Sunday, January 20, 2019

Itinerari Ringkas Ke Sabah 2018

Assalamualaikum.

Ok, seperti yang dijanjikan aku nak tulis travelog aku ke Sabah kat blog ni. Hari ni aku nak share itinerari ringkas yang aku sempat pegi. Kami tak rush dan chill relaks ja so banyak juga la tempat tak sempat nak cover. But i guess it's fine sebab kami tak stress sangat hehe. Kami fokus nak explore tempat, take our own sweet time, appreciate alam, menghayati sejarah & budaya dan diikuti dengan beratus gambar dan video haha.

Sini aku tuliskan itinerari ringkas 7 hari 6 malam kami di Sabah dan juga admission fee untuk attraction yang tak ditulis tu maknanya masuk free. ;)

Sabah, 4 November 2018

Saturday, January 19, 2019

Trip Ke Sabah 2.0!

Assalamualaikum 

Tak pasti aku ada mention atau tak pasal trip aku ke sabah last year on November. Ini kali kedua aku ke Sabah dan ya, aku masih terpesona dengan keindahan Sabah. Semua benda yang hang nak boleh dapat kat Sabah. Maksud aku hang nak pi kawasan sejuk boleh ke Kundasang, hang nak snorkeling atau diving boleh ke Tunku Abdul Rahman Park (paling dekat dengan Kota Kinabalu), nak rasa thrill naik keretapi lama menggunakan arang batu hang boleh naik keretapi Tanjung Aru-Tenom, rasa nak camping berlatar belakang Gunung Kinabalu boleh ke Melangkap, Kota Belud. Satu tempat banyak mood bercuti hang boleh rasa. Oh, percutian aku tu mengambil masa 7 hari 6 malam. Dah cukup puas hati? Belum! Haha sebab banyak lagi belum jelajah Sabah ni, Tawau, Sandakan, Papar (just to name a few) semua tu antara yang belum explore lagi. Pasti akan datang lagi, insyaAllah kalau panjang umur dan murah rezeki ;)

Oh, aku akan cuba tulis itinerari dan bajet sekali untuk rujukan. Mana tahu boleh bantu orang yang cari info untuk trip ke Sabah ni. Cuma satu yang aku harapkan, tiket flight tak boleh murah sikit ka  wahai AirAsia, MAS, Malindo??? Harga pi Sabah haritu aku boleh beli 2x tiket return ke Banda Acheh ya. Tourism Malaysia bising kenapa warga Malaysia ni taknak Cuti-Cuti Malaysia dan lagi suka bercuti ke luar negara. Weh, kalau tiket hang saing-saing nak beli tiket ke oversea memanglah orang berat nak pi yang dalam negara. Baik depa pi keluaq. Ni bukan aku sorang ja, kawan-kawan aku fikir yang sama. Kami ni pilih Sabah untuk pastikan mudah dapat green light bapak aku..haha. Dan Sabah sebab kakak aku biasa jalan kat sana, so less stress (nope!) hahaha.

Tanjung Aru, November 2018

Next entry will be bajet dan itinerari. Mungkin aku akan tulis by part. Harapnya diberi kekuatan untuk menulis. Kalau biaq lama-lama pakai tak tulis la.


M.


PENGINAPAN

Tuesday, January 1, 2019

Bonjour 2019, Adieu 2018!

Assalamualaikum.

Kelip-kelip mata dah masuk 2019. Oh, tidaklah semudah kelip mata saja, bergolek, reyau, tenyeh kepala kat dinding, restless days, sleepless nights and there how my 2018 goes. High and low seiring bersilih ganti. 

Januari-Febuari
Prepare untuk progress report dan busy buat keja. Masih keja under kontrak dengan Dr. S. Still, the best days of my life. Oh, Lisa got engaged on January kalau tak salah. Ok, memang sejenis short term memory gak sejak bertambah usia ni haha. Then, we got hiccups but never mind, solved after few months. Back to our normal self. 

Mac
Lisa got married. Ye, penting jugak event tu sebab kang nak mengenang si Faiqah retak tulang kaki sebab ter-slip jatuh sebab laluan pejalan kaki tinggi rendah takdak tanda amaran. Sekarang gelak la, masa jadi tu kita stress like eh kaki kau retak ka patah ka terseliuh weh? Mujur petang nikah malam resepsi, settle majlis dalam satu hari. Sampai berpeluh la si Faiqah nak tunggu majlis habis. Dan ini juga kali pertama aku stay di hotel sorang. Takut jugak tapi dude aku tido ja lah. Guess what, nak review tapi malas aduh duh duh...

April
Here come my birthday month and frankly speaking, hello stressful life! Gituh emosi dia. Laptop yang dah berusia sepuluh tahun decide to stop working. Newest write up aku hilanggg langgg langggg bagai ditiup angin kencang. Oh, aku ada rant pasal betapa stress aku time tu. Bought secondhand laptop. Alhamdullilah ok sampai sekarang.End of my contract. Dr. S recommend keja dengan kawan dia, i accepted the offer. Just four months and i felt miserable. Oh, juga menghantar roommate aku, Israa pulang ke Iraq for good. Stress tu semakin berkembang since suddenly you lose someone you can talk to. Hujung April aku decide untuk balik bercuti. Had enough of those stressful day. Crying a river or a pond i don't know...luls. Macam biasa balik rumah adalah penawar terbaik. Blessed.

