Tuesday, August 19, 2025

Here I am

Lamaaaaaa ya tak menulis. I need this. So, aku nak mula tulis balik supaya otak aku clear. Menulis di media sosial tak sama macam di blog. Banyak sangat cerita nak share, dari travelog sampai ke resepi best dan sampai ke cerita-cerita raya. Bila aku rasa bosan aku baca blog sendiri lagi-lagi kisah raya, kisah zaman belajar, things i survived..gitu la walaupun bukan semua benda aku share. I know I need to write this journey. So, marilah kita cubaaaaa ya kita cuba..haha.


Till then.

Assalamualaikum. 

Monday, July 1, 2024

More than half a year.

Assalamualaikum.

Dah lebih setengah tahun tapi aku belum menulis apa-apa ya kat sini. Worst year so far for blogging? Lol. Bukan takdak benda nak tulis. Banyak. Sangat banyak nak ditulis tapi tu lah dia macam kalau dah malas memang tak bergerak ke mana-manalah kita. Draft memang bertimbun. Ada yang dah tulis separuh, ada yang suku, ada yang dah ada gambar. Draft berbagai ragam. Ya, dia begitu hangat-hangat taik ayam. Taktau kenapa malas betul nak habiskan menulis satu-satu entri ni. Kita ni nak cuba menulis dengan lebih rajin tapi kalau terfikir ja mesti jadi opposite apakah ini dinamakan sumpahan kemalasan? We will never know. Hahaha. Marilah kita mencuba dan berharap kita rajin ah gitu.


Till then. Bye!

M.



Friday, September 22, 2023

Batam 00: Itinerari Ringkas ke Batam, Indonesia

Assalamualaikum. 

Jun 2023 kami ke Indonesia. Kali ni aku hanya akan tulis highlight tempat-tempat yang kami pergi. Cerita panjang akan ditulis dalam post seterusnya. Banyak lagi tempat menarik tapi tak sempat nak explore sebab kami nak relaks ja dalam trip kali ni. Ada banyak pilihan pulau yang best sekitar Batam ni; Bintan, Kepri. Pantai pun kami takdan singgah. Kalau pergi berdua dengan pasangan, single atau trip kawan-kawan sesuai juga singgah tengok live band tepi pantai/malam-malam. Kami ada bawak MIL so macam tak sesuai lepak senja/malam just untuk live band. That's so anak muda vibes. Gitu tetiba explain padahal sendiri pun jenis pukul 10 nak lena dah.

Monday, September 11, 2023

Pra-Batam 00: Road Trip dari Kedah ke Johor

Assalamualaikum. 

Jun 2023

Kami dari SP ke Johor dengan tujuan nak ambil SIL aku yang dah habis belajar di sana. Sambil-sambil tu kita pun nak berjalan lah jugak kan. Initially nak ke Singapura tapi bila ringgit jatuh ni rasa berat sikitlah nak ke sana. Dan aku sejujurnya bukanlah orang yang suka ke negara yang jenis sangat moden ni. Aku lagi suka yang mix of modern and traditional and plus point untuk yang ada nature best-best. Plus, poket aku belum cukup tebal. Paham ja lah kalau negara moden ni selangkah kaki berjalan tu duit keluar seperti air mengalir dari paip aa begitu hiperbola ya perumpamaan aku. Aku buat anggaran bajet, day trip di Singapura sama dengan bercuti 3 hari 2 malam di Indonesia. Oh, no! (sesak nafas in RM). Day trip ja tu belum bermalam lagi. It's okay someday kalau ada rezeki lebih kita boleh pegi. Negara moden ni satu benda aku suka ialah kemudahan public transport depa, dan aku suka train, so someday ok Singapore. Not so soon. Insyaallah ;)


