Assalamualaikum dan hai!
Ok, rentetan daripada entri lepas kita sambung pula kepada interview guru ganti. Kebiasaannya ofis akan call tanya serba sikit kot lah kita dah ada kerja yang stabil kan sebab yeap, lama kot 4 bulan (ini kes aku la hihi). Dari call tu kita set date bila nak interview, pukul berapa, kat mana tu semua nanti akak ofis tu akan bagitau. Biasanya lokasi temuduga di pejabat JPN sendiri.
Jadi, apakah yang kau kena prepare? Sebenarnya standard interview lah, bawak dokumen/sijil asli dalam fail yang transparent tu bukan fail kertas yang lima puluh sen tu k. Fail kertas yang terrbeli tu bolehlah nak letak kerja sekolah anak murid nanti, time tu baru hang guna (kot).
Part ni bagi aku mencabar lah sebab kali pertama aku ditemuduga dan seorang sahaja, sebelum ni pernah pi temuduga kerja secara berjemaah (takdapat pun). So, scary mery lah. Aku rasa aku blur sebab interview aku jumaat pukul 3.00 petang camtu. Time apa tu? Time aku tido petang yeahh..haha. Masa aku pi temuduga memang aku sorang je takdak sapa pun kecuali orang yang nak berurusan dengan kaunter.
Baik, mari kita teruskan dengan soalan interview :)
Mudah:
Cerita pasal diri sendiri. Hang bagitau nama penuh hang, background pendidikan, pasal keluarga sikit, pasal kucing hang bernama lee minho atau boyfriend hang sweet tahap potong kaki takyah cerita.
Encik tu juga tanya, tahu tak berapa gaji guru ganti? Aku cakap dari cerita orang, untuk degree RM 100/hari. Terus-terang dia kata, gaji sekarang kena cut jadi, hanya akan dibayar RM 54/hari, awak ok ke? Haruslah aku kata ok, duit adalah benda kedua penting sebab aku duduk dengan parents haha. Lagipun aku nak pengalaman of course.