Showing posts with label T424. Show all posts
Showing posts with label T424. Show all posts

Monday, January 20, 2020

Kon'nichiwa 2020, Sayōnara 2019

Assalamualaikum.

Lantaklah dah masuk hari kedua puluh bulan Januari pun, tetap jugak aku nak throwback haha. Aku haritu duk standardize beberapa perkara dalam blog ni lepastu terbaca post lama-lama dulu. Dan aku rasa idea tulis entri throwback apa terjadi yearly itu agak best. Sebab bila baca balik aku terus teringat apa benda berlaku every year. Walaupun kat sini catatan agak ringkas tapi bila baca terus trigger balik memori aku. Mostly gambar dari archive ig aku lol lupa date dah kena check di ig haha.

2019

JANUARI
Tahun baru dimulakan dengan makan-makan dengan T424, roommate masa matrik aku. Pot luck dan netflix time. Tengok Bird Box ramai-ramai..pastu lemas perut sesama haha. Kira-kira balik dah 10 tahun kami kenal dan berkawan. Pakkk lama dah sedekad wei.


Trip Ipoh 2D1N dengan schoolmate aku ketika di MRSM Pendang . Memang macam biasa kalau nak trip tu menjadi jangan rancang sangat la. Kena ok jom terus book tempat dan terus pegi. Aku belum share pasal trip tu sebab haha aku kan suka tangguh. Konon nak habiskan entri Sabah sekali ehhh lama la pulak. So much fun! Tahun 2019 haritu, lagi dua orang dah kahwin, ada yang akan dapat baby this year pun. Dalam setahun macam-macam boleh jadi kan.

Wednesday, April 25, 2018

Hello April Breakout! And A Wedding To Remember...

Dari tahun lepas dan membawa ke tahun ni, secara konsisten aku mengalami skin breakout bila April tiba. Adakah ini acara tahunan yang dianjurkan oleh kulit muka aku? Kenapa aku tak dapat memo? I should be happy in April sepatutnya lah sebab birthday month but yeah, I'm fine. Dulu zaman sekolah secara konsisten setiap kali birthday ada exam sebab ianya a week before cuti bulan May. Masuk zaman tua ni dia decide nak buat acara skin break out tahunan ye. Note to myself, do not get married in April or May. Don't you dare! May pun termasuk sebab kulit tak sempat nak sihat dalam sebulan. Mujur wedding Lisa haritu on March so kulit aku ok. Agaknya time tu kulit aku baru buat preparation untuk acara tahunan break out depa kot.

17th March 2018, Lisa punya nikah dan resepsi. Ada manis ada pahit..pahit sebab well faiqah patah tulang kaki. Sedikit nasihat ya kawan-kawan, bila ragu-ragu dengan sesuatu keputusan maka pilihlah yang paling kurang risiko ya. Beberapa minit sebelum kejadian kaki patah sebab tergelincir..Faiqah ada tanya aku, kasut mana dia patut pakai? Heels atau selipar? Aku macam erkk blur sebab selalunya benda ni bukan dalam senarai benda yang aku fikir..haha. Dia ragu-ragu sebab selalu kat dewan nikah kan kena buka kasut, jadi macam lagi senang pakai selipar. Aku macam ohh maannn..aku kan sebenarnya haritu la kali pertama pi nikah kawan, taktau nak suggest apa. Dan aku tak tau pun dia pilih apa, yang aku tau dia pakai heels pun selepas kejadian dia tergelincir lepas kami keluar dari parking area. She's getting better by now, dah buka cast pun..cuma kaki masih bengkak. Doakan dia cepat sembuh dan boleh jalan seperti sediakala. Lisa by now dah ada di Sabah dah dengan suami dia. Next mungkin jumpa time resepsi belah lelaki di Perlis nanti.

It's Lisa's Day!


M.

Tuesday, November 20, 2012

Jelly Bunny..Oh Lalala.