14 Jun 2023- Rabu

Road Trip dari Kedah ke Johor Bharu

Kami bertolak seawal 3.00 pagi. Ya, mulanya nak bertolak malam dalam 11, 12 tengah malam tapi aku cadangkan elok tukar ke awal pagi ni sebab lagi bagus kalau sempat tidoq malam. Alasannya kerana Zaid keja siang tu. Kalau dapat tidoq few hours pun dah ok. Kesian dia, kalau tak, hanya dapat tidoq sat ja pastu nak kena drive straight ke Johor. So, eloklah tidoq dulu pastu start 2.30 camtu aku bangun mandi siap-siap dulu dengan MIL. Kami dah settle baru kejutkan Zaid untuk siap. Barang semua dah siap. MIL aku rajin, dia masakkan bihun goreng dan goreng karipap. Sheols tak tidoq malam tu ya, tidoq dalam kereta lepas kami bertolak. Rasanya takdan sampai Tol SP Selatan lena dah mak haha.

Thursday, August 3, 2023

Kali Pertama ke Indonesia

 Assalamualaikum.

Aku nak mulakan balik menulis di sini. Rasanya bagus blog sebagai tempat brain dump sambil mengasah otak supaya tak malas berfikir. Fikir punya fikir aku rasa ada eloknya aku tulis travelog aku. Tahun ni saja dah dua kali travel oversea walaupun kalau diikutkan Betong tu tak macam oversea sebab dekat bebenor lah sempadannya pun. Dan tahun ni juga kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Indonesia. Dah jejak kaki ke Kepulauan Riau iaitu di Batam. Kepulauan Riau dan segala pulau di Indonesia ni besar tau, sempat explore Batam saja tu pun tak habis lagi ha. 

List nak menulis tu banyak tapi kemalasan nak update tu menjadi batu penghalang. Tapi bila fikir balik setiap kali nak travel aku jenuh jugak cari blog-blog yang rajin share info pasal sesuatu tempat. Semakin lama semakin ramai dah tak update blog. Of course lah aku boleh ja cari info di social media lain macam instagram/twitter/facebook/tiktok tapi tak sama macam baca di blog. We need more info!! Gitu aku demand. Memandangkan ada quote mengatakan bahawa kalau nak ubah dunia kena ubah diri sendiri dulu maka aku kenalah mula menulis kembali di sini. Semoga ada manfaatnya lah kan. Aku selalu share di instastory tapi yalah private account kenalan aku saja yang boleh baca. Di twitter dan tiktok tu sesekali aku share jugak. Untuk memudahkan dan boleh karang cerita panjang, senang nak share aku tulis kat blog sini lah ya.

Semoga aku istiqamah dan semoga catatan travelog atau resepi atau apa-apa saja yang aku share akan bawa manfaat pada yang membacanya. 


M.

Saturday, April 1, 2023

10 Ramadan 1444, April 2023

 Assalamualaikum.

Tahu-tahu dah 10 Ramadan kan. Kiranya dah habis 1/3 dah bulan Ramadan ni, cepat sungguh rasa masa berlalu. Nanti tengok-tengok eh dah raya. Masa memang macam tu kan, rasa semakin singkat. Malas nak intro standard yang asyik cerita betapa malas nak menaip untuk blog, kita intro pasal bulan posa terus ja lah noh hehe. Of course it has been awhile kan..kadang-kadang tu menaip, halfway stop lepastu pi buat benda lain. Kadang tu lagi teruk dah siap menaip entri tapi malas nak search dan insert gambar jadinya tak publish juga. LOL. Begitulah alasan, kalau nak diberi segunung alasan pun boleh dicari ye dak. No one to blame but myself ya hehe.

