Aku rasa aku pi makan kat Rakshee ini adalah kisah tahun lepas, oh maaannn tapi tak mengapa aku masih nak abadikan dalam belog ni. Mana nak tau tua sikit nanti macam ehh aku enjoy jugak masa muda aku eh, gitu. Motif? Haha. Aku banyak entri delayed sikit, delayed gilaaaa dan delayed level buang dalam tong sampah. Inilah masalah bila hang ada tabiat suka tangguh-tangguh, bad habit! Jangan ikut perangai ini. Ok menurut ig aku, kami pi makan ni 4 Disember 2016. Berguna juga ada ig rupanya.
Berbalik kepada sesi makan-makan bersama Dr. Piqah, rasa macam tak pernah cerita lagi pasal Piqah kat sini. Piqah ialah doktor, bukan doktor manusia, bukan doktor setan dan bukan juga doktor cucuk sendiri. Piqah adalah seorang doktor natanggg! Kalau baca salah nada macam maki pula ye..hehe. Ok lah serius, Piqah adalah seorang doktor veterinar/doktor haiwan. Piqah ni sebenarnya roommate aku di zaman form 2 masa mula-mula pindah ke Pendang. Maybe aku patut tulis nanti pasal zaman sekolah kami yang lalu hahaha (macam dak ja, ok, tak janji). Maybe.
Memandangkan aku sambung belajar di KL dan Piqah pun baru tak baru sangat la berhijrah ke KL untuk meneruskan karier dia, maka kami selalu la berjimba bersama-sama. Kadang sebulan sekali, kadang dua bulan sekali ikut kadar kesibukan masing-masing. Biasanya hang out dua orang senang sebab takyah nak payah tanya sana-sini dan end up hareeee semua acah busy, tak jadi. Anda pasti memahami jika anda mempunyai kawan di dunia ini.
Rakhshee ni Piqah la yang suggest, kebiasaan pun dia la suggest aku ikut ja. Mana aku nak pi tau KL ni ada apa, aku tau ada KLCC ja ahaha. Ok, lame. A day before pi makan Piqah bagitau dan aku memang google la nak tengok apadia la bendanya Rakshee ni. Nampak seperti Boat Noodle, fyi aku Boat Noodle tak pernah makan, tau signature orang susun mangkuk tu ja. Jadi keesokan pagi Piqah sampai la depan kolej aku dan terus pi area Damansara. Alamat satgi aku letak kat bawah k.
Nampak kan mangkuk kecik tu, ianya ialah bakso dengan harga RM 1.90 semangkuk. Sedap! Kuah kaw. Aku kan tak pernah makan bakso sebelum ni so aku tak reti nak bandingkan dengan kedai lain tapi yang aku tau kuah dia memang sedap. Kuah dia bukan kuah sup macam kosong air semata-mata, memang dapat rasa banyak effort nak buat kuah tu. Nak explain lebih pun dah lupa..lol. Tapi sedap! See penat la nak ulang sedap banyak kali.
Dan kami order juga Baked Pasta Marinara erk alamak lupa harga. Rasanya less than RM 10 bagi sepinggan. Ok dah pi google, harga pasta kat sini RM 9.90 sahaja dan meatball banyak wei. Aku rasa specialty Rakshee ialah meatball. Bagus, usahawan berfokus..senang nak attract orang, kalau ada buat meatball frozen untuk dijual pun bagus jugak kan. Air depa limited choice, ada teh botol ja, feeling oldskool sangat. Dalam 2-3 jenis teh botol ada tapi aku ok ja..semua boleh minum. Total makan untuk 2 orang adalah kurang dari RM 50.. Kenyang sampai petang.
Cerita pasal Rakshee ni pintu depa cat warna hitam aku dengan Piqah macam "eh tu pintu ka tingkap boleh ka kita masuk ikut side ni?" Kami rasa insecure sebab tak nampak handle pintu haha boleh dak macam tu. Rupanya ada ja handle pintu tu tapi camouflage di sebalik cat..ceh. Aku dengan Piqah memang selalu janji time lunch, masa sampai tu expect Rakshee dah meriah sebab tengahari weekend dalam pukul 11-12 lebih camtu sekali krikk krikk kami first haha. Itu kami confused dengan pintu tu. Tapi tak mengapa sebagai first customer dan lembab buat keputusan macam aku ni, kira tak stress la kot kena maki dengan customer lain sebab order lembab.
Makan kat sini self-service eh orang panggil benda tu aaa lupa. Kita order kat kaunter, bayar, depa bagi alarm (?) yang akan bunyi bila order siap, collect order kat satu bahagian macam open kitchen. Alarm kami tak bunyi ataupun kami tak perasan sebab duk rancak sembang. Staf depa habaq la "Mai ambik makanan ampa ni, tak lapaq ka? Sembang kencang pun bukan ampa boleh kenyang!" Hehe ok tipu, mana ada staf mana-mana kedai nak cakap camtu. Dia bagitau la sopan ja kat kami, katanya maybe alarm tu bateri weak so tak menyala seperti normal. Padahal aku rasa maybe benda tu menyala tapi kami sibuk sembang sampai bateri dia habis haha. Maap! -.-"
Rakshee
No 13G Jalan PJU 5/20A, The Strand, Kota Damansara
012-2474 673
Open hours :
Tuesday to Sunday - 12pm to 10pm
Friday - 3pm to 10pm
Check out ig mereka ok, kalau sesat tu ada contact no., call ja terus.
Nampak macam depa ada bukak branch baru, bagus bagus!
Hashtag Rakshee ialah #areyouraksheeenough ?
Jawapan aku adalah: raksheeaaa
(read:rahsia) LOL
Penat pulak buat lawak hambar -.-
Okbye.
M.
No comments:
Post a Comment