Saturday, April 15, 2017

Pengalaman Assessment & Interview FGV (Management Trainee)

Assalamualaikum.

Cerita ini sungguh lama. March 2016. Setelah lebih setahun baru aku edit draft sebelum publish di sini hehe sorry. Nak kena cerita juga sebab kenangan, sebab pengalaman. Basi pun takpa kot. Mungkin berguna untuk mereka yang nak pergi interview dan nak cari maklumat pasal management trainee FGV ini sebab dulu aku pun jenuh meng-google masa nak pi interview. Taip ja keyword tu nanti muncul la cuma tak ramai yang blog about this. Malas nak cari balik but then blogger who blog about this, thank you so much, anda sangat membantu :)

Okay, setelah mendapat email dari pihak HR aku pun bagitau ayah. Masa ni memang hopeless dan jobless serta hanya menambah lemak sahaja di rumah. So, kami berdua pun decide untuk ke KL dengan menaiki train ETS sebab waktu tu ETS baru ja memulakan perkhidmatannya. Cerita naik ETS hari lain nah. Harini fokus pada assessment dan interview FGV.

Interview dibuat di Hotel The Zone, KL dekat dengan KLCC sebab aku jalan kaki ja pi situ since ayah aku tunggu kat Masjid KLCC masa nak balik. Aku sampai awal la, before 8am dah sampai kalau dengan ayah aku memang takkan lambat la. Sampai tu terus tanya receptionist kat mana hall untuk FGV punya assessment sebab bukan FGV sahaja yang buat kat situ, macam-macam event ada dari company berbeza. Dan masa aku pi ni hall dia bukan dalam area yang sama dengan receptionist tu, kena naik tangga tingkat atas, lepastu ada pool, macam open space yang nampak pencakar langit kat KL ni, tak sure nampak KLCC or tak. Tak ingat nama hall dia apa tapi spesies bunga la, standard hotel Malaysia. Make sure tanya receptionist sebab semuanya jadi mudah, tak sesat dan tak lambat. Then, sila register kedatangan sebab depa akan bagi nombor macam pi audition tu tapi taklah besaq gabak, just small paper, lekat la kat tudung/poket kemeja ka..takyah hipster sangat lekat  nama/nombor kat pinggang. Ingat nak pi tuju lagu ka?



Stage 1: Assessment:-

Part 1: English - Kalau dah biasa jawab soalan EST untuk SPM tu kira ok kot. Sebab banyak term science and technology. Kalau lambat tangkap rugi masa, tu ja. Tiap tahun aku rasa soalan sama sebab buku soalan tu tak boleh diconteng. Kalau anda pernah ambik EST dan ada buku latihan zaman SPM dulu elok juga revise, i did that. Taklah aku nganga tengok term science..ok, i use to hate science sebab to aku kena familiarize baca sana-sini supaya otak aku 'cerah'. Taktau korang paham tak apa aku cuba sampaikan ni.

Part 2: Matematik- Sebenarnya basic matematik ja cuma angka yang diguna dalam pengiraan adalah puluh ribu atau ratus ribu. Maka lambat la nak menekan punat kalkulator. Jawab soalan matematik PTD susah lagi hahaha. Case dalam soalan pun related dengan FGV la, contoh: jika pengeluaran palm oil ialah sebanyak 56% berapakah..... Paham tak? Dia akan guna situasi berkait dengan operasi FGV. Takkan dia nak bagi soalan berbunyi, jika 54% doktor gigi dalam malaysia mempunyai gigi buruk dari total 567,876..berapa orang yang giginya cantik? Takdak kaitan doktor gigi dengan operasi FGV k. Wei ni contoh, jangan marah.

Jangan risau semuanya soalan objektif, ya ABC!! Soalan semua dalam bahasa Inggeris. Ingat interviewer dengan HR depa ada banyak masa ka nak tanda jawapan soalan subjektif? Stage 1 & 2 nak settle within 1 day haruslah cepat, mudah dan seringkas yang mungkin.

Break!
Lepastu minum pagi lebih kurang 1 jam kot, tak ingat lah dah setahun wei. Sementara depa nak tanda dan select next stage punya candidate depa bagi kita makan. Makanan so-so ja, nasi lemak dia belum cukup power..ni lidah aku nah orang lain aku taktau. Yang sedap teh tarik. Ada mi goreng dan kuih-muih juga. Ok lah bagi sesi minum pagi.


