Posts

Showing posts from 2016

Edisi Mudah: Resepi Asam Rebus Ikan

Assalamualaikum
Ya, resepi mudah datang lagi! Resepi asal dari buku tapi sudah diolah sesedap rasaku. Sebenarnya aku taip resepi ni di bulan ramadan 15 Jun 2015 tapi taktau pasaipa aku tak publish.
Resepi: Asam Rebus Ikan
Bahan A 3 biji- bawang merah 12 biji-cili kering 1 cm- kunyit hidup 1 cm- belacan
Bahan lain:- Ikan 2 batang- serai 1 cawan- Asam jawa Daun kesum Garam  Gula Bendi *optional
Cara-cara: 1. Kisar bahan A sampai halus.
2. Masuk bahan A, serai yang diketuk, asam jawa dan daun kesum ke dalam periuk.  Masak sampai kuah mendidih.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan ikan. Tunggu sampai masak. Done!

Sangat ringkas dan mudah. Rasa macam asam pedas tapi slightly berbeza, aku suka sebab masam, pedas dan wangi. Kalau nak senang, siapkan bahan A awal-awal dan simpan pes itu dalam peti ais.

M.

Cara kenalpasti teh menggunakan pewarna.

Image
Assalamualaikum.

Teh adalah sedap. Teh biasa, teh hijau, teh strawberry memang favourite aku. Dalam bagi orang cina biasanya teh dipanggil cha, di india dipanggil chai. Oh sebelum kagum kenapa aku tahu benda ni, ketahuilah aku tahu sebab tengok drama ja :P Kalau sarikata tipu, maka tipulah aku disini haha.

Aku nak kongsi cara untuk kenalpasti teh yang diletak pewarna. Super mudah! Ambik uncang teh letak dalam segelas air sejuk/normal tempature. Kalau cemerlang sangat keluar warna kuning teh tu, yes itu bermakna dia ada pewarna! Teh yang bereaksi normal ialah teh yang keluarkan warna dan rasa bila direndam air panas.
Taknak share brand apa tapi you should try sendiri eksperimen ni di rumah. Oh personal favourite teh aku ialah Sabah Tea yang dah sah-sah dari sabah. Sedap hohoho.

M.

2016 wishlist checked!

Image
Assalamualaikum

Last year aku gigih juga list down apakah azam untuk 2016 tetapi unpublished sebab yeah, malas! Ada 3, aku pun lupa dah pasal azam ni sebenarnya sampailah satu hari tu aku nak clear draft dalam blog ni supaya tak semak kan. Lalu, aku terjumpa azam 2016. Inilah bukti, bukti tak berapa berpegang teguh pada azam sendiri. My bad..
1. Sambung belajar
2. Cari kerja
3. Brush up my English

Alhamdulillah. Ketiga-tiga azam ini checked! *Masukkan efek bunga api sebab mercun diharamkan*

1. Akhirnya aku sambung belajar selepas setahun lagha dan melalui fasa tidak move on dari kehidupan degree. Boleh tak? Haha. Tak, sebenarnya aku macam terlalu selesa dalam hidup aku. Kakak aku, Am, dia kata aku mengada sebab stay kat rumah macam anak orka (read:orang kaya). Mulanya aku tak perasan pun sampailah tetiba macam tersedar orang lain rush cari keja, aku melepek kat rumah. Ya, masa aku tak keja memang aku full time duk rumah, keluar siram pokok time petang pastu masuk balik. Berbulan-bula…

Emak.

Image
Assalamualaikum.
1.12.2016 Emak saya sudah 53 tahun ini. Alhamdulillah :) Of course ini belated birthday post untuk emak. Emak konfem tak baca so boleh bebel lalala..tehee. Emak saya bukan emak yang lemah lembut macam drama tv juga bukan emak yang mendera macam cinderella. So, here goes a story about my mom.
When i grow up (10-15 years old me) i keep on thinking, oh every mom are like my emak.. Till i once realized that every cousin that I've ever met or seen are scared of my emak. My emak is such a tigress-they said..haha. My emak is strict! My emak is fierce! Yes, true that. My emak will nag and repeating the same thing-same drama. But guess who started it first? Of course me and my siblings who triggered her :P
A mother of 4 annoying and mischievous kids, emak must be really tired. I knew it. Emak sacrificed a lot. She's that kind that willing to gave up her desire to shop for the sake of our education. Sending us to extra classes, attending co-curricular activities to sch…

Engkau Laksana Bulan

Image
So, I came across this song. Sangat suka!! Romantik sangat bait lirik dia tapi depress sebab sedih.

