Jun 2023 kami ke Indonesia. Kali ni aku hanya akan tulis highlight tempat-tempat yang kami pergi. Cerita panjang akan ditulis dalam post seterusnya. Banyak lagi tempat menarik tapi tak sempat nak explore sebab kami nak relaks ja dalam trip kali ni. Ada banyak pilihan pulau yang best sekitar Batam ni; Bintan, Kepri. Pantai pun kami takdan singgah. Kalau pergi berdua dengan pasangan, single atau trip kawan-kawan sesuai juga singgah tengok live band tepi pantai/malam-malam. Kami ada bawak MIL so macam tak sesuai lepak senja/malam just untuk live band. That's so anak muda vibes. Gitu tetiba explain padahal sendiri pun jenis pukul 10 nak lena dah.
15 Jun 2023 - Khamis
Feri dari Puteri Harbour ke Harbour Bay, Batam (2 jam)
Jambatan Barelang 1 @ Jembatan Tengku Fisabilillah
Makan di Kopak Jaya 007
Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah
Check in hotel - Vanilla Hotel, Penuin
Diamond City Mall
A2 Food court
16 Jun 2023 - Jumaat
Nagoya Hill Mall
Welcome to Batam Monumen
Kedai Kek Pisang Villa
Megamall Batam Centre
Batam City Square (BCS)
Seafood Tumpah Mommy Dewi
*Dataran Engku Puteri
*Muzium Batam Raja Ali Haji
*Lalu sahaja tak sempat singgah
17 Jun 2023 - Sabtu
Check out from hotel
Kek Lapis Batam Layer Cake
Makan Tengahari di Rumah Makan Padang
Feri ke Puteri Harbour ke Harbour Bay Ferry Terminal (2 jam)
*****
Tempat yang menarik tapi aku belum explore. Aku catat di sini in case ada yang mencari info pasal Batam dan nak start buat itinerari kan.
Pulau Bintan
Pulau Ranoh
Kepri Coral Resort, Galang
Galang Refugee Camp (Camp Vietnam), Galang
Pantai Viovio, Galang
Pantai Eloyra, Galang
Pantai Nongsa, Batam
Masjid Cheng Hoo, Batam
Masjid Agung Batam (Tutup sementara)
Coastarina/Ocarina, Batam
Miniature House Indonesia, Batam
Sebenarnya sangat banyak tempat kalau nak cover, pantai di mana-mana sebab kan Batam ni sebuah pulau. Jadinya pantai tu banyak. Kalau buka Google Maps dan start "jalan-jalan" kat peta tu akan naik banyak nama tempat yang kita boleh singgah. Boleh baca Google review juga untuk tengok komen orang, tengok gambar orang share. Senang cerita pilihlah dan plan ikut hang suka. Tu ja.
Till next time.
M.
No comments:
Post a Comment