Stage 2: Group Discussion, Presentation & Group Interview:-

Lepas settle depa select candidate based on assessment, depa akan panggil suruh berkumpul dan seterusnya umumkan nama/nombor kita dalam group of 6. Group akan dibahagikan oleh pihak HR. Terimalah nasibmu seadanya. Tajuk akan diberi dan anda diberi kertas mahjung untuk dilukis apa-apa yang patut untuk presentation nanti. Baru nampak flow nak present apa depan panel interviewer. Gaya, mutu dan keunggulan.

Perbincangan dan presentation adalah berdasarkan case study. Satu group tu kira macam satu company consultant yang akan consult company yang ada masalah. Juga ada Q&A sudah tentulah tuan-tuan dan puan-puan. Bukankah kita semua maklum bahawa Q&A ialah sesi paling disukai seantero alam *rolling eyes*. Aku syak aku fail tang presentation ni lah..memang lemah sebab berbulan aku tak berdunia dengan orang luar apatah lagi cakap Inggeris, memang tak smooth la.

Sejurus selepas pembentangan tamat which is tak lama pun rasanya macam setengah jam ja (presentation + Q&A), sesi diteruskan dengan temuduga oleh panel yang sama kita present tadi. Yang masa tahun aku pi lah. Kalau lepasni depa buat style lain, itu luar kawalan aku la. Bergilir-gilir la panel tanya one by one sebab ada enam orang kan. Jujurnya aku memang malu haha sebab interview kan macam nak cakap, pick me because i'm the best gittew. Apak malu. Sebenarnya lama gila group kami kena interview nak dekat dua jam. The other group with different panels dah silih ganti dua ke tiga group entah.

Lepas habis interview the other groups tanya, kami kena bash or ada buat salah ka sebab kena tahan lama dengan interviewer. Padahal dak, each and everyone dalam group aku tu banyak gila cerita hidup depa. Panel dengan candidate macam duk sembang kedai kopi, tu sebab lama..haha. Group tu tanya bukan apa sebab ada group sebelah kena marah sebab apa entah, masa kami dah habis di-interview tu ternampak satu group ni kena marah, ada juga candidate hujan air mata kat situ. Persoalan dia kenapa orang kena marah masa interview eh? Curious jugak aku.

Kalau tak salah memori aku ni, lunch juga disediakan..rezeki ye dak. Lunch ok la tapi dah sejuk pun masa kami makan..nampak dak lama mana dalam tu. Bagus pengalaman pi interview ni. Aku berharap juga mulanya tapi bila tengok orang lain, sedar diri la haha. Ada yang pengalaman dia memang dah banyak, berbanding dengan aku memang jauh la beza. Dua orang daripada group kami dipanggil balik untuk interview special, lepas kami habis lunch sama-sama ada staff panggil depa. Aku rasa sebab background keja depa memang relatable dengan FGV, good for them. Masa dengar working experience depa time interview pun aku macam hmm depa ni bagus ni.


Tips!
1. Praktis cakap Inggeris lebih sikit, lagi-lagi kalau dah enam bulan duk rumah tak berdunia dengan orang.

2. Pakaian kemas please, nak mintak keja management takkan la pakai baju macam nak mintak keja model kan?

3. Resume kemas dah relevant. Kalau hang letak some information yang buatkan orang trigger nak tanya soalan sila bersedia dengan jawapan munasabah dan tak defensive melampau k.

4. Pastikan background FGV tu hang tau dengan padat dan tepat. Contohnya upstream dan downstream apa yang depa ada. Yang ni kira macam must-know question la. Pi hafal yang tu. Dan top management macam pengerusi Felda tu kena tau juga la, pengetahuan am.


Akhir kata, berlapang dada kalau tak dapat sebab rezeki Allah tu luas. Aku ok ja fail benda ni..halfway sahaja journey aku kat situ tapi mata dan minda aku terbuka lebih luas la. Semoga berjaya jika anda bakal pergi assessment dan interview ini dan jika gagal jangan la putus asa. Come on la, hidup perlu diteruskan ;)

M.

2 comments:

  1. salam,maaf tanya,,ne temuduga untuk bidang apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm. Ini untuk position management trainee.

      Delete