Posts

Showing posts from 2017

26

Image
26 hari ini.

Setahun lebih tua. Semoga lebih baik dari sebelumnya. (^- -^)



M.

Review: Movie Filipina yang menarik! Part 2

Image
Assalamualaikum.

Here's the second part of my review. Tak sangka aku berjaya buat part two. Kali kedua aku berjaya buat post di belog ada part two maybe lepasni ada part three? Yeah pencapaian tu kalau berjaya..hehe. Ok, mari aku nak ulas filem filipina yang aku dah tengok dan ia menarik bagi aku. Kalau kau tengok lepastu rasa meh? Itu bukan masalah aku, dah cakap ini personal review aku kan. The Gifted Filem ni memang best sebab dia bukan cerita cinta semata-mata, ia lebih kepada persahabatan dua orang budak perempuan iaitu Zoe (Anne Curtis) dan Aica (Christine Reyes) yang 'gifted'. Senang cerita mereka berdua ni genius sejak kecil. Disebabkan mereka ni gifted memang perangai pelik daripada pelajar-pelajar lain la, susah nak ada kawan sebaya yang memahami pemikiran depa dua. Kepelikan itulah yang buatkan depa dua ni berkawan sebab depa rasa macam saling memahami dan mudah nak berkomunikasi. Zoe ni anak orang kaya yang gemuk dan Aica sebaliknya keluarga biasa dan kurus tapi…

Makan di Rakshee dengan Dr. Piqah

Image
Assalamualaikum.

Aku rasa aku pi makan kat Rakshee ini adalah kisah tahun lepas, oh maaannn tapi tak mengapa aku masih nak abadikan dalam belog ni. Mana nak tau tua sikit nanti macam ehh aku enjoy jugak masa muda aku eh, gitu. Motif? Haha. Aku banyak entri delayed sikit, delayed gilaaaa dan delayed level buang dalam tong sampah. Inilah masalah bila hang ada tabiat suka tangguh-tangguh, bad habit! Jangan ikut perangai ini. Ok menurut ig aku, kami pi makan ni 4 Disember 2016. Berguna juga ada ig rupanya.
Berbalik kepada sesi makan-makan bersama Dr. Piqah, rasa macam tak pernah cerita lagi pasal Piqah kat sini. Piqah ialah doktor, bukan doktor manusia, bukan doktor setan dan bukan juga doktor cucuk sendiri. Piqah adalah seorang doktor natanggg! Kalau baca salah nada macam maki pula ye..hehe. Ok lah serius, Piqah adalah seorang doktor veterinar/doktor haiwan. Piqah ni sebenarnya roommate aku di zaman form 2 masa mula-mula pindah ke Pendang. Maybe aku patut tulis nanti pasal zaman sekolah …

Serai Pavillion with Girlfriends

Image
Ohmannn ini delayed punya cerita ni. Ianya sebelum Chinese New Year hari tu ;p
Ok this time aku keluar makan dengan my Awesome A, jika anda sudah agak lama membaca belog ini pasti dah tau..siapakah mereka itu. Masalah sekarang ada orang baca lagi ka belog ni? Aku rasa aku sorang ja baca lel. Tapi tak mengapa, aku memang takdak masalah kalau sembang dengan diri sendiri pun, self talk gitu hah.
Pada hari tersebut emm malas nak buka insta check date, aku adalah lewat..dalam dua jam lewat sebab aku kerja. Dan nak jadi cerita kerja aku perlukan aku duduk dan siapkan at certain place, tak boleh bawak balik dan siapkan di mana-mana sahaja yang aku suka seperti kebiasaannya. Kebiasaannya aku siapkan kerja aku dalam bilik sama ada di meja study ataupun sambil bergolek di atas katil. Kadang tu sempat la tidur petang ataupun makan jajan sambil tengok movie. Wei ni keja ka curi tulang? Mesti hang terdetik nak tuduh macam tu kan. Takpa, lain post kita cerita pasal nature kerja aku. Panjang pulak …

Pengalaman Assessment & Interview FGV (Management Trainee)

Assalamualaikum.
Cerita ini sungguh lama. March 2016. Setelah lebih setahun baru aku edit draft sebelum publish di sini hehe sorry. Nak kena cerita juga sebab kenangan, sebab pengalaman. Basi pun takpa kot. Mungkin berguna untuk mereka yang nak pergi interview dan nak cari maklumat pasal management trainee FGV ini sebab dulu aku pun jenuh meng-google masa nak pi interview. Taip ja keyword tu nanti muncul la cuma tak ramai yang blog about this. Malas nak cari balik but then blogger who blog about this, thank you so much, anda sangat membantu :)
Okay, setelah mendapat email dari pihak HR aku pun bagitau ayah. Masa ni memang hopeless dan jobless serta hanya menambah lemak sahaja di rumah. So, kami berdua pun decide untuk ke KL dengan menaiki train ETS sebab waktu tu ETS baru ja memulakan perkhidmatannya. Cerita naik ETS hari lain nah. Harini fokus pada assessment dan interview FGV.

