Wednesday, June 17, 2020

Raya Sa-orang Mira Edisi 2020 #CovEid

Assalamualaikum.

25 Syawal 1441 Hijrah
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
One of my cat, Naih
Dah hujung bulan Syawal baru nak tulis entri baru kan..sejenis procastinate at her best, sorry lol..😌
Tak kisah lah lambat aku tetap nak tulis jugak. Macam nak cuba jadikan siri Raya Sa-orang Mira ni satu yearly routine. Syok juga nanti dah tua baca balik yearly raya aku macam mana kan. Bila fikir balik sekarang pun dah rasa menyesal sebab tak buat post bersiri ni jadi yearly routine lebih awal. 

Saturday, May 2, 2020

7 Contoh Doa-Doa Harian

Assalamualaikum.

9 Ramadan 1441 Hijrah

Harini aku nak share satu tip yang aku dapat daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan doa.  Mungkin ampa pernah dengar, pernah baca atau pernah lihat kat mana-mana. Kalau ingat lagi masa sekolah menengah dulu ada satu bab dalam buku teks Pendidikan Islam yang bertajuk, Doa Senjata Mukmin. Aku tak ingat secara specific buku teks tingkatan berapa tapi point bab tu adalah betapa pentingnya doa dalam hidup seorang yang bergelar muslim. 

Sekarang ni bulan puasa, kita pun masih dalam fasa PKP keempat jadi kebanyakan daripada kita ni ada banyak masa kat rumah. Jadi ada baiknya kita guna kelebihan ni untuk berdoa. Tip yang aku nak kongsi ni ialah doa yang kita pohon seeloknya spesifik, ada details sikit. Macam extra effort la sebab setiap orang itu permintaan pasti tak sama. Takkan nak doa Ya Allah Ya Tuhanku, kira macam biasa la noh hari-hari pun aku doa sama ja. Ya, Tuhan tu Maha Mengetahui setiap sesuatu di dalam hati tapi hello ingat ni order beli barang kat kawan ka? Hang nak doa hang dimakbulkan, diberikan yang baik-baik maka berdoalah dengan baik-baik. 

Contoh doa-doa harian yang boleh diamalkan;

Sunday, April 19, 2020

Edisi Mudah: Popia Goreng- Sayur [Resepi]

Assalamualaikum.

Harini nak share resepi lagi. Kali ni popia sayur pulak. Benda mudah ja cuma take time tang nak gulung popia saja. Tapi practice makes perfect sis, buat selalu sapsapsoi rasa macam tak lama mana pun gulung popia ni. Hodoh ka popia tak standardized size ka takpa, yang penting time goreng tu tak terburai sayuranya keluar. Sat, aku teringat group FB Masak Apa Tak Jadi Harini hahahaha goreng popia sosej, time goreng ehhh sosej lari keluar dari kulit popia..siap ada video lagi haha lawak betoi group tu. Musim PKP ni ada hiburan jugak la..kehkehkeh XD


RESEPI POPIA GORENG- SAYUR
Bahan-bahan:
½ biji sengkuang
1 biji lobak merah
Segenggam taugeh
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Garam
Kulit popia
1 sudu besar tepung gandum
Air

Saturday, April 18, 2020

Edisi Mudah: Agar-Agar Santan Pandan [Resepi]

Assalamualaikum.

Masuk minggu keempat/kelima PKP ni kita dah tenang sikit. Tenang daripada mengikut rentak netizen yang selalu hype resepi macam-macam. Malas dah nak follow trend sebab tak bebas nak pi beli barang pun, rasa tak puas. Sejujurnya aku sangat teringin nak buat cinnamon roll tetapi tahukah anda yis begitu laku di zaman PKP ini. Yis tu tak apa lagi, kita boleh cari resepi yang guna bahan ganti lain. Yang problem untuk aku adalah nak mintak ayah belikan serbuk cinnamon tu, itu kalau takdak tak jadi cinnamon roll dah namanya, nanti dia jadi roll roll roll your boat..lol.