Our first Ramadan without Ayah. I, for one may not feel it too much since I moved from our home in Perlis to Zaid's tapi aku rasa it is surely much harder on my family yang stay di rumah tu. Kebiasaannya kalau dengan Ayah dia paling awal bangun untuk sahur. Yang kejutkan Emak memang Ayah, kalau Mak tak sihat Ayah ambik alih tugas panaskan lauk dan goreng makanan yang simple untuk sahur macam telur dadar atau lobak masin goreng ka, such things la. Dah siap nanti Ayah kejutkan semua, tak perlu bergerak pun dari kerusi kat dapur tu, suara Ayah yang memang biasa bagi command kawad tu setakat nak gerak sahur satu dua baris rumah teres kat sini rasanya tak jadi masalah haha. Untuk berbuka biasanya Ayah keluar beli kuih kat bazaar, biasanya pi sorang kalau si Aina malas nak ikut. Beli kuih is a must sebab Ayah berbuka makan kuih dulu, solat maghrib barulah makan nasi. Lauk berbuka sama ada Ayah atau Mak la yang masak, kadang-kadang kalau ada menu yang kami anak-anak nak masak ni depa bagi ja lah kami masak. Rotate tugas gitu. Kalau tak kita jadi sous chef, paling kerap jadi prep cook ja lah hehe.

I remember last year I requested on phone before balik berpuasa yang aku nak ayam masak kicap Ayah. Sempat la makan. It is one of a kind, resepi Ayah reka sendiri. Aku pun tak pandai sangat nak recreate menu tu. Lepastu sempat berpuasa sama-sama la on weekend terakhir Ramadan dan kemudian raya terkejut yang semua orang kalut tu. Malam raya terakhir we're all in the same house. Lepastu malam raya tu aku dan Zaid balik SP. Our family lepas solat raya dia Perlis balik ke kampung di Perak. Third day of Raya kita jumpa di rumah Pak Njang @ adik Ayah di Taiping. That's the last time I saw Ayah alive, 4 Mei 2022. Ayah meninggal 1 Jun, on his birthday month. Begitulah singkatnya hidup. Cherish every moment because you wouldn't know if that is the last time you spend time together ;)

No more good homecooked food from Ayah. Surely gonna miss it throughout my lifetime.

Sambal Goreng Jawa

There, sambal goreng jawa picture for no reason. I may share the recipe later. Tak janji..hehe.

Till then. Bye. 

 أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, 

dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya


Love,

M.

Wednesday, January 4, 2023

Selamat Datang 2023!

Assalamualaikum

padkrapow ayam :)

Ada fasa dalam hidup rasa masa lambat sangat berlalu, ada masa rasa terlalu cepat. This year, Januari rasa sangat cepat berbanding tahun sebelumnya. I am still finding myself. Doesn't look good but also not that bad. Tahun ni nak enhance skills baru. Masih belum narrow down mana satu nak mula. Nak kena banyakkan membaca juga. Harapnya tidak demotivated dan sentiasa bagi ruang untuk diri sendiri berkembang maju, ehee bukan dari segi saiz harapnya. 

Tahun ni juga nak menabung extra untuk travelling dengan my forever partner walaupun aku pening kepala nak plan itu ini tapi pengalaman dan memori tu yang penting. We have few destinations in mind. Harapnya kita semua dikurniakan masa dan kesihatan untuk buat semua tu. I have tonnes of drafts to update here tapi yeah tersadai di ruangan draft sebab malas nak menaip, taip cerita halfway, malas nak cari balik gambar etc. I shall forced myself to build a good habit. Maybe this is one of it. Yang ni nanti kita tengok la tercapai ke tak. 

I will write my summary of 2022 in my next post. Insyaallah.
 

M.

Monday, November 14, 2022

Hello November! After many months...

 

Assalamualaikum


Setelah 11 bulan baru harini ya rajin nak update. Life goes on, I may not write here but I do write somewhere else. Banyak benda dah berlaku dan berlalu. One of it, Ayah aku dah meninggal dunia Jun yang lalu. I may write about it later or maybe not. I learnt a lot along the way. Life be kinda different ever since, of course.

Al-Fatihah untuk Ayah.


أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, 

dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya.


M.



Saturday, January 1, 2022

Hello New Year 2022!

 Assalamualaikum.

Dah berlalu 2021 dengan penuh suka duka. Half of this year kita habiskan dengan lockdown lagi kan. No social gathering, no raya again this year kan. Harapnya 2022 ni dapatlah beraya setelah dua tahun tak dapat beraya. Masuk Oktober bila dah ramai-ramai dapat dua dos vaksin barulah bebas sikit itupun mai pulak variant lain pula. Very tiring la this covid.