Engkau Laksana Bulan- P.Ramlee
Kisah lelaki yang sedih, depress dan miskin yang jatuh hati dengan perempuan yang darjat berbeza. Dia rasa tertanya-tanya kenapa nasib dia malang, hina dan terseksa semata-mata sebab dia miskin. Zaman dulu darjat sangat dipentingkan konon nak yang sekufu ja lah. Bercinta-cinta pun belum tentu kahwin gitu. Satu perkara pasal lagu lama/klasik, storyline dia memang jelas. Ni aku pulak yang feeling cinta terhalang. Menusuk kalbu. ;)
Lagu ni dari filem Penarek Becha-ini ejaan asal bahasa melayu lama. Watching P. Ramlee's documentary last night..and i cried. T_T Al-Fatihah. Thank you for everything.


p/s: mungkin aku akan terus berkongsi pasal P. Ramlee punya lagu dan filem dari sudut pandangan aku.
M.

Faktor Usia

Faktor Usia 1
Aku tak pernah rasa aku tua erk aku rasa normal sampailah saat orang point out, "eh dah 25 taknak kahwin?" Hmm 25 bukan 55 chill lah. Secara normal memang la nak kahwin someday tapi aku rasa sebagai manusia hang kena tau diri hang mampu ka tidak, kan? Aku sambung belajar dan kerja, dua-dua full time, hang rasa? Haha. Penat. Sangat penat sebab otak penat. Kalau penat badan boleh tidur, ni penat otak dalam tidur pun mimpi keja ja huhu. Rasa ada semangat nak makan ja tu pun kadang-kadang tak lalu (jarang berlaku). Nak keluar lalala pi mana-mana pun tak rasa beria-ia sangat. Atau adakah aku memang pemalas, malas semuanya? Heh.  

Faktor Usia 2
Seperti dijelaskan di atas, aku tiada kredibiliti dan kriteria seperti akan mendirikan rumah teres ka rumah pangsa ka..takdak buat masa ni. Tapi kawan-kawan aku ya. Usia ni kawan-kawan hang memang silih berganti kahwin. It's a good thing actually. Bad thing? Takdak sapa nak layan hang (baca: aku). Ianya satu bentuk sedih …

324

Image
Gary dah pun keluar dari runningman..sedihnya tapi for some reason that's life. Korbankan satu benda untuk benda yang lain. All the best Kang Gary. Nanti mesti rindu monday couple. Masa Joongki dulu tak rasa sangat sebab dia kadang-kadang takdak sebab busy. Gary ni siap menang europe tour, kena buli sebab lurus sangat pastu loveline dengan Jihyo memang lain lah rasa dia. Personally selain dari karier muzik aku rasa Gary nak kahwin, nak settle down. Sebab kalau dia kahwin nanti susah peminat nak terima sebab pengaruh monday couple sangat besar, dah 7 tahun. Kesian pulak dekat bakal bini dia, indirectly bermadu ekeke. Goodbye Gary.. ;")
pic:google p/s: terajin menulis sebab tengok tahun ni post sikit gila. Assalamualaikum. M.

12 hours journey-where am i?

9.45am ---- 9.45pm
Rasa macam nak pegi mengembara jauh sebab sampai 12 jam perjalanan kan. Kalau tambah few more hours dah sampai Europe dah..lol. Aku sampai masuk fasa tak boleh tidur dah, siap buat assignment, baca journal sikit boleh tak. Tahap habis meter lagha dah kot. 
Padahal ni journey KL-Kangar ja, by bus. Serik dan sedaya upaya takmau naik bas dah lepasni. Rela spend duit dua kali ganda untuk naik ETS. Takpa, aku pejam mata ja walaupun berhuhuhu di hujung bulan :'D Bytheway, tak dapat naik ETS masa cuti deepavali ni sebab ditutup sementara kes accident di laluan Batu Gajah.
Roommate aku orang Iraq, aku cerita kat dia 12hours terus dia kata, kalau kat Iraq dah boleh sampai Mesir. Oooookaaaaaaaaaayy..haha. Serik betul. Ayah dengan Mak asyik call tanya sampai dak lagi like aku lupa bagitau bila dah sampai..haha nope tak lupa, dah tak sampai lagi nak bagitau apa ja. 
Satu hari nanti bila aku tengok balik post ni aku akan ingat betapa seksanya nak sampai Kl dengan bas. Agak-…

Dengan kesukaran akan ada kesenangan..

