Monday, March 25, 2019

Day 3: Sabah 2018 ~ Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau

Assalamualaikum.

Kami check in di Simpang Mengayau Chalet sebab nak jalan kaki ja pagi-pagi esok ke penghujung Borneo tu. Kalau boleh drive memang kita drive terus sampai ke tugu tu tapi memandangkan ada had untuk kenderaan dan yang selebihnya kena jalan kaki...kita pun redah ja lah. Disarankan pi awal pagi. Orang tak ramai dan boleh bergambar sebanyak yang diinginkan. Tengok jam baru 6:30 pagi tapi dah cerah sangat, kami pun keluar ja lah. 6:30 pagi pun apa da hal kan.

The Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau
6:40 pagi

Sunday, March 24, 2019

Day 2: Sabah 2018 ~ Pengalaman Roadtrip Dari Ranau Ke Kudat

Assalamualaikum.

Ok, kita sambung lagi catatan trip Sabah last year. Lepas kami dah habis lepak di Sabah Tea Plantation tu kami terus gerak ke Kudat petang tu jugak. Dah gerak keluar dari ladang teh tu kami ikut map tapi map bagi arah yang patah balik ke Kundasang lalu jalan lain bukan terus ke Kudat dari Ranau. Nasib baik sempat sedar kalau tak memang lama lah nak sampai. Dan pekan Ranau jammed, mungkin sebab esoknya public holiday, Deepavali. Kami isi minyak siap-siap di Pekan Ranau dan teruskan perjalanan. Jumpa petrol pump ja elok kita isi..kita siap sedia mana tahu kat tengah jalan jammed lagi kan. Perjalanan ni lebih kurang 182 km.

Sampai di simpang roundabout jalan ke Poring hot spring map tunjuk kanan tapi suara kat map tu cakap kiri. Here come our nightmare haha. Imah turn kiri tapi kami bincang dan rasa macam ish kanan ni so aku insist suruh ikut kanan. Nak tanya Am, dia tidoq sebab dia ada problem tak lawas which is masalah besaq dalam dunia ni ya. Waktu tu aku rasa dalam pukul 6 lebih, dah senja...langit dah oren so faham tak vibe seram sejuk tu. Masa lalu roundabout tu lagi sekali ada dua orang berjalan kaki. Depa pakai baju macam nak jalan-jalan petang, jogging lah kot. Yang aku ingat sorang tu pakai baju dengan seluar putih nampak normal ja. Aku tengok sipi macam japanese tapi aku tak tengok betul-betul masa kereta kami melepasi depa, hang ingat aku berani? Haha. 

Thursday, March 14, 2019

Day 2: Sabah 2018 ~ Kundasang War Memorial & Sabah Tea Plantation

Assalamualaikum.

Sabah ada banyak memorial, tugu peringatan mahupun muzium yang banyak simpan sejarah dan peristiwa yang berlaku di negeri ni. Bagus ada bangunan macam ni, kita boleh tahu sejarah tempat dan sedikit sebanyak benda penting yang pernah berlaku dalam negara kita. Buat kita lebih hargai hidup. Kalau hang sejenis tak minat sejarah mesti takleh relate kan tapi pandangan peribadi aku, tak rugi kalau kita tau sejarah.

Kundasang War Memorial
(Tugu Peringatan Perang Kundasang)

Harga Tiket: RM 3/orang
Waktu Operasi: 8:30 pagi - 5:30 petang (Setiap Hari)

Selalu kalau ke Kundasang mesti orang akan singgah ke Kundasang War Memorial kan. Ini kunjungan kedua aku, diakui kali pertama dulu lagi banyak jenis bunga dan blooming. Tak sure la mungkin ada musim juga. Masa aku datang ni musim hujan, mungkin juga mempengaruhi pertumbuhan bunga. Tapi Kundasang ni kat mana-mana pun banyak bunga cantik, rare dan unik. Aku rasa seronok ja, dah la sejuk lepastu banyak bunga hidup gemok elok ja.

Wednesday, March 13, 2019

Day 2: Sabah 2018 ~ Pekan Nabalu & Desa Cattle Dairy Farm

Assalamualaikum.

Ha, kembali lagi dengan kegigihan nak menulis pasal trip Sabah. Rasa macam malas tapi bila fikir balik rasa sayang pulak. Entri Sabah 2018 memang akan panjang, aku bahagi by part sebab banyak cerita nak kongsi. Aku cuba nak sum up by day sahaja tapi rasa macam ehhh panjang pulak. Bukan setakat orang yang baca bosan, aku yang tulis ni pun bosan. Rasa demotivate dan tak berakhir ja penulisan aku maka aku buat keputusan untuk buat by part ikut tempat. Kat bawah entri aku listkan link semua entri supaya kalau orang baca, depa boleh pilih nak baca part mana.

Maaflah kalau rasa eh, over gila dia ni pi Sabah ja pun entri berpuluh-puluh. Pertama, ini trip pertama dalam hidup yang aku kena buat research banyak. Kedua, ini kali pertama bercuti tanpa seluruh ahli keluarga, selalu tu kami berenam. Kali ni pi dengan adik-beradik juga, dengan kakak, sepupu dan mak sedara (nama ja mak sedara tapi sebaya kakak aku). Lagi sorang sepupu tak dapat join last minute. Selalu tu terjah ja takdak booking ka apa. Ketiga, sebab ni macam trip last semua bujang. Kita pun tak tahu next trip kita boleh sama-sama lagi bila kan. 