Interview dibuat di Hotel The Zone, KL dekat dengan KLCC sebab aku jalan kaki ja pi situ since ayah aku tu…

Muncul kembali sesuka hati

It has been awhile kan. Entah, semangat macam dah hilang. Am not sure what and why. Belog memang malas berganda tapi rasa malas tu berjangkit ke media sosial lain juga. Twitter lah kot aku rajin berkicau sebab sana banyak drama (?) hehe. Instagram hanyalah medium aku menanda tarikh. Yes, sometimes aku just post gambar something or quote just to remind myself. Seperti tarikh anniversary mak ayah aku, tarikh dating aku or tarikh aku berjimba dengan kawan. Mostly jimba dengan kawan meriah sikit la sebab ada wefie. Kalau tak? Foods or just boring things. Apa nak expect nama belog pun hambar, sedikit sebanyak menggambarkan personaliti aku ye dak ;p
Mac lepas sangat busy, sangat sebab semester ini aku saja gatal ambik tiga subjek. Bila hang study full time dan kerja juga full time, ianya bukan pilihan bijak untuk ambik banyak paper ya kawan-kawan. Zaman undergrad tak mengapa, lagi lima jam nak hantar assignment pun boleh perah otak. Postgrad jaaaaauhhhhhh (nampak tak jauh tu?) berbeza..kad…

Of February- In Loving Memory of Our Dearest Tok

Image
Dah masuk Mac a.k.a hampir 1/3 tahun baru 2017. Cepat betul masa berlalu. Impian nak menulis lebih banyak, masih tinggal impian sebab maaaalasssss. Bila daily routine adalah membaca dan menulis memang serta-merta semangat nak menulis belog adalah semakin berkurang. Sebab dah terlalu biasa menulis benda skema dan serius tiba-tiba nak merepek dekat belog, penat nak switch mood. Takkan nak cerita masalah brain drain kat sini ye dak. Mungkin boleh tapi kena fikir cara nak sampaikan cerita in a fun way lah tapi terlalu time-consuming.
Orang kata kalau kita tunggu sampai ada idea yang bagus untuk menulis, memang sampai bila-bila takkan ada tulis apa-apa. Tak ingat quote ni daripada siapa, tapi memang betul pun. Idea boleh hilang kalau tak catit di mana-mana. February banyak benda jadi..tok passed away. Al-fatihah to her. She was a great lady..learn a lot from her but still, not enough. Masa takkan pernah cukup. Taknak cerita kali ini sebab it'll be a really long story dan aku tak berse…

Review: Herb Day 365 Cleansing Foam Lemon-TheFaceShop

Image
Assalamualaikum

Herb Day 365 Cleansing Foam Lemon TheFaceShop RM 20.03 (termasuk GST) Boleh dibeli di mana-mana kedai TheFaceShop
Juga secara online di Hermo.my
Aku dengan sedikit kerajinan insyaAllah akan cuba mengulas produk yang aku guna. Nope, tidak dibayar. Semua memang spend duit sendiri saja. Seperti namanya yang panjang berjela dan ada nombor 365 disitu, aku rasa sebab nak bagitau isinya banyak, sesuai dan mampu bertahan sampai 365 hari. Ada sesiapa boleh bagi pencerahan kenapa namanya begitu? Kalau salah benda aku tulis ni bagitau ya. Dalam siri 365 ni, ada 5 pilihan: Lemon, Peach, Aloe, Acerola dan Mung beans. Boleh baca lebih lanjut di laman faceshop sendiri atau di link hermo tu, tengok mana satu yang sesuai dengan kulit anda. Sebelum ni aku pernah cuba yang Peach, kali ni cuba Lemon pula. Untuk Lemon ni memang bau macam lemon, masa guna yang Peach tu taklah bau peach sangat. Hmm apa punya penerangan la aku bagi ni.
Berkesan ke? Nak kata berkesan gila tu taklah. Tapi sema…

