Mulanya aku ingat aku takdak impian dalam hidup. Tetapi selepas melalui 25tahun hidup aku rasa bukan aku takdak impian cuma aku takut nak mengejar impian aku. Sebab aku sentiasa rasa terikat. Terukkah rasa terikat tu? Tak, rasa terikat ni yang buat aku fikir jauh sebelum mulakan apa sahaja yang aku nak. Tak hentam kromo. Taktau hentam kromo tu apa? Cehh.
Terikat dengan apa? Banyak benda. Nak cuba pergi jauh dari segi lokasi tapi terikat dengan keluarga. Aku sejenis kalau boleh setiap minggu nak balik jumpa keluarga..haha. Sebab aku rasa masalah aku hilang bila aku dengan mereka. Aku sentiasa harap aku takkan settle down di KL, nak berada dalam ruang yang aku selesa..dan aku tau, bukan disini. Aku tak suka kalau jauh dari rumah terlalu lama. Rasa macam lemau semacam ja. Haritu lepas exam aku balik rumah few days memang rasa lega, macam bateri baru lepas recharge.
Juga ada impian nak cuba travel solo. Tak pernah dan mungkin tak akan pernah. Walaupun aku pasti aku boleh survive sendiri. Contoh, aku drive ke mana sahaja, pergi bercuti sendirian. Kalau datang gila dia memang boleh jadi..haha. Tapi..aku tau itu salah. Dan bapak aku macam tau jiwa gila anak dia yang emosi tak menentu, balik cuti haritu dia pesan jangan travel sorang diri walaupun dalam negara. Truth to be told, aku plan nak lari sekejap ke Terengganu maybe sebelum mula research. Tapi dah bapakku sudah menghidu pergolakan jiwa ini dan mengeluarkan arahan huhu macam mana bapak i tau ni? Padahal aku cakap dalam hati ja..hehe. Pesan bapakku disertai dengan peringatan 'nak jalan-jalan takmau bawak famliy takpa tapi kahwin dulu' Erk..this is new!
Dan ada satu impian ni memang dah lama aku simpan. Quarter way there..payah gila nak nampak progress sebab walaupun aku kategori malas tapi aku ada standard sendiri. Kalau tak capai standard tertentu aku, confirm aku campak segala benda tu dalam tong sampah. Aku memang dengan diri sendiri sedikit psiko dan demand perfection. Aku kena tegas dengan diri sendiri sebab aku tau apa aku nak. Cuma dari segi luaran; apperance + look memang aku takdak standard la. Bila entah nak ada standard bagi diri sendiri macam lawa sikit. Macam ja. Tak jadi lawa pun..haha.
Bye. Assalamualaikum.
M.
No comments:
Post a Comment