Agar-agar santan pandan ni aku kali pertama buat. Mak aku puasa sunat haritu sambil lalu depan bilik aku dia request suruh buat agar-agar santan. Hmm see her level, walk thru ja request order haha. Tahukah anda ini kali pertama aku nak buat bendalah ni. Semua sebab mak aku kata banyak santan kat dalam freezer. Yang aku tak faham tu beli santan tapi taknak pakai yang letak dalam freezer untuk masak hmm jadi awat kita simpan kat situ? I kennot understeng (=..=)'

Ok, here we go! Aku tunjuk step by step ok.

Saturday, April 11, 2020

PKP Fasa Ke-3

Assalamualaikum

Fasa 1: 18 Mac-31 Mac
Fasa 2: 1 April-14 April
Fasa 3: 15 April-28 April

Semalam PM dah umumkan PKP akan dilanjutkan sehingga 28 April nanti, maknanya dah masuk bulan Ramadan waktu tu kan. Kiranya bila fasa PKP berakhir nanti insyaallah 6 minggu la total kita berada dalam zone #StayAtHome. Berani cakap insyaallah sahaja sambil berdoa covid-19 cases takkan bertambah dah lalu kita boleh meneruskan puasa dan raya kita dengan normal. Tapi PM pun dah pesan, dah habis PKP kita akan ada the new normal, kebiasaan yang baru. Sebaiknya kena elak mass gathering, elak salam dan sebagainya. Aku percaya kita semua boleh buat! Bazar Ramadan pun khabarnya nak buat online kan, bagus juga sedikit sebanyak peniaga kita tak rasa resah lama sangat tak berniaga, duit makin surut. Pasca PKP nanti aku harap kita semua tenang. Bangkit balik sebagai satu negara yang hebat. Memang hebat pun Malaysian ni. Tolak orang bodoh di media sosial yang trigger kita untuk maki depa, kebanyakan Malaysian adalah sangat mudah mendengar kata. Kalau hang jenis ketegaq, bodo dan tolol ni aku syak 2% ja jiwa Malaysia hang.

Oh, ya aku harini nak cuba mandikan kucing kat rumah ni yang tak pernah mandi. Aku tengok bulu dia duk tercabut dan botak sikit, mungkin fungus. Kemungkinan ada fungus tu kawan aku la yang bagitau, aku noob tak reti pun. Nak pi check pun klinik tutup. Aku nak cuba mandikan dia dulu. Tot ni seekor ja yang jadi lagu ni, aku syak sebab dia malas mandi. Lagi dua adik dia sihat elok ja, bulu pun tak gugur. Yang dia ni dah la warna putih pastu malas mandi. Dia kalau terlekat kotor kat bulu dia, dia tunggu kita tolong buang kotor tu eiii gemok pemalas tau. Dia taklah takut air tapi tu lah nervous jugak la. Aku semalam check badan dia, kena rengau jugakk, hang tunggu nasib hang satgi!

Tot yang begitu redha dengan nasib diri lol
M.

Wednesday, April 8, 2020

What's Up PKP?

Assalamualaikum.

Jadi harini hari keberapa PKP? Aku tak mengira sebab hari-hari pun aku duduk kat rumah jugak. Cuma beza bila PKP ni tak boleh merayau. Well, masa belum PKP pun taklah rajin mengukur jalan tapi sesekali keluar jugak berdunia. Tiba-tiba rindu nak pi eco shop beli benda yang nampak mengarut tapi function. Rindu nak beli barang baking jugak. Rindu nak roadtrip dan rindu nak berlari! Perlis marathon ditunda so taktau la bila hmm agaknya tahun depan kot proceed balik.

Ada banyak nak tulis sebenarnya tapi haha malas sungguh la nak mula. Kalau dah start menulis satgi payah nak stop pulak. Penyakit jugak ni sebenarnya. Apa-apa pun semoga wabak ini beransur pulih dalam masa terdekat ni. Aminn.

Kuala Kangsar, November 2019

M.