudahan dalam bilik:
  • 1 tilam queen + 1 tilam single (with 2 blankets)
  • Water heater (Paling penting)
  • Cermin
  • Penyangkut baju
  • 2 power plugs
  • Tong sampah

Kemudahan lain:
  • Open kitchen
  • Free parking

Contact:
πŸ“ž 013-871 7346 ~Pn. Maria
πŸ“ž 019-585 8900 ~En. Bensin


Simpang Mengayau Chalet, Kudat 
Harga: RM 250/malam

Kemudahan dalam bilik:
  • 2 katil queen
  • Air condition
  • Water heater
  • TV
  • Tong sampah

Kemudahan lain:
  • Free parking
  • CafΓ©

Contact:
πŸ“ž 019-585-8116 ~Ms. Jessy
πŸ“ž 010-811-6069 ~Mr. Jerry


Polumpong Melangkap View Camp Site, Kota Belud 
Harga: RM 99/malam (kami dapat special discount 😊)

Kemudahan camping: (kita pilih based on apa kita nak)
  • Khemah untuk 6 pax
  • Tilam kekabu-2
  • Sleeping bag- 4
  • Meja & kerusi (6)
  • Tapak simen

Kemudahan lain:
  • Tandas
  • Bilik mandi
  • Open shower
  • CafΓ©
  • Surau

Contact:
πŸ“ž 016-824 6529
πŸ“ž 014-650 4122


Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu 

Harga: RM 370/3 malam (include tax)

Kemudahan dalam bilik: [Family room]
  • 2 katil queen
  • Almari
  • TV, phone, Wi-Fi
  • Iron (upon request)
  • Complimentary mineral water & drinks (tea & coffee)
  • Meja kopi & kerusi
Kemudahan lain:
  • Free parking (perlu dapatkan cop di kaunter)

Contact:
Book through Agoda


Jumlah keseluruhan untuk penginapan 6 malam = RM 799



Tips:
#1 Guna pelbagai keyword seperti penginapan, accommodation, tempat tinggal, homestay, chalet, hotel, hostel, bilik dan sebagainya untuk cari deal terbaik sesuai dengan bajet kita. Jangan bergantung kepada satu keyword sahaja.
#2 Guna booking website macam Agoda, Booking.Com ataupun Trivago untuk dapatkan macam-macam deal dan boleh save duit. Dan selalunya memang ada discount code, boleh save lagi.
#3 BACA REVIEW tempat yang kita nak stay tu. Baik di website untuk booking, TripAdvisor, google review, social media (FB/Instagram) mahupun blog. Sangat membantu untuk buat keputusan.


M.


No comments:

Post a Comment