Image
Assalamualaikum.
-with hardship comes ease-
Jadi aku bertahan dengan segala kesusahan ini atas dasar prinsip di atas. Susah, tapi ada yang lagi susah. Apa yang aku boleh buat? Tenyeh kepala sendiri kat dinding. Kadang tu termenangis takdak sebab. Macam psiko kan haha tapi itu involuntary action wei. Kadang tengah basuh baju, tonyoh-tonyoh masuk helaian kedua teringat kat rumah, nangis. Tengah gosok gigi pun boleh termenangis, apahal tah. 
Tapi jangan risau aku pandai cover.. Kalau tengah gosok gigi buat-buat nak termuntah so logik mata kau merah. Kalau tengah buat benda lain pastu termenangis, tips dia hang buat-buat bersin+batuk sikit pastu pegang hidung sambil tenyeh mata..lepastu cakap, gatalnya mata ni. Orang ingat hang suffer resdung padahal hang emosi tak stabil..haha. Yang penting jangan guna ayat "mata masuk habuk", dah basi please. Dah dari zaman kanak-kanak duk dengar kan, kantoi lah hang nangis nanti ehehe.

Motif entri bagi tips merepek ni? Lol sangat. By the way…

such is life..

Image
Sesungguhnya stress fikir pasal belajar, pasal keja, pasal duit, pasal hutang dan yang seumpamanya. Penat otak fikir macam mana nak topup sana-sini. Gaji previous job semua habis untuk perbelanjaan masuk belajar balik. Dan kerajaan pada waktu ni banyak cut on education which is softly killing me, yeah! Thank you. Taknak komen banyak, sedih tapi aku kena move on dan fikir benda yang tak menyakitkan hati. No more pembiayaan mybrain but i'll survived this..thanks to mak ayah yang morally and financially support me through this. Nanti kena buat appreciation post lepas semuanya habis. Semoga berjaya dapat GOT. :')

This is hard.. But such is life. 

Assalamualaikum. M.

MyJourney: Interview Guru Ganti

Image
Assalamualaikum dan hai!
Ok, rentetan daripada entri lepas kita sambung pula kepada interview guru ganti. Kebiasaannya ofis akan call tanya serba sikit kot lah kita dah ada kerja yang stabil kan sebab yeap, lama kot 4 bulan (ini kes aku la hihi). Dari call tu kita set date bila nak interview, pukul berapa, kat mana tu semua nanti akak ofis tu akan bagitau. Biasanya lokasi temuduga di pejabat JPN sendiri.
Jadi, apakah yang kau kena prepare? Sebenarnya standard interview lah, bawak dokumen/sijil asli dalam fail yang transparent tu bukan fail kertas yang lima puluh sen tu k. Fail kertas yang terrbeli tu bolehlah nak letak kerja sekolah anak murid nanti, time tu baru hang guna (kot). 
Part ni bagi aku mencabar lah sebab kali pertama aku ditemuduga dan seorang sahaja, sebelum ni pernah pi temuduga kerja secara berjemaah (takdapat pun). So, scary mery lah. Aku rasa aku blur sebab interview aku jumaat pukul 3.00 petang camtu. Time apa tu? Time aku tido petang yeahh..haha. Masa aku pi temudu…

MyJourney: Permohonan Guru Ganti Perlis

Image
Assalamualaikum.
Seperti yang diperkatakan pada entri lepas, aku nak cerita pasal kerjaya guru ganti ni. So, aku akan bahagikan kepada beberapa bahagian sebab kalau buat satu entri macam tak puas pulak haha tamak! Masa aku terfikir untuk memohon jawatan ni aku search banyak juga belog, website and such..tetapi tiada details penuh. Jadi, aku akan sedaya upaya melengkapkan kisah aku dalam memohon kerja sebagai guru ganti ni, mudah-mudahan ada manfaat kat orang lain. So, you'll be prepared and confident! Malaysia boleh!! *insert emoticon tangan gagah ada muscle*
Oh, by the way cerita aku berdasarkan pengalaman sendiri di negeri Perlis.

Step 1: Google 
Google lah segala info pasal guru ganti di tempat anda. Aku tinggal di Perlis jadi tiada daerah, tiada istilah PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) eh kejap dekat kelantan panggil PPD juga ke? Kan Kelantan use 'jajahan' instead of 'daerah'? Tetiba curios hmm. Eh, kembali kepada topik asal, google la something macam;
permohonan…

Hidup bujang yang bosan!

