Thursday, January 5, 2017

Ciao 2017

Assalamualaikum.

Yes, 2016 telah berlalu dan mencatat sejarah tahun paling kurang update dalam blog, aku rasa kurang daripada 20 entries. Padahal fun jugak 2016 aku cuma takdak gambaq.. Oh mungkin fun di mata aku sahaja dan hambar di mata orang lain. ;p

Aku mood cuti lagi ni sebenarnya. Last week kan long weekend dan memang dah lama tak balik rumah. Jadinya aku ambik cuti 3 hari, lepas habis exam ja sambung dengan cuti new year. Lebih kurang 6 hari. Seronoknya duduk rumah. Malam-malam tak terkejut sebab orang merempit kat highway..tido lena ja. Tak payah pikir waktu bila nak keluar beli makan, jalan pi dapur ja terus kalau lapar. Rasanya selamanya aku homesick ni. Sampai kahwin beranak empat pun aku tetap syahdu rasanya bila kenangkan rumah. 

Aku jarang stay satu tempat lama sebab nature kerja ayah aku yang buatkan kami pindah sana-sini. Bila ayah pencen dia decide nak stay Perlis sebab mak aku selesa kerja kat situ. Tapi, ini bila pindah Perlis nampak ura-ura macam ayah nak pindah lagi ni lepas mak aku pulak pencen. See, hidup penuh kemungkinan. Sebenarnya tinggal kat mana pun sama ja, orang yang ada dengan kita tu yang penting.


kucing garang
Home is not a place, it's the feeling ;)

M.

2 comments:

  1. bab pindah² ni satu je tak best., jauh dari kawan..
    masa mula² duduk tempat baru mesti rasa macam !@#$%^., kawan pon takde masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah betul. lepastu nak start kawan dgn org baru rasa berat mulut.

      Delete