Tuesday, September 5, 2017

Cuti Semester Yang Sebenarnya Tak Cuti Pun

Assalamualaikum.

September sudah. Aku dah terlangkau Ogos sebab agak busy. Cerita raya puasa tak habis lagi sebenarnya tapi biaq la situ..ni dah melepasi raya haji dah pun haha. Ingatkan ketika cuti semester dua bulan ni aku boleh relaks goyang kaki sambil streaming movie online disamping menambah lemak. Rupanya tidak gais, itu semua dalam imaginasi aku semata-mata. Part tambah lemak ja yang berjaya buat :P Hanya minggu pertama lepas raya puasa ja aku terkebil-kebil selama seminggu sebab takdak keja. Lepas minggu tu berakhir hahaha welcome workload!

Bila keja seharian jenis kena menghadap skrin laptop/komputer memang cukup time hang rasa nak sorok laptop hang jauh-jauh. Jelak tengok skrin, rasa nak muntah pun ada. Bad thing yang efek aku ialah aku semakin rabun. Tak payah pi check kat kedai spek pun tau dah sebab nak baca signboard pun lembab. Even bila pakai spek pun bila dalam jarak tertentu aku dah takleh nak detect perkataaan yang guna font kecik. Sebab concern aku pun mula makan carrot dengan lebih kerap. Kakak aku suggest makan blueberry sebab bagus untuk penglihatan jugak tu. We will see la, next week kita try amalkan.

Sebenarnya coursework component aku dah selesai manakala research component akan bermula bila semester baru bermula minggu depan. Masalahnya research proposal due this week. Kena hantar even before semester start. Gamble habis lah aku dengan supervisor aku tak cari lagi. Yes, cari masalah sungguh la last minute gini. Semoga urusan aku dipermudahkan. Jangan tiru perangai last minute ini, tiada kebaikan pun sebab buat diri sendiri stress ja.


M.

No comments:

Post a Comment