﷽
Assalamualaikum
Last public holiday aku ajak Zaid hiking tapi request nak trail yang light dan easy ja. Takmau yang jauh atau terlalu mencabar. Please sis--dah bertahun stop hiking tetiba takkan nak terus cari mana-mana gunung kot. Level bukit jadilah. Sebelum mula hiking sila nilai keupayaan diri sendiri juga ya. Ada orang turn to hiking ni sebab nak join the hype ja, ada juga yang terpaling hiking semua dia terpaling tau...whatever it is, it's good to experience new things. Aku last hiking circa 2016-2017 gitu kot, lama dah oi. Tak sure ada cerita kat sini ka dak.
Ada dua starting point yang kita boleh pilih sama ada dari Taman Semarak ataupun Taman Seri Jenaris. Kami pilih trail Bukit Semarak sebab orang kata lagi mencabar. Kami park kereta di kawasan Taman Semarak bawah bukit ni, takdak kena bayar parking pun. Cuma parking la elok-elok supaya tak halang laluan orang. Kalau nak minum pun ada gerai jual air dan snek. Kalau dari luar Sungai Petani, boleh pilih susur keluar melalui tol terdekat iaitu Plaza Tol Sungai Petani Selatan
📍Lokasi: Bukit H, Sungai Petani
🏃Jarak: 207.4 m
💰Yuran: Percuma
Boleh rujuk
website ni untuk tengok information berkaitan trail.
|
Starting point from Taman Semarak Trail |
|
View masa baru start trail. |
|
Our first pit stop |
Agak curam tapi atas tu sikit, lagilah curam. Yang atas tu lebih mencabar. Kami rehat kejap kat sini. Heyy, baru mula dah nak rasa semput. Aku rasa lightheaded kejap. Biasanya aku memang muntah angin ya kalau hiking pagi-pagi ni. So, take time kejap sampai rasa ok baru teruskan mendaki. Area sini ada dusun buah orang ni, ada nampak pokok durian.
Ada satu persimpangan ni siap ada iklan, boleh ambik trail ni kalau nak pi makan nasi lemak hehe.
Oh, ini trail yang ke kedai makan tu, Bukit Haji Yusof. So, maybe sekarang ada 3 entrance? Maybe.
Kalau dah sampai sini, dalam halfway lagi perjalanan untuk sampai ke viewpoint. Ada satu hike yang curam lepastu laluan ke viewpoint tu macam chill dan relaks ja.
Ini selepas pendakian yang curam tu. Sorry la bila part curam memang aku tak ambik gambar, busy. Itu budak tu dok kacau lipan yang berjalan haha 😂 Lipan lah kot kaki banyak? Tetiba macam bodo sat...haha.
Kawasan yang boleh stop sekejap. Tak sampai 50 meter ke view point. Kami blur ingatkan sampai sini ja puncak trail ni. Rupanya takdak la puncak sangat, just view point kat depan sana.
Belemoih jugak la sebab a day before tu hujan. Berselut jugak la kasut dan seluar. Lagi bagus kalau pakai kasut getah untuk hiking tu...kasut getah tu lagi bagus grip daripada pakai kasut sukan. Sneakers? NO! Jenuh nak mendaki satgi. Oh, rasanya kawasan ni banyak pacat sebab setiap kali aku stop dan duduk mesti ada hikers lain yang pesan hati-hati banyak pacat. Alhamdullilah takdak kena gigit mahupun jumpa pacat, so I guess I'm lucky hehe.
Turun di kawasan landai ni untuk menuju ke arah view point. Kami clueless tapi try ja lah. Dok melawak dengan Zaid kalau tetiba sampai di starting point Taman Seri Jenaris aku nak naik grab ja balik ke Taman Semarak hahaha.
|
View point 1 |
Style la view point ni untuk bergambar tapi kami berdua takut nak naik atas titi kayu ni haha risau jereluih celah tu nayaaa. Bawah tu boleh berjalan ada laluan, bukan la kalau jatuh bergolek ke bawah bukit tapi still scary ya. So, kami ambik gambar dari jarak selamat ja lah..hee.
Jalan lagi sikit kami jumpa view point 2, boleh nampak view Sungai Petani. Nampak la Taman Semarak, tempat kami start daki tadi.
|
View point 2 |
Begitulah post di akhiri dengan muka bangga berjaya daki Bukit H walaupun keja mintak stop nak rehat ja sebab penat, tak fit hehe. Kami ambik masa 45 minit untuk naik, kalau anda fit dan stamina cukup mungkin boleh sampai dalam 20-30 minit. You do you!
Bawak la air mineral secukupnya, aku bawak tuala muka juga untuk lap peluh. Boleh juga bawak himalayan salt candy atau air isotonik (e.g.: 100 plus, gatorade). Yang penting keep yourself hydrated, all the time ok. Bye.
M.
No comments:
Post a Comment