Monday, January 20, 2020

Kon'nichiwa 2020, Sayōnara 2019

Assalamualaikum.

Lantaklah dah masuk hari kedua puluh bulan Januari pun, tetap jugak aku nak throwback haha. Aku haritu duk standardize beberapa perkara dalam blog ni lepastu terbaca post lama-lama dulu. Dan aku rasa idea tulis entri throwback apa terjadi yearly itu agak best. Sebab bila baca balik aku terus teringat apa benda berlaku every year. Walaupun kat sini catatan agak ringkas tapi bila baca terus trigger balik memori aku. Mostly gambar dari archive ig aku lol lupa date dah kena check di ig haha.

2019

JANUARI
Tahun baru dimulakan dengan makan-makan dengan T424, roommate masa matrik aku. Pot luck dan netflix time. Tengok Bird Box ramai-ramai..pastu lemas perut sesama haha. Kira-kira balik dah 10 tahun kami kenal dan berkawan. Pakkk lama dah sedekad wei.


Trip Ipoh 2D1N dengan schoolmate aku ketika di MRSM Pendang . Memang macam biasa kalau nak trip tu menjadi jangan rancang sangat la. Kena ok jom terus book tempat dan terus pegi. Aku belum share pasal trip tu sebab haha aku kan suka tangguh. Konon nak habiskan entri Sabah sekali ehhh lama la pulak. So much fun! Tahun 2019 haritu, lagi dua orang dah kahwin, ada yang akan dapat baby this year pun. Dalam setahun macam-macam boleh jadi kan.


FEBRUARI
Kenduri sepupu #1 aku masa CNY, yang ni sepupu belah ayah. Aku rasa kenduri ketika CNY adalah risky ya sebab kalau kereta rosak mekanik pakat tutup lalu tak boleh ke mana-mana. Aku faham kalau cina tutup kedai ni yang melayu pun tutup kedai jugak dah kenapaaaa? Temperature kereta tetiba panas lepas kami mula semula perjalanan dari RNR Juru selepas stop rehat, nasib baik rumah kakak aku dah dekat ehhh sekali dia tak bawak kunci kereta sebab tinggalkan kat rumah di Perlis sana. Dan nak jadi cerita selama ni dia tak pernah tinggal kunci kat rumah, selalu ada dalam beg dia..LOL. Maka ayah pun drive slow-slow ke stesen petron. Mujur la stesen tu agak fun sebab ada mart yang best, ada tempat makan..boleh la melepak kat situ selama lebih dua jam. Tunggu Ati mai dari Perlis mai hantar kunci kat kami, mujur dia keja belah Penang..kalau dak rasanya pakat patah balik ramai-ramai la. Pastu ok la kenduri tapi next day pakat cirit..hahahaha.

MAC
Kenduri sepupu #2 pun sepupu belah ayah jugak. Tahun ni banyak kenduri sepupu sampai kawan aku cakap asal tanya aku pi mana ja mesti  kenduri sepupu hahaha. Kenduri ni dari a day before pun kami ada mai tolong sikit-sikit. Aku turun Penang kat rumah kakak aku pastu terus mai rumah kenduri. Aku dengan Am jadi akak laksa non stop sampai 4 petang. By the way, laksa dia sedap gila!
Lepak makan-makan dengan Awesome A kat MyTown sebab Alny nak experience naik MRT.

APRIL
First meeting of Z dengan parents aku, secara rasmi. Saja pak aku nak man-to-man ka apa taktau la. Tapi basically saja nak sembang. Yang ni nanti la sembang sebab haha lawak.

MEI
Back to KL di bulan Ramadhan. Pi berbuka posa makan dimsum sekali ehh ada surprise birthday walaupun belated dah la. Thanks to my T424. Dengan belon-belonnya. Ada pic di ig aku. Mujur balik si Lisa hantar kalau dak mampoihh nak naik MRT dengan belon birthday haha.
Jugak sempat berbuka dengan geng Pendang, Pipah dan Piqah. Makan thai food kat tempat favorite, Mr. Tuk Tuk. Tomyam dia sedap!
Juga berbuka dengan Alny (makan teppanyaki) & Shameem (pi bazaar ttdi). Takdak gambaq together. Gila padat jadual aku sebab kejap ja balik untuk settle keja sikit pastu nak balik raya. Nak elak tiket habis dan elak kesesakan raya aku balik awal.

JUN
Family meeting yang simple & comfortable. Raya yang sedikit berbeza daripada selalu. Selalu second day dah chau balik Perak, this year third day baru balik sana. 