Upcoming post will be my yearly post yang ada my highlight every months in 2021. Seronok juga tulis yearly post gitu, bila tengok overview tu rasa macam banyak juga benda dah dilalui dan hadap sepanjang tahun. I have tons of delayed post I need to write, edit and post. I would love to share for future reference. Mainly for myself and if it's beneficial to other readers then Alhamdulillah. Semoga Amirah rajin dan gigih!

I'm hoping for a healthier lifestyle this 2022 and happier than before. Dan semoga lagi baik daripada tahun-tahun sebelum ini..Aaaminnn. Semoga yang membaca juga dikurniakan yang baik-baik saja untuk tahun mendatang ini okay. Oh, and I will also investing my time and mind onto something new (for me). I hope it works well. ;)



M.

Tuesday, November 23, 2021

Pengalaman Kali Pertama Siang Ikan Sembilang


Seperti tajuk di atas, ya, aku pertama kali dalam tiga puluh tahun hidup ni telah bersiang ikan sembilang. Selama ni jadi free rider, makan ja tahu..yang bersiang selalunya ayah takpun makngah kalau balik kampung. Haritu balik kampung ada rezeki dapat ikan sembilang. Tak beli, ni pakcik aku yang tangkap..dia nelayan. So, pakat berbahagi la rezeki kan. Kampung aku memang terkenal dengan ikan sembilang. Bagi yang taktau walaupun rupa macam ikan keli tapi rasa ikan sembilang jauh lagi sedap ya. Paling best buat kari la walaupun aku tak minat sangat dengan kari tapi layan ja weh sedap punya pasal. Favorite part? Sudah tentunya ekor. Goreng garing ekor tu fuhh memang sedap la. Confirm berebut dengan laki aku. Pastu aku ungkit ohhh, time bersiang taknak tolong eh hahahaha.

Disebabkan aku geli aku request ikan kecik saja tapi ayah bagi 2 ekor kecik, 2 ekor sederhana. Rupa-rupanya strategi tu salah, yang kecik sedap dimakan tapi lagi susah nak bersiang. Okay, lesson learned. Ikan sembilang ni hidup tau masa dimasukkan dalam styrofoam ice box tapi once kita letak ais nanti dia mati la. Option lain untuk matikan ikan ni, letak garam biaq dia menggelupur kat situ biasanya mati la. Option lain dari tu aku taktau, depa turunkan ilmu takat tu ja. Aku takdak pengalaman lain ok. Aku search tutorial siang ikan sembilang ni kat youtube, tengok 2 ke 3 kali ka lebih entah untuk fahamkan konsep sebelum praktikal. Thanks la abang yang share tutorial tu. Semoga bahagia, dipermudahkan urusan dan murah rezeki di dunia dan akhirat, 
Ikan yang bakal disiang

Wednesday, November 17, 2021

Sabah 2018 ~ Penginapan di Kota Kinabalu: Promenade Service Apartment

Assalamualaikum

-A long overdue post, this trip is in 2018 😉-

Ini penginapan yang paling last aku book sebab masih terfikir best option waktu tu. Bagi pengalaman aku sendiri memang berpuas hati la stay di Promenade Service Apartment ni. FYI, Promenade Service Apartment ni tak sama ya dengan Promenade Hotel. Lokasi berdekatan ja, hanya berbeza lorong dan Promenade Hotel masih baru dengan design moden. Ini berbeza dengan Promenade Service Apartment sebab sini style lama. Kalau based on google review kita boleh nampak la mixed review. 

Aku request bilik non-smoking dan alhamdulliah dapat. Untuk 4 pax memang super luas la apartment ni. Dia punya luas tu kiranya kami boleh solat berjemaah 4 sekaligus lah kalau nak. Water pressure pun okay cuma seperti kebanyakan review yang aku baca kita jadi kurang selesa sikit sebab apartment yang kita sewa ni bercampur dengan penduduk local di situ. Kiranya bukan semua pelancong macam kita.

Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu

Family Room
Ruang untuk bilik ni memang sangat la luas. Sangat sesuai untuk keluarga. Kami 4 orang dewasa pun still banyak ruang dan sangat la selesa stay kat sini. Takdak la kalau jalan tu dok berlaga bontot, kadang-kadang tu kalau sempit nak solat kena fikir ke orang lain dulu supaya kita tak halang laluan kan. Sini? No worries.

Tuesday, November 16, 2021

Pengalaman Hiking Bukit H (Bukit Hash), Sungai Petani

 

Assalamualaikum

Last public holiday aku ajak Zaid hiking tapi request nak trail yang light dan easy ja. Takmau yang jauh atau terlalu mencabar. Please sis--dah bertahun stop hiking tetiba takkan nak terus cari mana-mana gunung kot. Level bukit jadilah. Sebelum mula hiking sila nilai keupayaan diri sendiri juga ya. Ada orang turn to hiking ni sebab nak join the hype ja, ada juga yang terpaling hiking semua dia terpaling tau...whatever it is, it's good to experience new things. Aku last hiking circa 2016-2017 gitu kot, lama dah oi. Tak sure ada cerita kat sini ka dak.

Ada dua starting point yang kita boleh pilih sama ada dari Taman Semarak ataupun Taman Seri Jenaris. Kami pilih trail Bukit Semarak sebab orang kata lagi mencabar. Kami park kereta di kawasan Taman Semarak bawah bukit ni, takdak kena bayar parking pun. Cuma parking la elok-elok supaya tak halang laluan orang. Kalau nak minum pun ada gerai jual air dan snek. Kalau dari luar Sungai Petani, boleh pilih susur keluar melalui tol terdekat iaitu Plaza Tol Sungai Petani Selatan

📍Lokasi: Bukit H, Sungai Petani
🏃Jarak: 207.4 m
💰Yuran: Percuma

Friday, November 12, 2021

Cuba Kopi dari The 1997 Roadside Coffee Camper (the1997.rcc), Cakoi & Kedai Kek Sejati Indah, Sungai Petani

 

Assalamualaikum

Haritu kami bosan di hujung minggu lalu kami decide nak cari minum petang lepastu nak pi beli our weekly grocery. Aku nampak tweet pasal spot kopi ni lalu few days before tu. Originally, aku teringin nak kek lalu laki aku bawak pi Kedai Kek Sejati Indah dan juga nak try cakoi sedap yang kakak ipar aku bagitau masa dia balik cuti dulu. Based on suggestion dia kami pun la beli cakoi dan dah alang-alang satu laluan kita proceed nak pi try kopi @the1997.rcc (Check out their Instagram for updates)

📍Lokasi: Depan tasik, Jalan Taman Keladi, Sg. Petani
⏰Waktu Operasi: 1 petang-7 petang (Tutup hari Rabu)

Iced Caramel Latte & '97 Coffee

Monday, October 25, 2021

30 and still figuring things out..

 

Assalamualaikum


Alhamdulillah...I'm happy and as healthy as I can be. Tetapi bila hidup kita tak sama macam orang lain pastilah orang akan tanya itu ini. Progress semua orang tak sama, chapters of our lives lagi lah tak sama kan. For some people it can be too overwhelming. Aku bersyukur sebab aku takdaklah rasa affected dengan pertanyaan orang cuma kadang-kadang tu rasa macam ehh aku ni late bloomer sangat ka? Don't worry dalam 15minit ja lah perasan tu berlegar pastu lupa dah sebab busy buat keja lain. Aku tengah cuba set up something new, buat benda yang bermanfaat dalam hidup aku, untuk earn money dan juga berbakti. Cehh berbakti lah sangat...tak, more to tolong close family and friends yang aku boleh bantu. Not glamorous, not gonna be the richest of them all, not gonna have the most secure retirement plan but I don't want to give up, I'll keep on doing my things. Bismillah to the new journey!😄


M.

Tuesday, June 29, 2021

Life so far...

