Showing posts with label Mon Chéri. Show all posts
Showing posts with label Mon Chéri. Show all posts

Thursday, April 8, 2021

Life in 2021

Assalamualaikum.

Diam tak diam rupanya lama aku diam ya lol. Alasan cliche busy. Alasan yang bunyi tak senonoh, simply sebab malas menaip. Last share pasal my betrothal pastu diam sebab kelam-kabut mana nak urus WFH dengan nak urus wedding. Ya, aku dah jadi isteri orang sekarang ya. Baru tersedar yang aku tak buat lagi recap yearly kan untuk 2020. Rugi pulak kalau tak buat. Untuk dikenang di masa depan gitu. Takpa sabaqsat aku nak menaip recap tu satgi. Will upload later. After all blog ni jadi catatan perjalanan hidup aku juga. I treasure this blog ya :)

Rindu nak rajin menaip kat sini tapi yalah easier said than done. Will try my very best untuk rajin ya. Walau diragui kerajinan itu akan konsisten sepanjang tahun hehe ;p

M.

Wednesday, November 18, 2020

And yes, I got engaged!

 Assalamualaikum.

So, I've break the news to my Instagram followers which is mostly my friends. Closest friends memang dah tahu. Closest relatives pun dah tahu lebih awal. And I decided to write it here. Sat taktau pasaipa dia jadi mode English essay writing hahaha tibahhh. Tak kisahlah..aku cuma rasa nak menulis di sini. For some reason, menulis di sini lebih mendamaikan sebab tahu takdak reader/viewer yang konsisten. No expectation, no nothing. Just me enjoy writing my stories for future reading, I like it here ;)

Bercerita pasal bertunang. Ianya sedikit berbeza daripada orang lain. Kalau diikutkan by right sudah lebih setahun iaitu Jun 2019 tapi kalau berdasarkan adat melayu hantar cincin tu Ogos 2020 haritu. Majlis yang sangat sederhana. Tetamu? Meriah gila hahaha. Hanya keluarga lelaki dan keluarga kami. Dia, Mak dia, kakak, abang ipar, 3 anak sedara dan adik dia. Itu saja tetamu kami. Kami pula berenam. Masa tu Raya Haji hari kedua. 

Tiada hantaran ka apa semua tu. Hanya sebentuk cincin tanda. Itu saja. Tapi tu pun depa bawak makanan bagi kami. Brownies, cheese tart dan Nutella pod. Apa lagi gelabah lah kami, takdak prepare apa sangat. Nasib baik aku ada kukus kek coklat yang alhamdulillah sedap hahaha. Maka, kami bagi itu dan juga beberapa barang aku beli sebagai souvenir masa pi Umrah awal Februari haritu. We choose to do this way sebab nak berbincang terus. Dari cadangan pemilihan tarikh, busana kahwin, flow majlis serta tak dilupakan contingency plan sekiranya ada another wave of covid cases. Dan ya, memang ada waves seterusnya ya. So sad.

Kali pertama pertemuan iaitu setahun yang lalu pun sama. Hanya kami ja berbincang. Senang bila family terdekat saja. Kita boleh bincang dengan teliti dan tak risau kena judge dengan tetamu lain. Well, orang memang suka judge kan, ni bila tak jemput senang sikit lah haha. Tahulah kan kalau buat majlis formal kena lantik wakil, kalau wakil punya info tak sync dengan tuan rumah hah tu pening tu. Less hassle. Super simple. No make up, bare face ja sis..baju pulak pakai jubah yang buat sebelum pi Umrah haritu. That's it. 

I'm so happy because everything went smoothly and super simple. Make our life easier...also, save our money lol. Paling seronok ialah bila kedua-dua keluarga get along very well. It's all I ever need. Doakan semua berjalan lancar insyaallah next month majlisnya.

Mira.

Wednesday, December 11, 2019

11


I do hope by the 12th year, we will be somewhere nice; holding hands and talk about nothing.
Still, you.