Friday, October 19, 2018

Bila Angin Bayu Membawa Diriku~

Tajuk taknak kalah eh. Sat, nak rolling eyes kat diri sendiri. 

I'm back! Will be back here bila rasa perlu escapism haha sejak bertambahnya media sosial di sana-sini belog dilupakan. Dasar melayu mudah lupa kan. Sekarang aku suka lepak twitter sana, orang kata micro-blogging. Micro tak micro la sebab sekarang orang boleh buat thread panjang berjela tujuh keturunan. Character pun dah bukan terhad kepada 140 lagi, dah up bilangan character tu. Eee pa benda la mai belog sembang pasal twitter. Tak kira betapa aku suka lepak twitter, aku kena mai jenguk belog ni. Disini la ada simpanan kenangan yang tak ternilai. Yalah, juai pun tak laku aih..hmm mungkin aku maksudkan tak bernilai eh sebenarnya? Haha.

Oktober berlalu dengan pantas, bulan-bulan lain pun sama, laju ja nak menuju penghujung 2018. Tahun ni, aku ambik satu langkah ke hadapan. Tahun lepas masa family trip buat road trip sebelah selatan sana aku kena assign job cari accommodation dan tempat best untuk dilawati. Susah ya, nak deal the best place untuk tidur dengan kapasiti 9 orang. Dah la semua taknak pre-book sebab konsep we'll go as far as we can gituh, yalah yang semak otak aku ni ha. Masuk 4 petang ja aku dah kena gelabah cari tempat. Sebab time gitu baru pak aku ada kesedaran, "ehh kita boleh cari tempat tidur dah ni ce try cari at area ABC". Mentang-mentang dalam Malaysia ja, macam ni lah nasibnya. Lalu selama empat hari aku pening kaplaaa..last day sis give up dan emo sebab masuk Melaka on weekend tapi tak pre-book accommodation. Kebanyakan homestay dah penuh dan yang ada, terlalu jauh. Kita nak stay on this one area. Eh jap, aku rasa macam tak share pun pasal pi trip tahun eh ka ada share tapi aku lupa aaaa teruknya ingatan ini. Anyhow, aku cuma nak cakap aku nak muntah fikir pasal accommodation tu. 

Wednesday, July 18, 2018

Bittersweet

Julai, bulan terakhir aku kerja dengan second bos. Bakal habis kontrak bila masuk Ogos nanti. Deep in my heart, aku gembira sebab berat betul beban kerja kali ini. Bukan berat dari segi fizikal tapi penat dari segi mental lah. Aku rasa stress dengan 'paksaan' secara halus yang wujud. Masa yang fleksibel ya, seronok tapi bila kena push, push dan push wohh rasa nak beranak haha. Lol.

Dengan kontrak kedua ni aku punya stress level semakin meningkat sampai aku rasa benci tapi aku taktau aku benci apa. Setelah difikir dan melalui pembacaan, aku rasa aku burn out. Rasa hilang motivasi, hilang minat nak buat kerja, rasa macam tak boleh catch up..itu yang buat aku rasa benci. Waktu tu baru kerja sebulan lebih tapi aku dah rasa tak sabar nak habiskan kontrak aku..  

Sesungguhnya aku tahu ubatnya, balik rumah. Aku ambik cuti panjang masa hari mengundi tu. Terus ambik long holiday. Balik dari cuti, otak aku dah clear dan boleh buat kerja dengan hati senang. Jadi, ini bulan terakhir aku kerja. Sedih sebab takdak income dah next month tapi insyaAllah ada rezeki lain yang menanti. Harapnya by Ogos aku dah dapat kerja lain. Nak lari jauh sikit dari circle lama ni. Otak aku penat, dissertation aku tergendala. Semoga aku tabah.


Oh, cafe latte dari Farm Fresh ni sangatlah sedap. Memang eyes wide open, aku tido bila malam ja. All day boleh fokus buat kerja. Kopi dan susu dia balance, tak manis..just the way i love coffee. Ini saja beli saiz kecil sebab baru nak cuba. Selalu aku minum yogurt mango dari brand yang sama. Sedap!


M. 

Monday, July 16, 2018

Throwback June

Assalamualaikum.

Dasar semakin hari semakin malas..dah Julai baru nak update Jun haha. Dah habis separuh tahun tapi post tak banyak pun. Malas nak tulis. Bila dah tulis malas nak nak baca balik/edit. Sebab kalau tak baca balik mesti ada ayat tungggang-langgang yang menyakitkan mata dan hati, kot. Stress dengan keja, stress dengan dissertation. Entahlah..rasa macam bakalan shut down unimportant things lalu fokus pada kehidupan.

Manggis for Life
Susah nak terangkan pada orang bila mana orang taknak faham pun keadaan kita. Tapi tak mengapa, I'll find my way. Yang kelakar SV aku la, dia whatsapp ucapan raya ja dan aku pun reply. Lepastu agaknya dia rasa apahal budak ni diam ja tak tunjuk progress chapter? Lalu dia kirim video motivasi hehe cute ja. Akhir kata, manggis sedap gila ;D


M.