Assalamualaikum.
Masuk minggu keempat/kelima PKP ni kita dah tenang sikit. Tenang daripada mengikut rentak netizen yang selalu hype resepi macam-macam. Malas dah nak follow trend sebab tak bebas nak pi beli barang pun, rasa tak puas. Sejujurnya aku sangat teringin nak buat cinnamon roll tetapi tahukah anda yis begitu laku di zaman PKP ini. Yis tu tak apa lagi, kita boleh cari resepi yang guna bahan ganti lain. Yang problem untuk aku adalah nak mintak ayah belikan serbuk cinnamon tu, itu kalau takdak tak jadi cinnamon roll dah namanya, nanti dia jadi roll roll roll your boat..lol.
Agar-agar santan pandan ni aku kali pertama buat. Mak aku puasa sunat haritu sambil lalu depan bilik aku dia request suruh buat agar-agar santan. Hmm see her level, walk thru ja request order haha. Tahukah anda ini kali pertama aku nak buat bendalah ni. Semua sebab mak aku kata banyak santan kat dalam freezer. Yang aku tak faham tu beli santan tapi taknak pakai yang letak dalam freezer untuk masak hmm jadi awat kita simpan kat situ? I kennot understeng (=..=)'
Ok, here we go! Aku tunjuk step by step ok.
Bahan A
20g Serbuk agar-agar
1500ml air
3/4 cawan gula
8 helai daun pandan
Pewarna hijau (optional)
Bahan B
200ml santan
1 biji telur
1 sudu kecik esen vanila (optional)
Secubit garam (optional)
1. Kisar 6 helai daun pandan dengan secawan air. Air ambik dari 1500 ml tu dan tapiskan.
2. Masukkan serbuk agar-agar, gula, pewarna hijau, air, air pandan yang dah ditapis dan simpulkan 2 helai daun pandan ke dalam periuk.
3. Masak dengan api perlahan.
4. Sementara itu, masukkan santan, telur, esen vanila dan garam ke dalam mangkuk. Pukul dengan menggunakan whisk. Tak perlu pukul kuat, cukup sekadar sampai jadi sebati.
5. Bila bahan A dalam periuk dah mendidih boleh la kita masukkan bahan B.
6. Masak dengan api sederhana sambil kacau sesekali.
7. Tutup api bila dah menggelegak. Jangan lupa buang 2 helai daun pandan yang disimpul tu.
8. Tuang masuk ke dalam loyang atau bekas yang kita nak. Ambik garfu dah pecahkan bubble yang ada kat permukaan tu, kalau tak pecahkan memang bubble tu selamanya kat situ la.
9. Biar loyang di luar sampai agak sejuk baru masukkan dalam peti ais. Sejukkan dalam peti ais dalam 2-3jam lepastu boleh la potong dan makan.
Bahan-bahan |
Masak Bahan A |
Bahan B |
Kacau dengan whisk |
Bahan A mendidih |
Bila dah masuk Bahan B |
Tutup api bila dah menggelegak |
Cucuk bubble dengan garfu |
Permukaan dah smooth, biar di room tempature. |
Dah siap! |
Tips:
#1 Untuk setiap 10g agar-agar perlu bersamaan lebih kurang 800ml air. Aku pakai 20g dan sengaja guna 1500ml air, sebab aku measure air pakai jug sahaja. Kalau kurang sikit takpa tapi kalau lebih air nanti agar-agar tak mengeras.
#2 Kalau pakai agar-agar tali (strip) kena didihkan air & agar-agar sampai semua larut dulu baru boleh masuk bahan A yang lain. Kalau tak nanti makan agar-agar tetiba tergigit tali agar-agar yang tak larut tu.
#3 Kalau ada pandan tu sila la kisar, memang naik bau dan sedap. 10-12 helai pun takdak hal. Rumah aku kekurangan pandan haritu. Pewarna pun ok la, naik warna cantik. Ni agar-agar aku pucat sikit sebab pewarna pun ada sikit ja.
#4 Esen vanila tu optional. Saja taknak bau telur
#5 Garam aku letak secubit. Aku pernah baca tips kalau ada santan kena letak garam sikit baru lemak santan tu lagi berasa.
Ok, itu sahaja untuk kali ni. Sila cuba ya, resepi ni mudah dibuat dan sedap dimakan.
Till next recipe. Bye :)
M.
No comments:
Post a Comment