Showing posts with label Impi. Show all posts
Showing posts with label Impi. Show all posts

Friday, February 3, 2017

Impian Yang Terikat

Mulanya aku ingat aku takdak impian dalam hidup. Tetapi selepas melalui 25tahun hidup aku rasa bukan aku takdak impian cuma aku takut nak mengejar impian aku. Sebab aku sentiasa rasa terikat. Terukkah rasa terikat tu? Tak, rasa terikat ni yang buat aku fikir jauh sebelum mulakan apa sahaja yang aku nak. Tak hentam kromo. Taktau hentam kromo tu apa? Cehh.

Terikat dengan apa? Banyak benda. Nak cuba pergi jauh dari segi lokasi tapi terikat dengan keluarga. Aku sejenis kalau boleh setiap minggu nak balik jumpa keluarga..haha. Sebab aku rasa masalah aku hilang bila aku dengan mereka. Aku sentiasa harap aku takkan settle down di KL, nak berada dalam ruang yang aku selesa..dan aku tau, bukan disini. Aku tak suka kalau jauh dari rumah terlalu lama. Rasa macam lemau semacam ja. Haritu lepas exam aku balik rumah few days memang rasa lega, macam bateri baru lepas recharge.