Impian yang terikat

Mulanya aku ingat aku takdak impian dalam hidup. Tetapi selepas melalui 25tahun hidup aku rasa bukan aku takdak impian cuma aku takut nak mengejar impian aku. Sebab aku sentiasa rasa terikat. Terukkah rasa terikat tu? Tak, rasa terikat ni yang buat aku fikir jauh sebelum mulakan apa sahaja yang aku nak. Tak hentam kromo. Taktau hentam kromo tu apa? Cehh.
Terikat dengan apa? Banyak benda. Nak cuba pergi jauh dari segi lokasi tapi terikat dengan keluarga. Aku sejenis kalau boleh setiap minggu nak balik jumpa keluarga..haha. Sebab aku rasa masalah aku hilang bila aku dengan mereka. Aku sentiasa harap aku takkan settle down di KL, nak berada dalam ruang yang aku selesa..dan aku tau, bukan disini. Aku tak suka kalau jauh dari rumah terlalu lama. Rasa macam lemau semacam ja. Haritu lepas exam aku balik rumah few days memang rasa lega, macam bateri baru lepas recharge.
Juga ada impian nak cuba travel solo. Tak pernah dan mungkin tak akan pernah. Walaupun aku pasti aku boleh survive sendiri.…

Balik Kampung, Ubi Kayu & Raya Cina

Image
Assalamualaikum.
Dapat long weekend memang seronok, sangat seronok tapi sakit pinggang wei. Sakit pinggang sebab duduk dalam kereta lama sangat, 10 jam wei sepuluhhhhh jam di atas jalan raya yang pada waktu normal hanya makan masa 3 jam perjalanan balik ke kampung aku di Perak. Masa bertolak balik, 7 jam nak sampai kampung, naik mai KL balik 10 jam hanya mampu berhuhu. Nak tido pun dah takdak mood sebab dah habis meter orang kata. So, jika hang mengikuti ig aku yang sendu, aku ada share instastory sikit la perjalanan 10 jam aku semalam.
Balik kampung best macam biasa lah. Dapat makan lots of seafood yang takkan aku makan di KL ni sebab mahal dan apahal nak makan seafood sedap sorang-sorang. Aku taktau lah orang lain kan tapi bagi aku adalah lebih baik tak makan seafood daripada makan tapi tak segar, preparation tak bersih dan mahal pula harganya. Ye, aku cerewet. Walau orang duk kata Manhattan Fish Market best lah, fresh aku tetap rasa uh-oh tak fresh mana pun cuma harga dia bolehlah…

Keadaan Semasa

Exam aku dah berakhir 29 Disember 2016 yang lalu. Lega part tu tapi berdoa la semoga tak sangkut. Dah lah mahal satu paper pun, aku rasa sebab bayar based on jam kredit. Satu jam kredit RM 180 dan setiap satu jam kredit = RM 10 kena bayar untuk yuran peperiksaan. Yang tricky dia walaupun paper tu takdak exam still RM 10/jam kredit masih di charge. Taktau la kot boleh pi tuntut kalau untuk paper yang takdak exam. Kalau pi tuntut tu, aku boleh dapat RM 30. Banyak kot, lepas untuk makan beberapa hari tuuu..
Lepas habis exam aku enjoy new year holiday, ambik cuti 3 hari termasuk hari exam tu. Best gila balik rumah eh rasa macam cerita dah dalam previous post..hehe. Dan yeah sekarang kembali ke realiti hidup aku. Zaman undergrad dulu, lepas habis final exam memang raya sakan..terus balik rumah bercuti sebulan dan lupa diri sat. Sekarang dah berbeza, kena balik ke universiti semula..takdak cuti semester macam dulu. Sedih.
Sedih sebab apa? Pertama, kena menapak jauh sebab mostly cafe memang…

Ciao 2017

Image
Assalamualaikum.
Yes, 2016 telah berlalu dan mencatat sejarah tahun paling kurang update dalam blog, aku rasa kurang daripada 20 entries. Padahal fun jugak 2016 aku cuma takdak gambaq.. Oh mungkin fun di mata aku sahaja dan hambar di mata orang lain. ;p
Aku mood cuti lagi ni sebenarnya. Last week kan long weekend dan memang dah lama tak balik rumah. Jadinya aku ambik cuti 3 hari, lepas habis exam ja sambung dengan cuti new year. Lebih kurang 6 hari. Seronoknya duduk rumah. Malam-malam tak terkejut sebab orang merempit kat highway..tido lena ja. Tak payah pikir waktu bila nak keluar beli makan, jalan pi dapur ja terus kalau lapar. Rasanya selamanya aku homesick ni. Sampai kahwin beranak empat pun aku tetap syahdu rasanya bila kenangkan rumah. 
Aku jarang stay satu tempat lama sebab nature kerja ayah aku yang buatkan kami pindah sana-sini. Bila ayah pencen dia decide nak stay Perlis sebab mak aku selesa kerja kat situ. Tapi, ini bila pindah Perlis nampak ura-ura macam ayah nak pindah l…

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers