Friday, January 24, 2020

Sabah 2018 ~ Kota Belud: Berkhemah di Polumpong Melangkap View Camp Site

Assalamualaikum.

Untuk hari ketiga kami pilih untuk berkhemah. Like why not kan? Gitu jiwa adventurous walaupun terdetik malas aaa nak pasang khemah. Penginapan di Kota Belud kali ni kira rare sikit la daripada kebiasaan. Sebab kami semua dah tinggal zaman camping ni agak lama jugak, jadi bila back to basic seronok juga. Refreshing gitu. Mak Ngah kata dia dalam fikiran dok pikiaq apa benda oiii nak berkhemah pulak bukan nak bercuti ja ka pastu lepas dah melalui phase ni dia suka ja. Lol. Tak cuba tak tahu okay.
 Polumpong Melangkap View Camp Site

Harga: RM 99/malam (kami dapat special discount 😊)

Kemudahan camping: (kita pilih based on apa kita nak)
  • Khemah untuk 6 pax
  • Tilam kekabu-2
  • Sleeping bag- 4
  • Meja & kerusi (6)
  • Tapak simen
Kemudahan lain:
  • Tandas
  • Bilik mandi
  • Open shower
  • Café
  • Surau
Contact details:
📞 016-824 6529
📞 014-650 4122


Thursday, January 23, 2020

Sabah 2018 ~ Penginapan di Kudat: Simpang Mengayau Chalet

Assalamualaikum.

Hari kedua kami decide untuk stay di Kudat. Sebabnya esok pagi tu kami nak jalan kaki ke Tip of Borneo. Perjalanan dari Ranau ke Kudat adalah lama dan di sini cepat gelap. Plan your itinerary wisely okay. Kami check in dalam pukul 9 malam tapi sungguh la, gelap sangat dah time tu macam 12 tengah malam dah gelap dan sunyinya waktu tu. Mula-mula plan konon dapat la tengok sunset haha dalam mimpi ja lah sunset tu. Kalau nak baca pengalaman kami boleh klik link ni 👉 Pengalaman Roadtrip Ranau-Kudat

Simpang Mengayau Chalet

Harga: RM 250/malam (include breakfast)

Kemudahan dalam bilik:
  • 2 katil queen
  • Air condition
  • Water heater
  • TV
  • Tong sampah
Kemudahan lain:
  • Free parking
  • Café
Contact details:
📞 019-585-8116 ~Ms. Jessy
📞 010-811-6069 ~Mr. Jerry



Wednesday, January 22, 2020

Sabah 2018 ~ Penginapan di Kundasang: Bensin Homestay

Assalamualaikum.

Dalam banyak benda bila nak travel benda yang agak semak dan consume banyak duit adalah, penginapan. Kat sini la duit akan banyak habis. Agak mencabar untuk aku sebab aku in charge cari penginapan sepanjang di Sabah. Nak cari harga within budget dan review elok memang pening juga la. Macam-macam keyword aku cuba.

Hari ni aku nak review penginapan yang kami dah stay di Kundasang. Hanya satu malam di Kundasang dan kalau anda ada banyak masa stay la kat area sini dua malam. Kundasang dan Ranau ada banyak sangat attraction. Memang tak sempat nak cover betul-betul kalau sekadar dalam dua hari satu malam. 

Bensin Homestay

Harga: RM 70 + RM 10 (add on 2 selimut) = RM 80/malam

Kemudahan dalam bilik:
  • 1 tilam queen + 1 tilam single (Disediakan 2 Selimut)
  • Water heater (Paling penting!)
  • Cermin
  • Penyangkut baju
  • 2 power plugs
  • Tong sampah
Kemudahan lain:
  • Open kitchen
  • Free parking
Contact:
📞 013-871 7346 ~Pn. Maria
📞 019-585 8900 ~En. Bensin


Ok, jom aku share keadaan di homestay ni dan juga suasana sekeliling. Best gila! Tenang, sunyi dan mendamaikan. Dan sejukkk haha sebab tu water heater yang berfungsi amat penting ya di sini.

Pagi menghadap Gunung Kinabalu

Monday, January 20, 2020

Kon'nichiwa 2020, Sayōnara 2019

Assalamualaikum.

Lantaklah dah masuk hari kedua puluh bulan Januari pun, tetap jugak aku nak throwback haha. Aku haritu duk standardize beberapa perkara dalam blog ni lepastu terbaca post lama-lama dulu. Dan aku rasa idea tulis entri throwback apa terjadi yearly itu agak best. Sebab bila baca balik aku terus teringat apa benda berlaku every year. Walaupun kat sini catatan agak ringkas tapi bila baca terus trigger balik memori aku. Mostly gambar dari archive ig aku lol lupa date dah kena check di ig haha.

2019

JANUARI
Tahun baru dimulakan dengan makan-makan dengan T424, roommate masa matrik aku. Pot luck dan netflix time. Tengok Bird Box ramai-ramai..pastu lemas perut sesama haha. Kira-kira balik dah 10 tahun kami kenal dan berkawan. Pakkk lama dah sedekad wei.


Trip Ipoh 2D1N dengan schoolmate aku ketika di MRSM Pendang . Memang macam biasa kalau nak trip tu menjadi jangan rancang sangat la. Kena ok jom terus book tempat dan terus pegi. Aku belum share pasal trip tu sebab haha aku kan suka tangguh. Konon nak habiskan entri Sabah sekali ehhh lama la pulak. So much fun! Tahun 2019 haritu, lagi dua orang dah kahwin, ada yang akan dapat baby this year pun. Dalam setahun macam-macam boleh jadi kan.

Wednesday, January 15, 2020

Masih Di Sini

Assalamualaikum.

2019.
I think half of blogs i followed had already leave this medium for good.
Mungkin facebook, twitter dan instagram lebih mudah untuk dikemaskini, lagi cepat mungkin.
Tapi aku tetap rasa senang di sini dan twitter.
Orang sekeliling aku tak banyak yang tahu pasal blog ni. 
Aku sejenis kalau hang follow ig, takyah ah follow aku kat fb, twitter semua. 
Cukuplah satu medium..haha.

Kadang-kadang rasa malas nak menulis dah tapi ada satu benda yang tetap buat aku kembali ke sini.
Bila aku datang ke KL back in 2016, aku banyak kena harap dengan diri sendiri.
Nak keluar naik bas mana, train nama apa, jenis apa, laluan mana..aku google dan baca blog untuk maklumat. Nak pi makan pun aku google dulu nak tengok menu, nak tahu system. Nampak macam eh benda remeh pun hang google? Ya, sebab aku nak tanya kat sapa? Ada ka orang nak layan setiap pertanyaan hang dari sekecil-kecil perkara sampai lah yang besar. Mujur ada google, google juga bawa aku jumpa blog yang bantu aku faham banyak benda. Jadi aku rasa blog ni penting untuk catatan dan berkongsi maklumat.