Be it! Sebosan mana duduk dengan family, bosan lagi duduk sendiri you know. Kau dah la rasa hambaruddin sepanjang hari pastu takdak kawan nak gaduh. Tapi Am kata bosan is a part of growing up. Nampak sangat Am pun bosan dengan hidup dia sebab tu once a month mesti balik rumah. Aku? Mencuba untuk balik sebulan sekali sebab tambang ETS untuk Arau-KL Sentral ialah RM 79 sehala k, sehala! T_T
Walaupun begitu sekurang-kurangnya weekend kalau aku bosan boleh pegi rumah sepupu. Mujur ada sepupu kat sini sobss. Minggu lepas pi melantak laksa kat rumah dia haha seronoknya makan laksa sampai angin satu badan. Harap Am cari keja belah sini so ada lebih ramai adik beradik sedara mara dalam lingkungan sama supaya weekend tidak begitu hambar.
M.

Err Hey?!

Image
Haruslah tajuk begitu awkward sebab aku lama gila tak menaip. Jenguk balik last entri March 2016 fuh mujur 2016 kalau tahun lepas? Lol. Since April this year eh channel omputih tetiba, aku start kerja tapi contract basis la sebab tu macam diam lama dan juga sebab cut internet kat rumah so, yeap takdak keja aku nak gi cc semata sebab belog.
And i became teacher for sometimes walaupun ya, i know aku tak macam teacher kan? Haha meh gelak sesama tetapi dah rezeki kita grab saja. Aku selalu percaya anything Allah plan for me must be 100x better than my own plan (if any). Nampak sangat jarang plan sebab selalu kalau beria sangat plan mesti tak jadi. Contohnya plan nak lepak dengan kawan lapan kali set date belum tentu jadi wei, tapi kalau yang spontaneous pula yang jadi. See, kadangkala plan beria-ia ni tak perlu pun..kadang orang yang buat kita frust, kadang tu kita pulak yang buat masalah. Apa aku merepek ni? -.-
Next entri maybe ya, mayyyybeeee aku cerita pengalaman menjadi seorang cikg…

Media Sosial & Repekan Tanpa Batasan

Image
It's about time. Setiap tahun bilangan post mesti makin kurang sebab idea hilang dibawa arus kedewasaan pehh macam karangan bm zaman sekolah haha. Masa ada, idea tiada. Idea ada, masa tiada. Dah tu kalau dua benda ni tak serasi haruslah tak mendatangkan hasil kan. Maka sebab tulah takdak update. Rasa macam tak relevan dah nak berbelog sebab sibuk berkicau di twitter. Tapi rasanya kalau hang follow aku kat sana mesti rasa macam eh the makcik-makciks bebel sangat si mira nih..lulz sangat tau. I act differently kat socmed yang berbeda k. Kena guna perkataan berbeda baru lah ada feel Ada Apa Dengan Cinta (AADC) kehkeh. Tak sabar nak tahu AADC2 jadi apa setelah sepuluh tahun eh ke lebih? Aku malas nak kira tapi masa AADC aku form 2 or form 3 gitu.
Kenapa kena act berbeda di socmed berbeda? Sebab facebook is sooooo overrated dan dipenuhi makciks pakciks, adiks, kakaks, sistur, brother dan segala peringkat umur. Lepastu warga fb ni selalunya cepat butthurt lepastu tak paham sarcasm. So,…

Hola 2016!

Image
Haha dah 11 hari baru terasa mahu update tahun baru..kurang relevan tapi peduli hapa aku, nak jugak cakap, Selamat Tahun Baru! 2015 boleh dikatakan tahun aku aaaaaa ha apa? Ha, gitu..faham tak apa aku nak sampaikan tu? Hehe sebenarnya nak bagitau ianya tahun aku memalaskan diri dan menggemokkan diri dan memanjakan diri dan cehh..senang cerita, tahun aku blurr, hilang arah dan tak boleh move on. Terasa masih student walaupun dah selesai first degree, payah naa nak move on haishh. Rasanya cukup dah kot memalaskan diri, kena mula serius in whatever i'm doing. 
Doakan aku berjaya dalam misi jangka panjang dan misi jangka pendek ya! Misi pendek aku adalah #Misi5km iyaa, mahu berlari 5km dan tak semput macam dugong kurang oksigen. Nak berlari steady ja macam zaman sekolah dulu. Sekarang baru capai 2km tapi fuhh jantung rasa macam gila, jatuh cinta pun tak menggila macam tu jantung aku. Eh boleh pula compare gitu.. ;p Untuk long term, aku nak buat #Misi10km hah nampak semangat cemana..h…

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers