Wednesday, January 15, 2020

Masih Di Sini

Assalamualaikum.

2019.
I think half of blogs i followed had already leave this medium for good.
Mungkin facebook, twitter dan instagram lebih mudah untuk dikemaskini, lagi cepat mungkin.
Tapi aku tetap rasa senang di sini dan twitter.
Orang sekeliling aku tak banyak yang tahu pasal blog ni. 
Aku sejenis kalau hang follow ig, takyah ah follow aku kat fb, twitter semua. 
Cukuplah satu medium..haha.

Kadang-kadang rasa malas nak menulis dah tapi ada satu benda yang tetap buat aku kembali ke sini.
Bila aku datang ke KL back in 2016, aku banyak kena harap dengan diri sendiri.
Nak keluar naik bas mana, train nama apa, jenis apa, laluan mana..aku google dan baca blog untuk maklumat. Nak pi makan pun aku google dulu nak tengok menu, nak tahu system. Nampak macam eh benda remeh pun hang google? Ya, sebab aku nak tanya kat sapa? Ada ka orang nak layan setiap pertanyaan hang dari sekecil-kecil perkara sampai lah yang besar. Mujur ada google, google juga bawa aku jumpa blog yang bantu aku faham banyak benda. Jadi aku rasa blog ni penting untuk catatan dan berkongsi maklumat. 
Oh, aku terbaca di twitter ada seorang cikgu ni. Dia meninggal dunia baru-baru ni tapi dia semasa hayatnya ada memang rajin upload tutorial Add Math di youtube, juga ada channel untuk subjek Add Math di telegram. Walaupun dia dah takda ilmu dia terus ada di medium ni, banyak manfaat orang dapat, insyaallah banyak juga pahala untuk cikgu tu. 

Seperti yang kita tahu, tiga perkara yang tidak akan putus amalannya.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.
 (Hadis Riwayat Muslim)

Memandangkan aku belum kahwin belum ada anak, aku dah kurang satu perkara. Sedekah pulak tak konsisten. Bila kucing datang mintak makan atau bila aku ada keja dapat gaji baru aku ada sedekah tu pun sikit sangat. Yang aku mampu untuk waktu ni, berkongsi ilmu yang aku ada walaupun tak seberapa. Sebab tu juga aku terus menulis. Mana tahu dengan cara menulis berkongsi resepi, kongsi pengalaman dan kongsi tips ni boleh beri faedah kepada orang yang mencari dan membaca. 

Jadi aku rasa aku kan terus di sini. Aku harap ada manfaat yang orang dapat bila baca blog ni walaupun kadangkala hanyalah aku merepek dan emosi. Till then.  

M. 

No comments:

Post a Comment