 Assalamualaikum.

Dah lost count dah berapa hari ber-pkp kan. Rasanya sikit lagi masuk 500 hari dah. I'm that type of person that don't mind staying indoor for a long time but this is kinda too long. I do miss the outdoor too, I miss the adventures. Rindunya nak balik kampung, rindu nak kumpul dengan keluarga, rindu nak balik tengok kebun harumanis, rindu nak balik tengok Tamara and her two new kitten. Panjang list kalau nak tulis rindu itu ini. Aku percaya bukan aku sorang ja macam ni. 


Didn't have chance for a proper honeymoon. Tetapi aku bersyukur sebab kita sempat jalan-jalan ke beberapa tempat/negeri semasa bukan pkp walaupun bukanlah bercuti sangat pun, most of them hanyalah a quick/short trip. And then keluar arahan no rentas daerah, no rentas negeri ahhha rasa stuck ya. 

Please la cepat vaksinkan rakyat Malaysia sampai capai herd immunity. Maybe it may never be normal like before tapi asalkan boleh meneruskan hidup dengan lebih baik, boleh bekerja, boleh ke sekolah, boleh raya, boleh balik kampung, boleh travel seperti dulu dah syukur sangat la. Waiting for my appointment, registered ages ago. Sabaq ja lah..:']


M.

Thursday, April 8, 2021

Life in 2021

Assalamualaikum.

Diam tak diam rupanya lama aku diam ya lol. Alasan cliche busy. Alasan yang bunyi tak senonoh, simply sebab malas menaip. Last share pasal my betrothal pastu diam sebab kelam-kabut mana nak urus WFH dengan nak urus wedding. Ya, aku dah jadi isteri orang sekarang ya. Baru tersedar yang aku tak buat lagi recap yearly kan untuk 2020. Rugi pulak kalau tak buat. Untuk dikenang di masa depan gitu. Takpa sabaqsat aku nak menaip recap tu satgi. Will upload later. After all blog ni jadi catatan perjalanan hidup aku juga. I treasure this blog ya :)

Rindu nak rajin menaip kat sini tapi yalah easier said than done. Will try my very best untuk rajin ya. Walau diragui kerajinan itu akan konsisten sepanjang tahun hehe ;p

M.

Wednesday, November 18, 2020

And yes, I got engaged!

 Assalamualaikum.

So, I've break the news to my Instagram followers which is mostly my friends. Closest friends memang dah tahu. Closest relatives pun dah tahu lebih awal. And I decided to write it here. Sat taktau pasaipa dia jadi mode English essay writing hahaha tibahhh. Tak kisahlah..aku cuma rasa nak menulis di sini. For some reason, menulis di sini lebih mendamaikan sebab tahu takdak reader/viewer yang konsisten. No expectation, no nothing. Just me enjoy writing my stories for future reading, I like it here ;)

Bercerita pasal bertunang. Ianya sedikit berbeza daripada orang lain. Kalau diikutkan by right sudah lebih setahun iaitu Jun 2019 tapi kalau berdasarkan adat melayu hantar cincin tu Ogos 2020 haritu. Majlis yang sangat sederhana. Tetamu? Meriah gila hahaha. Hanya keluarga lelaki dan keluarga kami. Dia, Mak dia, kakak, abang ipar, 3 anak sedara dan adik dia. Itu saja tetamu kami. Kami pula berenam. Masa tu Raya Haji hari kedua. 

Tiada hantaran ka apa semua tu. Hanya sebentuk cincin tanda. Itu saja. Tapi tu pun depa bawak makanan bagi kami. Brownies, cheese tart dan Nutella pod. Apa lagi gelabah lah kami, takdak prepare apa sangat. Nasib baik aku ada kukus kek coklat yang alhamdulillah sedap hahaha. Maka, kami bagi itu dan juga beberapa barang aku beli sebagai souvenir masa pi Umrah awal Februari haritu. We choose to do this way sebab nak berbincang terus. Dari cadangan pemilihan tarikh, busana kahwin, flow majlis serta tak dilupakan contingency plan sekiranya ada another wave of covid cases. Dan ya, memang ada waves seterusnya ya. So sad.

