Saturday, July 22, 2017

Raya Sa-orang Mira Edisi 2017 Part 2

Sambungan daripada  Raya Sa-orang Mira Edisi 2017

-The Preparation-


Hari sabtu, satu hari sebelum raya..

Macam biasa, bangun prepare sahur dan makan dan tak boleh lelapkan mata sampai ke siang. Pagi tu sambil tunggu ayah balik dari battle dia (beli santan) aku pun melepak sambil google resepi-again..haha. Di musim raya memang santan laris gila weh..biasalah bukan masakan melayu la tak bersantan berkolesterol kan. Ayah beli 5 ekor ayam, 2 for me untuk ayam percik, 1 for him untuk nasi beriani ayam, 1 for mak untuk rendang dan lagi satu i don't know man..haha. I don't know sebab aku spend almost tiga jam basuh ayam 5 ekor tu lepastu aku agak-agak ja portion untuk each and everyone. Kiranya 3 ekor tu mak, ayah aku bahagi sesama depa lah untuk masak. Aku cuci ayam memang lama sebab distraction banyak bila duk depan sinki lepastu datang mood perfectionist memang ayam tu aku perhati satu-satu.. -___-

Sebelum ayam ni, aku siapkan marinate untuk daging bakar thai. Yeap, resepi google jugak. Terima kasih google di atas kewujudan yang sungguh membantu itu. Marinate letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Aku rasa berjaya perap more than 24 hours sebab aku ingat aku settle perap daging dalam 9 am sabtu, esoknya ahad around 12 pm macam tu baru bakar. Memang kaw weh! Takdan ambik gambar sebab weh barbecue tengah panas lepastu makan, anda rasa saya ada masa untuk tangkap gambar makanan? Nope, mood pun dah lari pi Hatyai dah k. InsyaAllah nanti aku up resepi sebab serious sedap, adik aku, Dondi macam tak percaya aku buat lepastu cakap "beli kedai mana ni?". I was like dude, raya ni mana ada melayu buka kedai? Duh. Tapi sila faham, maksudnya sedap level kedai k. Keyword, perap more than 24 hours people..ahh-mazing! Menyesal tak makan banyak sebab aku tido time orang makan LOL.


Next, aku buat perapan ayam percik. Yang ni lama sebab cari itu ini kupas itu ini lepastu distraction banyak. Around 12pm baru siap perapan, so selesai la tugas aku haritu untuk raya dish. Tetapi guys keja aku banyak lagi..kuih raya ada lagi satu batch, nak cuci toilet, nak hang langsir. Dan aku extra slow buat keja sebab jari aku yang tersepit pintu kereta sehari sebelum tu.


Ada gambar first round bakar ayam ja sebab waktu tu tak panas lagi lepastu kosser lah weh nak makan lepastu lena haha. Ni pun kakak aku yang snap, aku tengah membara kat dapur yang berkuap. Weh masak sambil pakai tudung k rasa macam heroin drama melayu duk rumah sendiri pun pakai tudung haha. Tak, sebab ada guest mai beraya. Kena stay pakai as it should be kalau dak, aku dah salin pakai t-shirt koyak fav aku yang ayah ugut nak buang bila aku takdak kat rumah.

Tahun ni pertama beraya kat rumah sendiri, lagi kecoh lagi penat. Kalau beraya kat kampung dan aku penat, aku pi lena sejam dua haha. Tapi kan kat rumah ni pun boleh jugak pi lena sejam dua cuma bila bangun hang stress teringat banyak keja tak siap and nobody can cover you sebab semua pun banyak keja. Overall aku puas hati sebab kebanyakan benda aku aim nak buat semua menjadi la. Alhamdulillah ;)

p/s: Aina tahun ni memang cari penyakit, dia buat beberapa benda yang aku takleh tolerate. Dari malam raya sampai ke pagi raya aku jadi Rayazilla guys! -__-"
Next post k.


28 Syawal 1438H
M.

1 comment: