Haha dah 11 hari baru terasa mahu update tahun baru..kurang relevan tapi peduli hapa aku, nak jugak cakap, Selamat Tahun Baru! 2015 boleh dikatakan tahun aku aaaaaa ha apa? Ha, gitu..faham tak apa aku nak sampaikan tu? Hehe sebenarnya nak bagitau ianya tahun aku memalaskan diri dan menggemokkan diri dan memanjakan diri dan cehh..senang cerita, tahun aku blurr, hilang arah dan tak boleh move on. Terasa masih student walaupun dah selesai first degree, payah naa nak move on haishh. Rasanya cukup dah kot memalaskan diri, kena mula serius in whatever i'm doing.
Doakan aku berjaya dalam misi jangka panjang dan misi jangka pendek ya! Misi pendek aku adalah #Misi5km iyaa, mahu berlari 5km dan tak semput macam dugong kurang oksigen. Nak berlari steady ja macam zaman sekolah dulu. Sekarang baru capai 2km tapi fuhh jantung rasa macam gila, jatuh cinta pun tak menggila macam tu jantung aku. Eh boleh pula compare gitu.. ;p Untuk long term, aku nak buat #Misi10km hah nampak semangat cemana..haha. Tapi itu mungkin kena tunggu hujung-hujung tahun baru mampu kot 10km.
Aim tahun ni nak pi oversea haha okay takpayah feeling oversea, nak pi Koh Lipe ja. Koh Lipe kalau nak ikut dekat ja. Sebab apa dekat? Sebab rumah aku Perlis ja pun, kalau bosan belah pagi, petang tercacak dah kat Thailand tu pun boleh jadi. Tapi belah selatan lah maksud aku, kalau Bangkok tu kena naik flight la baru cepat sikit. Semoga cepat dapat keja dan saving lepastu boleh yihaa pi Koh Lipe dengan family.
See, Koh Lipe tak jauh pun :D |
Kalau tak pi Koh Lipe mungkin ke Krabi tapi Krabi overrated..aku kalau ramai sangat orang, aku cepat hilang minat. Contoh, dulu aku suka gilaaaa kat si Won Bin..lepastu peminat Won Bin bercambah la selepas dia pegang watak utama. Dan aku pun kbye Won Bin, aku pun berlalu pergi hahaha drama pahal..macam Won Bin kesahh sangat. LOL.
Assalamualaikum.
M.
jelesnyaaaa boleh lari 2km!! seriouslyy. sy ni jalan mampula 2.5km keliling tasik. kalau jog ohh sori. rasa sejuk sgt kat leher, kat salur pernafasan. takleh nak describe rasa apa. rasa sejuk, rasa tebal mcm kebas atau salur menyempit. entahla. maybe sebab lama tak jog kot? tak pastilah. tp mmg tak mampula nak jog 2km. jog skit jalan jog skit jalan. huu.
ReplyDeleteanyway,all the best in your mission! :)
thankyou ecan :) bukan full 2km kadang tu semput juga, kena jalan..haha
DeleteKoh Lipe best..coral cntik..sygnya ak dpt keje sana tp tolak...
ReplyDeletep/s:bila bckp dgn bdk laut cam ak,mmg cite psal laut la byk ak suka ckp..huhuhu
kenapa tak pi keja sana dayah? eh lupa, hatimu tertinggal di langkawi hehe.
Delete