Kali pertama pertemuan iaitu setahun yang lalu pun sama. Hanya kami ja berbincang. Senang bila family terdekat saja. Kita boleh bincang dengan teliti dan tak risau kena judge dengan tetamu lain. Well, orang memang suka judge kan, ni bila tak jemput senang sikit lah haha. Tahulah kan kalau buat majlis formal kena lantik wakil, kalau wakil punya info tak sync dengan tuan rumah hah tu pening tu. Less hassle. Super simple. No make up, bare face ja sis..baju pulak pakai jubah yang buat sebelum pi Umrah haritu. That's it. 

I'm so happy because everything went smoothly and super simple. Make our life easier...also, save our money lol. Paling seronok ialah bila kedua-dua keluarga get along very well. It's all I ever need. Doakan semua berjalan lancar insyaallah next month majlisnya.

Mira.

Friday, July 24, 2020

Misi Nak Publish Draft Entries Yang Terbiar Sepi

Assalamualaikum.

Nak menulis tapi takdak mood. Banyak ja cerita nak ditulis tapi nak mulakan tu aduh la malas, tak sure la writer's block ka apa tapi begitulah. Makanya aku pun tengok draft aku fuhhh ada 101 draft. Ada yang dah complete tulis tapi tak publish idk why, ada yang dah tulis separuh, ada yang dah upload dan susun gambar tapi tak bertulis, ada yang sempat aku tulis sikit-sikit. Maka, aku nak habiskan publish at least separuh draft aku yang dah bertahun terbiar tu. Yang tak berbaloi, kita buang. Yang berbaloi, kita publish dan yang mana rasa nak simpan sebagai kenangan peribadi tu biar ja dalam draft tu.


Let's get started 😎

M.

Wednesday, June 17, 2020

Raya Sa-orang Mira Edisi 2020 #CovEid

Assalamualaikum.

25 Syawal 1441 Hijrah
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
One of my cat, Naih
Dah hujung bulan Syawal baru nak tulis entri baru kan..sejenis procastinate at her best, sorry lol..😌
Tak kisah lah lambat aku tetap nak tulis jugak. Macam nak cuba jadikan siri Raya Sa-orang Mira ni satu yearly routine. Syok juga nanti dah tua baca balik yearly raya aku macam mana kan. Bila fikir balik sekarang pun dah rasa menyesal sebab tak buat post bersiri ni jadi yearly routine lebih awal. 

Saturday, May 2, 2020

7 Contoh Doa-Doa Harian

Assalamualaikum.

9 Ramadan 1441 Hijrah

Harini aku nak share satu tip yang aku dapat daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan doa.  Mungkin ampa pernah dengar, pernah baca atau pernah lihat kat mana-mana. Kalau ingat lagi masa sekolah menengah dulu ada satu bab dalam buku teks Pendidikan Islam yang bertajuk, Doa Senjata Mukmin. Aku tak ingat secara specific buku teks tingkatan berapa tapi point bab tu adalah betapa pentingnya doa dalam hidup seorang yang bergelar muslim. 

Sekarang ni bulan puasa, kita pun masih dalam fasa PKP keempat jadi kebanyakan daripada kita ni ada banyak masa kat rumah. Jadi ada baiknya kita guna kelebihan ni untuk berdoa. Tip yang aku nak kongsi ni ialah doa yang kita pohon seeloknya spesifik, ada details sikit. Macam extra effort la sebab setiap orang itu permintaan pasti tak sama. Takkan nak doa Ya Allah Ya Tuhanku, kira macam biasa la noh hari-hari pun aku doa sama ja. Ya, Tuhan tu Maha Mengetahui setiap sesuatu di dalam hati tapi hello ingat ni order beli barang kat kawan ka? Hang nak doa hang dimakbulkan, diberikan yang baik-baik maka berdoalah dengan baik-baik. 

Contoh doa-doa harian yang boleh diamalkan;