Tuesday, July 25, 2017

Sukiya At Mid Valley

Assalamualaikum.

Kisahnya Sukiya ni aku dah beberapa kali lalu-lalang tapi tak pernah singgah sebab taktau menu apa yang ditawarkan, harga ok ke tak dan sebagainya. Pada satu hujung minggu aku pi Mid Valley dan nak makan nasi tapi nak simple dish. Aku pun rasa macam, ok aku akan makan Sukiya ni.

Gaya kedai Sukiya ni macam street di Jepun sana. Tetapi janganlah risau, order dalam bahasa kebangsaan jugak takyah cakap jepun pun haha. Sukiya ni dia ada dua jenis setahu aku, satu macam untuk order food dekat kaunter and pick up bila giliran anda dah sampai. Lagi satu macam buffet all you can eat punya style. Di Mid Valley, order makanan di kaunter.

Jadi saya dengan courtesy Google telah menjumpai sedikit gambar untuk dikongsi supaya post ni nampak la bermanfaat pada umat manusia. 

Rupa kedai Sukiya


Menu




Ini hanyalah sebahagian menu yang ada. Tak mampu la nak upload semua weh. Selain daripada nasi ada juga pelbagai variasi ramen noodle semua tu. Tengok menu tu dan nampak kan ada perbezaan harga, semua tu bergantung pada permintaan anda nak makan dalam mangkuk saiz apa..sama ada saiz small, medium or large. Harga dikenakan ikut saiz mangkuk yang anda pilih. Biasa aku makan medium size, itu pun rasa kenyang sangat dah. Kalau nak try set pun okay takpayah fikir nak minum apa semua kan. Set disertakan dengan minuman dan side dish, setakat ni aku tak pernah makan set lagi. Dalam gambar hanyalah beberapa contoh, ada macam-macam jenis set makanan lagi yang Sukiya ada tawarkan. Yang aku perasan semua harga tak sampai RM 20.

Aku makan Teriyaki chicken bowl sebab dah lama teringin nak rasa teriyaki tu macam mana hehe. Kesimpulannya aku suka..cuma aku perlukan kepedasan yang lebih sebab bagi aku pedas adalah segalanya hah gitu. Tapi jangan risau kalau korang macam aku, sebelah kaunter pick up order tu ada satu meja kecik yang ada sudu, garfu, chopstik dan beberapa penambah rasa seperti cili hijau apa tah (aku syak dia cili hijau + cuka), halia pink yang taktau apa nama (tapi dia halia la dah macam pencicah murtabak dah cuma dia halia eh berapa kali nak ulang kehalian halia pink tersebut) dan serbuk cili (kalau tak salah la sebab aku tak ambik, serbuk cili sesuai untuk kuetiau sup thai ja pada pendapat aku).



M. 

No comments:

Post a Comment