Saturday, May 2, 2020

7 Contoh Doa-Doa Harian

Assalamualaikum.

9 Ramadan 1441 Hijrah

Harini aku nak share satu tip yang aku dapat daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan doa.  Mungkin ampa pernah dengar, pernah baca atau pernah lihat kat mana-mana. Kalau ingat lagi masa sekolah menengah dulu ada satu bab dalam buku teks Pendidikan Islam yang bertajuk, Doa Senjata Mukmin. Aku tak ingat secara specific buku teks tingkatan berapa tapi point bab tu adalah betapa pentingnya doa dalam hidup seorang yang bergelar muslim. 

Sekarang ni bulan puasa, kita pun masih dalam fasa PKP keempat jadi kebanyakan daripada kita ni ada banyak masa kat rumah. Jadi ada baiknya kita guna kelebihan ni untuk berdoa. Tip yang aku nak kongsi ni ialah doa yang kita pohon seeloknya spesifik, ada details sikit. Macam extra effort la sebab setiap orang itu permintaan pasti tak sama. Takkan nak doa Ya Allah Ya Tuhanku, kira macam biasa la noh hari-hari pun aku doa sama ja. Ya, Tuhan tu Maha Mengetahui setiap sesuatu di dalam hati tapi hello ingat ni order beli barang kat kawan ka? Hang nak doa hang dimakbulkan, diberikan yang baik-baik maka berdoalah dengan baik-baik. 

Contoh doa-doa harian yang boleh diamalkan;

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunkan dosa-dosaku dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besarnya. Jauhkanlah aku dari sifat mazmumah, dekatkanlah aku dengan sifat mahmudah. (Boleh specify jugak, macam aku boleh letak direct; Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kesabaran, jauhkanlah aku dari sifat panas baran)

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku, datuk-datuk dan nenek-nenekku, adik-beradikku, saudara maraku, keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, jiran-jiranku dan seluruh umat Islam (the list goes on..boleh doa kat seluruh umat manusia takdak hal) Ya Allah Ya Tuhanku, pertemukanlah kami semua di syurgaMu kelak

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah urusan kami di hari akhirat kelak, permudahkanlah kami untuk meniti titian sirat, permudahkanlah kami ketika yaumul qiyamah nanti. Permudahkanlah... Ya Allah Ya Tuhanku, masukkanlah kami ke dalam syurgaMu (Ini banyak lagi list boleh masukkan ya)

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau kurniakanlah aku rezeki yang halal dan baik. Jika rezekiku masih jauh, dekatkanlah.. Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah.. Jika rezekiku masih di dalam bumi, keluarkanlah.. Jika rezekiku sukar, permudahkanlah. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berkatilah rezeki ini dan jangan Kau jadikan aku orang yang lalai (Secara asasnya macam bacaan doa dhuha)

Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku pasangan yang terbaik (boleh masukkan ciri-ciri apa hang nak). Ya Allah, satukanlah kedua-dua keluarga kami, permudahkanlah urusan kami, berkatilah hidup kami. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah, yang sihat dan sempurna akal dan fizikalnya

Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku tubuh badan dan akal yang sihat. Jadikanlah aku orang yang bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau telah kurniakan. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada penyakit berbahaya. Jauhkanlah kami semua daripada penyakit berbahaya. (Boleh masukkan juga doa jauhkan daripada wabak penyakit)

Ya Allah Ya Tuhanku, terangilah hati kami. Mudahkanlah kami untuk menerima pelajaran, mudahkanlah kami untuk menerima teguran. Ya Allah, fahamkan kami dengan agama. Peliharakanlah iman kami Ya Allah. Kurniakanlah kami dengan husnul khatimah. (Tak kira umur berapa pun kita mintak la terang hati, senang nak belajar sebab kita kena terus belajar sampai ke akhir hayat ya)

Boleh alternately tukar bahagian Ya Allah Ya Tuhanku kepada 99 nama-nama Allah yang ada mengikut kesesuaian. Contohnya, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ya Allah Ya Ghafar, Ya Allah Ya Latif...dan sebagainya.

Ini contoh sahaja. Ampa pandai-pandai la adjust ayat bunyi lagi sedap dan ikut keinginan serta permintaan ampa sendiri. Hello, mana aku nak pi tau ampa nak doa apa haha.



M.

No comments:

Post a Comment