Assalamualaikum.
Seperti yang diperkatakan pada entri lepas, aku nak cerita pasal kerjaya guru ganti ni. So, aku akan bahagikan kepada beberapa bahagian sebab kalau buat satu entri macam tak puas pulak haha tamak! Masa aku terfikir untuk memohon jawatan ni aku search banyak juga belog, website and such..tetapi tiada details penuh. Jadi, aku akan sedaya upaya melengkapkan kisah aku dalam memohon kerja sebagai guru ganti ni, mudah-mudahan ada manfaat kat orang lain. So, you'll be prepared and confident! Malaysia boleh!! *insert emoticon tangan gagah ada muscle*
Oh, by the way cerita aku berdasarkan pengalaman sendiri di negeri Perlis.
Step 1: Google
Google lah segala info pasal guru ganti di tempat anda. Aku tinggal di Perlis jadi tiada daerah, tiada istilah PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) eh kejap dekat kelantan panggil PPD juga ke? Kan Kelantan use 'jajahan' instead of 'daerah'? Tetiba curios hmm. Eh, kembali kepada topik asal, google la something macam;
permohonan guru ganti
pengalaman guru ganti
interview guru ganti
gaji guru ganti (?)
Yang kat bawah ni aku screencap apa yang anda patut tahu dari iklan guru ganti. Boleh download dalam bentuk pdf:- Iklan guru ganti-pdf
Untuk gaji, meh nak bagitau siap-siap, tengok table kat bawah, macam best kan? TETAPI hah terus capslock sebab penting ni, bermula April 2016 gaji guru ganti dibayar mengikut taraf SPM sahaja iaitu RM 54/hari. Ekonomi punya salah katanya. K, sis positif rezekiku banyak tu je..syukurlah daripada menganggur takdak pendapatan. :')
Step 2: Download borang & sediakan dokumen
Untuk negeri Perlis memang ada borang online yang perlu di download dan dihantar kepada JPN (Jabatan Pendidikan Negeri). Kalau pegi nak hantar resume tapi tak bawak borang download tu maka kau akan kecewa lalu singgah makan bihun sup sebab sedih kena reject. So, bawak borang yang JPN/PPD sediakan online tu dan isi, takkan hantar borang kosong wei. Kebiasaanya kat borang tu ada part personal details, kelayakan (SPM/Dip/Degree) dan subjek yang anda boleh mengajar.
Dokumen apa yang perlu disediakan?
Standard pegi interview la; sijil SPM, transkrip Dip/Degree, sijil Dip/Degree, lesen dan beberapa lagi alamak tak ingat. Tapi biasanya di borang online tu ada kabo nak apa. Senang cerita kau humban je semua sijil akademik kau cuma sijil penghargaan zaman tabika tomato jangan masukkan lah eh, please. Dan masukkan la 3,4 sijil kokurikulum nak bagi nampak macam kau cergas masa belajar dulu walaupun hakikatnya hang terer kuak kupu-kupu gaya bebas atas katil ja kahkah. First impression is important k!
Lagi satu, transkrip ijazah/diploma memang kena ada taknak surat yang bagitau dah tamat belajar or transkrip sementara, nehii! Dah siap part ni, pi hantar ke kaunter PPD/JPN yang anda berkenan. Pilih which one yang hang rasa lebih suka untuk mengajar, sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kalau malas nak fikir, send ja dua set borang permohonan+dokumen.
Negeri/Daerah lain please google borang guru ganti....(nama tempat pilihan anda).... sebab agak mustahil semua daerah aku nak letak link, banyak gila kot. Kalau setakat 14 link semua negeri dalam Malaysia takpa, ini ada yang by daerah masaklah aku. Usaha lebih sikit ye.
Step 3: Tunggu call
Harus diketahui bahawa prosesnya agak lama ye. Janganlah kau hantar harini dan berharap dalam 7 hari bekerja dapat call dah melainkan hang ada pengalaman mengajar. Kalau ikutkan, hujung tahun (September-Oktober-November) jarang diorang offer sebab dekat hujung tahun a.k.a nak cuti sekolah dah. Unless kes tertentu seperti kena mengajar kelas tingkatan 5 yang dah nak SPM.
Aku sendiri tunggu 4 bulan sebelum dipanggil interview. Ok, aku takda la tunggu pun sebab haha aku dah lupa kot aku pernah mohon sebab lama dah hantar permohonan. Aku apply 1.1.2016 amacam semangat waja tak? Haha. Aku kena reject sebelum hantar permohonan ni dua kali k; pertama, masa nak hantar resume without borang download online tu pastu kecewa lalu gi makan bihun sup dan kedua, nak hantar application lengkap pastu akak kaunter suruh hantar next year (2016) sebab dah nak masuk September gitu..wuwu.
So, don't give up kalau baru nak hantar borang permohonan pun kena reject macam aku haha. Dan kalau ada number phone ofis call tu angkat dan jawablah dengan sopan. Pengalaman aku mereka biasanya call pagi-pagi lah dalam 10-11 pagi gitu. So, kalau hang jenis tido sampai matahari naik atas kepala mohon alert lah supaya tak terlepas panggilan dari pejabat PPD/JPN.
Next: Apa patut buat bila anda dapat panggilan interview guru ganti? Ha, next entri k.
Assalamualaikum.
M.
KOMPOM KA BOLEH DAPAT NI? NAK PI TRY NIE.
ReplyDeleteassalamualaikum. hai nak tnya pasal cikgu ganti ni. klu nak isi borang cikgu ganti ni kena tgok dekat website jabatan pendidikan perlis kan? tp saya tgok tkdak pun. boleh bagitau tak nk tahu samada jawatan kosong cikgu ganti ni kena tggu disiarkan dlm website atau kena p amik borang terus kt jabatan pendidikan? saya harap awak dpt mebantu serba sedikit. terima kasih :-)
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Hai! Kebiasaannya kekosongan dibuka sepanjang tahun. Masa 2016 dulu boleh download terus dan dah siap isi boleh hantar borang+resume, prosedur latest JPN saya tak pasti sebab saya dah tak jadi cikgu ganti dah.
DeleteBoleh tanya di pejabat JPN kalau nak lebih jelas. Rasanya maybe next year pulak depa proses permohonan baru. Biasanya hujung tahun dah tak tengok dah permohonan baru. :)
Hai, nak tanya gaji masuk tiap2 bulan ke? Sebab ada kawan saya gaji dia tak dapat walaupum dah 2 bulan kerja..
ReplyDeleteHai! Ya, gaji masuk tiap2 bulan. Dia kena tanya kerani di sekolah dia bekerja tu. Selalu cukup bulan, diorang kira attendance dan bayar sebab kontrak gaji hari kan. Pelik jugak tu sepanjang keja di 2 buah sekolah tak pernah lambat bayar gaji sampai selama tu. So, boleh refer dgn kerani di sekolah tu utk betul2 tahu apa masalah.
Delete