Assalamualaikum


Post kali ni gegirl sikit. Tetiba hari ni rasa nak cerita pasal shopping. Oh, ingat tak aku pernah cerita pasal jelly bunny shoes yang aku pegi beli bersama Faiqah dan Lisa masa pegi KL itu hari? Tak ingat takpa..Kalau ingat, meh high five sikit! hehe.

Oh, sebenarnya kami jumpa kedai ni pun dengan secara kebetulan. Masa tu nak pegi solat Asar. On the way jalan tu kami terpandang kedai yang sungguh adorable ni. Macam kedai barang baby pun ada. So, TERlangkah kaki masuk kedai. Aku syak itu godaan syaitonnirrojim. Jadi, aku nasihatkan pegi lepas kau dah solat. So, takda lah masalah tergoda-goda ni.

Memandangkan Alny Marlynni tetiba meng-tweet tanya pasal jelly bunny pagi tadi, maka kena lah tunjuk apa yang jelly bunny tawarkan. Perghh..ayat taknak kalah. Okay, kita teruskan dengan tengok gambar ya..

Ini, depan kedai jelly bunny tu.

 

Tuesday, May 1, 2012

Manis 21: Wawa Shafiqa

Assalamualaikum.

Hari ni 1 Mei iaitu hari pekerja tapi fokus hari ni bukan hari pekerja tapi pada birthday si wawa shah Memandangkan birthday dia di kala cuti umum maka tak pernah berkesempatan nak celebrate sesama. Sadis! Haha.. Walaupun Wa nampak normal pada pandangan mata orang tapi sebenarnya dia agak aneh lah. Malas nak cerita keanehan dia sebab kalau cerita konfem tiga hari pun tak habis. Dalam bahasa mudah semua kawan aku perangai boleh tahan aneh. Sila jangan nak nafikan eh..haha. Ok lah, dengan itu aku nak mengucapkan;

HAPPY 21ST BIRTHDAY WA!
semoga berbahagia selalu.
semoga selalu di bawah naungan cinta-Nya.
sayang kau ;)

ini wawa. besar gedabak aku bagi gambar kau..haha.


a year ago ;)





Love, Mira.

Tuesday, January 31, 2012

Manis 21: Faiqah Mohamad!

Assalamualaikum.

Entri hari ni ditujukan khas untuk Faiqah Mohamad. Saja update hari ni sebab nak cakap;

HAPPY BELATED BIRTHDAY! 

Happy Birthday dah cakap dalam text semalam kan..hehe. Tahun ni kira first time kami tak celebrate dengan Faiqah. Kami tu adalah aku, Wa dan Lisa. Kami berempat roommate masa di matrix dulu. Dua tahun lepas celebrate dekat kfc di jusco Ipoh, tahun lepas aku dengan Wa nekad turun Penang untuk celebrate birthday Faiqah. Ok, tak la celebrate sangat pun, kitaorang just be with her je masa birthday dia. Kek pun takda. Aku rasa sadis lah pulak. Sebab masa tu aku dengan Wa sengkek gila tapi nak jugak pegi jumpa dia. Kitaorang cuma mampu bagi present yang tak seberapa harganya tu kat dia. Insyaallah bila dah keja nanti baru boleh bagi present yang best-best.


Walaupun Faiqah selalu taknak ngaku yang dia pun aneh macam kitaorang tapi sebenarnya dia memang aneh! Jangan terpedaya dengan muka dia yang innocent konon-konon tu. Yang paling aku ingat dia suka sangat nyanyi lagu 'cinta pantai merdeka' sampai aku akan teringat kat dia setiap kali dengar lagu ni. Movie yang paling kitaorang benci 'eiffel i'm in love' sebab mengarut sangat. Movie paling suka pulak Madagascar dengan Monster vs Alien. Tapi faiqah gila suka dengan A Walk To Remember. Ini antara perkara yang aku ingat pasal dia. Banyak lagi sebenarnya tapi cukup kot untuk kali ni. Pasal keanehan dia aku malas nak cerita sebab kalau aku start cerita mesti aku melalut sampai orang pening..hehe.