Tuesday, July 18, 2017

Raya Sa-orang Mira Edisi 2017

Assalamualaikum

Kali terakhir aku cerita pasal raya adalah di tahun 2015, tahun lepas aku skip. Sebab tahun lepas dua minggu terakhir puasa aku sibuk setelkan kerja khusus sejarah PT3 untuk student aku yang hampir 100 orang jugak la. Dengan kepelbagaian latar belakang student, kelas first, kelas tengah dan kelas terakhir..percayalah aku memang tak sabar nak habiskan contract kerja aku. Kelas terakhir hampir satu kelas tak boleh membaca dan menulis dengan baik. Aku syak mengira matematik asas pun depa tak lepas. Inilah sebab mengapa 3M (Membaca, Menulis & Mengira) penting, dulu elok ada 3M depa rombak jadi apa taktau la. Aku takmau bebel pasal ni, mungkin di lain post. Disebabkan aku memang tak peduli raya aku macam mana tahun lepas, aku pun tak update ler blog ni..sebab aku hanya nak menikmati hidup aku lepas selesai dibelenggu masalah exam murid-murid. Wei penat gila jadi cikgu.

Tahun ini, Edisi 2017 untuk Raya Sa-orang Mira kembali lagi..haha macam ada orang kisah. Ok, tahun ni tahun pertama kami beraya di rumah sendiri di Perlis. Raya kedua baru balik ke Perak. Di atas sebab yang sangat jelas iaitu Tok kami dah kembali ke Rahmatullah pada awal Februari tahun ini. Aku dapat tiket ets untuk tarikh 22hb june (Khamis) iaitu bersamaan birthday ayah aku..yay! Dan balik semula pada 3hb julai (isnin) yasss ambik cuti seminggu lebih la, bukan selalu ye dak..hehe. Mujur bos iols sporting tapi dua minggu sebelum raya tu aku keja macam nak gila la. Sejujurnya sepanjang Ramadan tahun ni schedule aku pack dengan exam, keja dan lain-lain hal. Tahun ni dapat 3 hari berbuka kat rumah..huhu. Tapi Alhamdulillah la daripada takdak kan ;)


Hari jumaat, dua hari sebelum raya...


Kami keluar beli barang untuk buat kuih raya dan teman Aina beli tudung raya dia. Masa teman Aina tu aku tersepit pintu kereta, rasa dia loya jugak la sebab berlekuk dan berdarah di ibu jari kanan aku. Masa tu terfikir macam mana nak buat kuih raya ni, mampos la darah menitik dalam makanan pastu semua orang jadi raja bersiong haha. Mujur la ada disposable sarung tangan yang transparent tu..selalu aku guna kalau kena potong cili kering yang panas tu, untuk elak tangan rasa pijar.

Malam lepas tarawih terus buat satu batch kuih raya a.k.a biskut kacang. Ini mak punya kegemaran, so kena buat. Dah tu mak request nak banyak sebab nak bagi kat orang. See, my mom everybody! Dia confident ja macamkan biskut aku buat sedap sangat..haha. Am dengan Aina macam biasa ada kolaborasi buat cornflakes madu..weeee suka gila sedap crunchy. Aku buat biskut kacang tu sorang-sorang tau..depa tolong susun kacang dengan calit kuning telur ja. Overall ok la taklah aku rasa kesepian sebab takdak orang tolong.

Sepanjang dua minggu terakhir ramadan aku memang bangun awal 4.50-5.00pagi camtu sebab bujang dan kena harap dengan diri sendiri kan untuk bangun sahur. Lepastu pukul 7.20pagi camtu biasa aku pi clock in sebelum balik sambung keja kat bilik itupun kalau tak kena buat tugas luar. Disebabkan itu aku memang lepas sahur, subuh memang takleh lena dah..maybe 10-11pagi baru rasa mengantuk tu mai balik. Sama jugak kat rumah..pagi-pagi tu celik mata tapi bosan sebab tv takdak cerita best kan. Lalu aku terdengar mak ayah aku sembang...

Ayah: Kita nak masak apa eh?
Mak: Taktau la..ketupat dengan rendang la
Aku: Mira nak buat ayam percik (confident guys, aku confident k walaupun baru lepas google resepi)
Ayah: Ok jugak tu. Buat seekor ayam la.
Aku: Orait.
Ayah: Eh mungkin dua ekor, takut tak cukup
Aku: Ha?? (Terpinga-pinga sebab hairan pasaipa nak bebuka makan ayam banyak-banyak ni)
Ayah: Esok raya kita bukan tau berapa orang nak mai
Aku: ... *speechless*... 

Aku offer diri untuk masak for berbuka guys, mak ayah aku paham aku offer nak masak untuk raya T_T

Nantikan sambungan drama ini..
Bahagian kedua: Raya Sa-orang Mira Edisi 2017 Part 2


24 Syawal 1438H
M.

No comments:

Post a Comment