Saturday, April 11, 2020

PKP Fasa Ke-3

Assalamualaikum

Fasa 1: 18 Mac-31 Mac
Fasa 2: 1 April-14 April
Fasa 3: 15 April-28 April

Semalam PM dah umumkan PKP akan dilanjutkan sehingga 28 April nanti, maknanya dah masuk bulan Ramadan waktu tu kan. Kiranya bila fasa PKP berakhir nanti insyaallah 6 minggu la total kita berada dalam zone #StayAtHome. Berani cakap insyaallah sahaja sambil berdoa covid-19 cases takkan bertambah dah lalu kita boleh meneruskan puasa dan raya kita dengan normal. Tapi PM pun dah pesan, dah habis PKP kita akan ada the new normal, kebiasaan yang baru. Sebaiknya kena elak mass gathering, elak salam dan sebagainya. Aku percaya kita semua boleh buat! Bazar Ramadan pun khabarnya nak buat online kan, bagus juga sedikit sebanyak peniaga kita tak rasa resah lama sangat tak berniaga, duit makin surut. Pasca PKP nanti aku harap kita semua tenang. Bangkit balik sebagai satu negara yang hebat. Memang hebat pun Malaysian ni. Tolak orang bodoh di media sosial yang trigger kita untuk maki depa, kebanyakan Malaysian adalah sangat mudah mendengar kata. Kalau hang jenis ketegaq, bodo dan tolol ni aku syak 2% ja jiwa Malaysia hang.

Oh, ya aku harini nak cuba mandikan kucing kat rumah ni yang tak pernah mandi. Aku tengok bulu dia duk tercabut dan botak sikit, mungkin fungus. Kemungkinan ada fungus tu kawan aku la yang bagitau, aku noob tak reti pun. Nak pi check pun klinik tutup. Aku nak cuba mandikan dia dulu. Tot ni seekor ja yang jadi lagu ni, aku syak sebab dia malas mandi. Lagi dua adik dia sihat elok ja, bulu pun tak gugur. Yang dia ni dah la warna putih pastu malas mandi. Dia kalau terlekat kotor kat bulu dia, dia tunggu kita tolong buang kotor tu eiii gemok pemalas tau. Dia taklah takut air tapi tu lah nervous jugak la. Aku semalam check badan dia, kena rengau jugakk, hang tunggu nasib hang satgi!

Tot yang begitu redha dengan nasib diri lol
M.

1 comment:

  1. No words can describe how touched i am to read your comment in my blog T_T waaaaaaaa ada orang bacaaaaaa. Terharuuuu. Thank you Mira!

    Anyway, kann, semoga dunia kembali pulih soon. Biarlah puasa dan raya tahun ni sedih sikit, asalkan semuanya kembali ke keadaan asal cepat-cepat. Dan semoga Tot sihat selalu.

    ReplyDelete