Ok, kembali kepada topik asal..hee. Perjalanan pagi kami di hari kedua dimulakan dengan berkunjung ke Kinabalu Park sebab nak kejar Gunung Kinabalu lepastu ke Pekan Nabalu dan barulah sampai ke Desa Cattle tapi kabus dah menutupi persekitaran. Kalau ikut plan asal, Pekan Nabalu kita singgah masa first day. Kira beli-belah siap-siap kat situ day one dan hari kedua kita fokus area Kundasang. Walaubagaimanapun, masa hari first semua menjadi sayoq, mungkin kerana penat bermalam di airport, mandi tumpang masjid at 12pm, (kepala panas wei, aku takkan pernah faham orang yang tak mandi pagi.) tak cukup tidoq dan perjalanan ke Kundasang yang agak jauh diiringi hujan renyai-renyai. Mungkin juga hujan lebat mana aku tau, aku tertido agak lama. Kami singgah Pekan Nabalu sebab ada ahli nak pi toilet lepastu semua macam ok kita gerak ja lah, semua sepakat takdak mood.

Pekan Nabalu

Esoknya lepas ke Kinabalu Park aku tanya pasal Pekan Nabalu. Menurut pembacaan aku di blog memang Pekan Nabalu ni menawarkan harga souvenir lebih murah. Ada barang tu murah 4-5 ringgit juga daripada di KK. Awal tu pegi Gaya Street Sunday Market dah tanya-tanya harga sikit..boleh bandingkan harga. T-shirt saiz dewasa boleh dapat range RM 15-18 sehelai. Sama kualiti dengan di KK, kalau di sana paling murah RM 20 dan ke atas. Bab tawar-menawar ni ikut kepakaran masing-masing dan juga kuantiti kita belilah kan. Janganlah tawar nak kurang sampai akak/abang jual tu pening. Berpada-padalah ya..mereka pun nak cari rezeki.


Thursday, February 14, 2019

Day 2: Sabah 2018 ~ Kinabalu Park & Poring Hotspring


Assalamualaikum.
Pagi tu kami check out dalam pukul 7:30 pagi. Kat Sabah ni 7:30 pagi tu feeling macam dah 8:30-9 pagi di Semenanjung gitu dah. Cerah dan terang-benderang dah waktu gitu. Petang pun cepat, aku rasa kami tidur lepas Isya’, rasanya dalam pukul 8:00 malam semua senyap sunyi krikk krikk dah. Pagi tu kami berlambat-lambat sikit sebabnya kaunter bukak pukul 8 pagi. Apakeheii pi melangut awal pagi kalau kaunter tiket belum bukak ye dak, bukan nak beli tiket akhir piala aff suzuki pun.
Harga tiket: RM 3/orang
Simpan tiket ni sebab boleh guna untuk masuk Poring Hotspring pulak, Poring ni termasuk dalam Kawasan Kinabalu Park jugak. Available untuk lawatan pada hari yang sama ja aku rasa.

Sunday, January 27, 2019

Day 1: Sabah 2018 - KK & Kundasang

Assalamualaikum.
Morning Flight
Aku pilih flight 6.15 pagi sebab dalam ingatan ni nak sampai Sabah awal dan boleh explore banyak tempat. Lepas dah book dan bayar tetiba tinggg teringat wehh sempat ka idok nak Subuh ni. Aku punya bimbo datang kadang-kadang macam ni la, takleh jangka. Ok, sebab kami jarang naik flight maka tak tahu susun atur KLIA2 ni macam mana. Sumpah noob moment darab 4 ya. Yang aku tak faham cousin aku beberapa bulan sebelum tu ada fly dari KLIA2 pun ingatan cap ayam, takdak dia ingat apa aih. Kalau waktu lain takpa ni Subuh takleh jamak. Gelabah la plan cemana nak solat Subuh. Subuh masuk 5.40 pagi macam tu, gate buka 5.45 pagi memang menunggu Subuh masuk terus solat. Habis solat terus lari nak check keselamatan. Oh, kalau pakai kasut tapak tebal hang bukak siap-siap kasut hang masuk scanner tu. Kalau tak nanti lambat la, kasut tapak tebal memang tak lepas security ya. Dan kalau bawak bagpack selalu lepas ja takdak depa tahan kat pintu masuk atau timbang beg kat situ. 

Memandangkan sis semua gelabah apa lagi lari macam amazing race lah kami berempat takut terlepas flight. Dah la gate J20, gate paling hujung dalam departure hall. Mau tak cemas weh. Subuh  gitu aku berlari macam masuk marathon. Walaupun gemuk sis boleh berlari ya. Jangan main-main haha. Yes, sebab kita sumpah freak out takut tak sempat padahal lebih dari sempat lah. Kalau ada sesiapa yang tunggu boarding 4 November 2018 nampak perempuan lari macam takdak hari esok di subuh hari tu, sorry lah ya. Sis tak boleh bertenang. Pengajaran dia, bila dah boleh boarding masuk dulu dalam departure hall KLIA2 tu, berlambak tempat boleh solat. Mana lah sis nak tau..bukan selalu naik flight pun. Lepasni sampai mati aku ingat dah la, boleh solat dalam kawasan departure hall ja. Tak payah risau solat kat luar lalu cemas tunggu turn kat security tu. Ini penting untuk solat subuh sebab takleh jamak dan juga untuk perjalanan jauh, mana boleh jamak kasi settle dulu, tenang sikit hidup. There's always first time for everything kan XD

Mine