Juga kali pertama dalam hidup kena jaga anak kucing.  Juga kali pertama dalam hidup rasa heartbroken sebab semua kitten mati huhu.

JULAI 
Kenduri sepupu kami tapi kali ni belah mak, si Imah. Yang ni biggest kenduri sebab mak kena jadi lebih kurang tuan rumah la. Kami semua pulak beza umur selang setahun so rapat. Tu yang pakat-pakat menjadi pekerja rencam di hari kenduri. Aku rasa di pukul 4 petang rupa aku kalah sayoq dah..lol. Seronok tapi penat dia lepas kenduri semua pakat MC hahaha. By the way makan sedap  sebab orang kampung masak sendiri especially bihun sup. On the other note, lepasni Imah tak ikut pi travel dah la. Kira trip Sabah dulu tu last fling before ring gitu laa..hee ;P

Bersambung dengan kenduri, sakit aku hampir sebulan ya. Mula dengan demam ja pastu eiii malas nak drama tapi aku dah drama pun kat ig masa tu. Gila sakit yang sampai makan pun tak boleh. Ye turun jugak beberapa kilo pastu hahaha lemak datang balik bila dah sihat.

OGOS 
Check out KK8 sebab apparently depa dah taknak sediakan tempat untuk postgrad students dah. Okay. Agak kecewa sebab habaq last minute dan arghh malas nak complaint. Sebelum ni they've been very nice. Takpalah, let's move on. So, aku settle payment dan move out sebelum tarikh last. Agak kagum dengan diri sendiri sebab aku mengemas kurang dari sehari ya. Kalau anda pernah datang ke bilik saya mesti rasa kagum juga sebab hoiii banyak gilaa barang. Mujur la setiap kali sebelum tinggal bilik aku akan kemas siap-siap.

SEPTEMBER
Kenduri bertandang Imah di Kelantan. Serampang dua mata la sambil pi hantar pengantin sambil pi jenguk tempat lama. Pusing bandar Pasir Mas, singgah rumah lama..pi surprisekan jiran-jiran lama haha. Mostly terkejut la :P Trip Kelantan yang penuh dengan makan dan makan. Nak update tapi malas dia huhuu.

OKTOBER
Trip Langkawi yang decide a month before. Masa ni saja pilih normal weekend sebab kalau long weekend memang jalan berlaga bahu la kat sana. Haritu pi pun dah rasa ramai orang dah. Belum update atau mungkin takkan update, who knows lol. Dah 11 tahun tak pi Langkawi walaupun dekat so banyak jugak perubahan sana-sini.

NOVEMBER
Join LKNS yang telah didaftar lama sejak bulan ramadan haritu. Nak register pun drama dah tapi bestlah. Dah lama tak join lari-lari ni. Lari dari masalah tu selalu la haha. Settle LKNS kat Kuala Kangsar, terus acah terer nak short trip Penang. Padahal pakat sakit kaki paha lutut apa semua yang boleh sakit, sakit! Haha. A very short & sweet trip.

Drive, aku akhirnya drive setelah hampir 2 tahun tak drive. Aku rasa aku tak suka drive..lagi suka tengok map kot haha alasan kan. Keluar makan dengan Lisa dan bawak Aina sekali join. Berani si Lisa tanya apa perasan aku bila drive, dia taktau ka nyawa dia terancam bila aku drive? Hahaha. Btw, elok ja aku boleh drive cuma tak cekap ja. Alhamdulillah pergi, semasa dan balik kita semua selamat.

Ini juga last month mak dengan budak-budak. So, di suatu pagi ayah panggil fall in ehh ingatkan ada buat salah nak kena ceramah haha. So, kita surprise mak dengan ice cream party yeahaaa! Tadika mak ada makan-makan pastu kita join la. Laku keras ya, bukan kata budak..mak, pak, tok budak semua makan.

DISEMBER
Family Gathering belah ayah. Tahun ni tak buat family day hura-hura. Kita buat acara cuci kawasan kubur di sebelah pagi dan belah tengahari yassin & tahlil. Pengajaran dia, bawak la sarung tangan, senang nak cabut rumput. Kat sana jenis pasir putih tu tapi pokok dia akar banyak dan kasar, senang luka tangan.

New Kitten in the house.. Chyet beranak lagi. 2 dah di-adopt dan lagi 3 ekor berkampung kat rumah ni. Taking care of new kittens. Alhamdulillah kali ni anak-anak dia semua hidup. 

Itu ja lah kot highlight yang aku rasa nak tulis kat sini. Semoga 2020 lagi banyak benda boleh dicapai. Aminnn :)

M.

No comments:

Post a Comment