11.
M.
2019

Monday, December 11, 2017

Love & War 3


Assalamualaikum.

Never ask how we got here.
It just come naturally and all we know, it's already 9 years.
Keep it coming!



M.
2017

Sunday, October 22, 2017

Friday, December 11, 2015

Love & War

We magically grew up together. Not together like physically together, but together like i got your back dude! Those past years were not always rainbow and sunshine. Storm and lightning are always in between those happy day. And yet we're still together. It's a miracle when i can throw away my egos half of the time.Yes, i can only tolerate certain amount..haha.

Most of the time i felt guilty towards you. My stubbornness, my whatever-lah-kau attitude, my silent treatment and even my temper which acknowledge by everyone by my side as bad tempered.
And you, still stand by me with a smile. ;)

I might be crazy, but dude, you're crazier. for sure..LOL.
7.
M.

Saturday, May 12, 2012

Aku Yang Hambar.

Assalamualaikum.

Aku mengaku akulah girlfriend paling hambar dalam dunia.
Aku tak pernah cakap i love you, i miss you bila dengan kau.
Aku tak pernah letak status relationship dengan kau
Aku tak pernah teman kau shopping
Aku tak pernah nyanyi depan kau
Aku tak pernah masak untuk kau
Aku tak pernah suap kau makan 
Aku tak pernah cubit pipi kau
Aku tak pernah bagi flying kiss dekat kau
Aku tak pernah jalan dekat-dekat dengan kau
Aku tak pernah pegang tangan kau sambil jalan-jalan bila date dengan kau
Aku tak pernah hiking dengan kau
Aku tak pernah trekking dengan kau
Aku tak pernah camping dengan kau
Aku tak pernah tengok cerita kartun favourite aku dengan kau
Aku tak pernah ingat warna kegemaran kau
Aku tak pernah ingat makanan kegemaran kau
Aku tak pernah ajak kau ambik gambar
Aku tak pernah ajak kau datang rumah
Aku tak pernah kenalkan kau dengan dengan family aku
Aku tak pernah cerita pasal kau pada family aku

Sunday, September 18, 2011

Mengapa Saya Sorok Dia..

Assalamualaikum. Lama jugak aku tak meng-update entri baru, semua sebab internet yang taknak bekerjasama dengan aku. Tapi tak apa, aku tak marah..internet memang begitu. Kadangkala cepat ibarat cheetah kadangkala lembab macam siput. Aku terima je lah, benda free memang macam tu la kan.

Sebenarnya aku dah lama nak cerita pasal benda ni cuma taktau macam mana nak mula. Aku kan pemalu. Ya, aku pasti ada kalangan kawan-kawan aku yang akan persoalkan kata-kata aku tu. Tapi serius aku memang pemalu kalau nak cakap pasal..ehem..cinta. Nak buat macam mana jiwa aku jantan sikit tapi aku straight okay cuma aku bukan jenis lovey dovey ni.

Ada je kawan-kawan aku yang persoalkan kenapa aku tak pernah upload gambar dia kat facebook aku. Jawapannya senang je..apa perlunya aku upload? Eh, tu da jadi soalan ya..hehe. Sori la, aku memang tak suka tunjuk sapa dia yang bertakhta di hati aku ni. Haha..ayat gila geli!
Aku taknak ada orang komen camni;
asal boyfriend kalau cerah dari kau eh? Kulit dia lawa lak tu..
Sentap kau kalau kena gini. Tau la aku banyak jerawat pun..huhu. Aku ni dah la jenis cepat down. Kang kalau aku down dia jugak jadi mangsa. Kesian kan..so, baik tak payah tunjuk gambar dia..lagi senang.

Monday, August 8, 2011

Jauh La..

Wherever you go,
Whatever you do,
I will be right here waiting for you,
Whatever it takes or how my heart breaks,
I will be right here ... waiting for you...







Love, Mira.