Assalamualaikum.
Jun 2023
Kami dari SP ke Johor dengan tujuan nak ambil SIL aku yang dah habis belajar di sana. Sambil-sambil tu kita pun nak berjalan lah jugak kan. Initially nak ke Singapura tapi bila ringgit jatuh ni rasa berat sikitlah nak ke sana. Dan aku sejujurnya bukanlah orang yang suka ke negara yang jenis sangat moden ni. Aku lagi suka yang mix of modern and traditional and plus point untuk yang ada nature best-best. Plus, poket aku belum cukup tebal. Paham ja lah kalau negara moden ni selangkah kaki berjalan tu duit keluar seperti air mengalir dari paip aa begitu hiperbola ya perumpamaan aku. Aku buat anggaran bajet, day trip di Singapura sama dengan bercuti 3 hari 2 malam di Indonesia. Oh, no! (sesak nafas in RM). Day trip ja tu belum bermalam lagi. It's okay someday kalau ada rezeki lebih kita boleh pegi. Negara moden ni satu benda aku suka ialah kemudahan public transport depa, dan aku suka train, so someday ok Singapore. Not so soon. Insyaallah ;)
14 Jun 2023- Rabu
Road Trip dari Kedah ke Johor Bharu
Kami bertolak seawal 3.00 pagi. Ya, mulanya nak bertolak malam dalam 11, 12 tengah malam tapi aku cadangkan elok tukar ke awal pagi ni sebab lagi bagus kalau sempat tidoq malam. Alasannya kerana Zaid keja siang tu. Kalau dapat tidoq few hours pun dah ok. Kesian dia, kalau tak, hanya dapat tidoq sat ja pastu nak kena drive straight ke Johor. So, eloklah tidoq dulu pastu start 2.30 camtu aku bangun mandi siap-siap dulu dengan MIL. Kami dah settle baru kejutkan Zaid untuk siap. Barang semua dah siap. MIL aku rajin, dia masakkan bihun goreng dan goreng karipap. Sheols tak tidoq malam tu ya, tidoq dalam kereta lepas kami bertolak. Rasanya takdan sampai Tol SP Selatan lena dah mak haha.
Perjalanan sangat ok. Alhamdulillah. Cuma kalau ampa nak lalu PLUS highway ni kalau masuk area Penang ada geng merempit. So, hati-hati ya. Aku tak tidur so tetiba terkejut tengok motor takdak pembonceng rupanya dah jadi Superman, ceh!! Buat berderau darah ja. Ingatkan nak kena tulis cerita seram dah awal tu haha. Sampai last kat Alor Pongsu saja ada rempit ni, masuk Perak dah takdak rempit-rempit ni. Banyak lori lah kalau drive time pagi begini. Nak kata sunyi tu tak jugak. Kami stop di Tapah untuk Solat Subuh, pergi toilet dan isi minyak. Hujan renyai-renyai ya time tu.
Sampai Rawang dalam 7 lebih hah, slow la perjalanan kita sebab bertembung dengan orang nak masuk kerja kan. Habis lintas area KL memang dah tak jem, boleh pecut laju ke selatan. Cuma sebab hujan tak berani nak laju sangat, dan banyak juga kemalangan sepanjang jalan ke selatan ni. Nampak ngeri jugak la, terbakar sana, pecah sana sini tapi kami bernasib baik sebab tengok aftermath saja so taklah jem. Kami ada singgah satu R&R di Johor ni sebab nak pegi toilet dan aku terus cuci muka, gosok gigi dan tukar tudung. Biasa kalau berjalan malam aku pakai tudung instant tu ja sebab end up masuk kereta lena haha. Pastu kami singgah lagi satu R&R sebab suamiku sibuk nak update hal kerja, member culture shock first time cuti panjang. FOMO kot. Masa kahwin dulu pun tak cuti panjang eh ungkit lol. Beli buah potong pastu teruskan perjalanan. Sampai Kempas dalam 1.30 tengahari, angkut barang SIL pastu pergi bungkus lunch. Elok settle semua kita check in dan lunch.
Beli buah potong kat R&R |
Karipap mak goreng pukul 2 pagi hehe |
Kami check in di Super OYO 494 EG Hotel di area Setia Tropika, JB. Harga cukup murah RM 114 untuk double bed, 4 pax. Deposit macam biasalah kena bagi RM 50 masa check in, selepas check out jangan lupa ambik balik ya. Bagi aku dah cukup selesa dah untuk 4 orang. Sebenarnya agak jauh dari Terminal Feri Puteri Harbour, jarak dalam 40km (Ikut tol) so ambik masa dalam 40 minit untuk sampai ke sana. Sebabnya masa tu masih berbolak-balik taktahu nak ambik feri apa dan kat mana. Sebab terminal feri nak ke Batam ni ada 3 tempat, Puteri Harbour, Pasir Gudang dan Berjaya Waterfront (Stulang Laut). Nanti aku buatkan post khas untuk perbandingan feri ya. Mana tahu ada orang nak cari info pasal ni kan. So, aku book ja lah time tu.
Super OYO 494 EG Hotel
Pros:
Ada drinking water, gelas & cawan, kettle, coffee & tea
Ada sofa, hairdryer, TV
Ada iron di hallway
Ada Cuckoo untuk isi air
Tandas ada sabun, ada selipar, water pressure ok
Dekat dengan kedai makan, kedai serbaneka 24jam pun ada
Parking banyak depan lot kedai ni
Ada tingkap, boleh tengok luar
Ruang yang cukup untuk solat
Cons:
Cermin dalam toilet sahaja.
Tiada bedside table, tiada almari, tiada lif.
Hanger ada dua sahaja, kami berempat.
Tak banyak plug point. Kena tutup TV untuk caj phone.
Shower tak function, tapi ada baldi dan gayung so okay lah.
Tandas takdak pengudaraan yang baik so hapak la sikit.
No comments:
Post a Comment